CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Kesal Ditamat Perkhidmatan Dek Sambung Ijazah Di Universiti !

19-8-2013 04:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11752| Komen: 112

Description: Perai - Seorang Bekas Guru Kecewa Selepas Mendakwa Ditamatkan Perkhidmatan Tanpa Dipanggil Untuk Membela Diri Di Atas Tindakannya Menyambung Pelajaran Di Peringkat Ijazah Di Sebuah Universiti.

Ismail menunjukkan surat pemberhentian kerja yang diterima menyebabkan kehidupannya sekeluarga terumbang-ambing.


PERAI - Seorang bekas guru kecewa selepas mendakwa ditamatkan perkhidmatan tanpa dipanggil untuk membela diri di atas tindakannya menyambung pelajaran di peringkat ijazah di sebuah universiti.
       
Ismail Omar, 57, berkata, lebih menyedihkan lagi apabila dia diberhentikan kerja ketika perkhidmatannya sebagai guru berbaki hanya setahun sebelum berpencen.
       
“Saya terkilan dikenakan tindakan tatatertib dan diberhentikan kerja sebagai guru ketika hampir pencen, sedangkan sudah berkhidmat selama 30 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tun Hussin Onn di sini.
       
Ismail berkata, kerana hukuman itu dia kehilangan segala hak dan faedah termasuk pencen, selain seolah-olah melakukan satu kesilapan besar walhal dia hanya menyambung pelajaran.
       
Menurutnya, dia memohon cuti untuk menyambung pelajaran dengan bergaji penuh, selain mendakwa mengikut segala peraturan ditetapkan.
       
“Selepas 10 bulan mengikuti kuliah, saya diberitahu permohonan untuk bercuti bagi menyambung pelajaran tidak diluluskan dan perlu kembali menyambung tugas.
       
“Saya mengikut arahan yang diberikan dan berhenti belajar sebelum menyambung semula tugas sebagai guru,” katanya.
       
Ismail mendakwa, selain tidak menerima gaji, dia dikatakan berhutang kepada kerajaan serta diminta membayar hutang berjumlah RM22,279.
       
“Sudahlah saya tidak menerima gaji, malah disuruh membayar hutang pula dan saya tidak mempunyai wang simpanan lagi,” katanya.
       
Menurutnya, dia terpaksa memohon pertukaran sekolah yang berhampiran dengan rumahnya di Seberang Jaya kerana tanpa gaji, dia tidak mampu untuk berulang alik ke sekolah di Bayan Baru.
       
“Permohonan saya berjaya dan saya bertugas seperti biasa selain turut mendapat gaji seperti sebelum ini, namun saya terkejut apabila diberi surat diberhentikan kerja pada Disember 2011,” katanya.
       
Dia yang kecewa berasa teraniaya selain berharap pihak terlibat dapat menilai kembali konflik yang dihadapi kerana masih perlu menyara isterinya yang menghidap strok dan dua anaknya masih belajar.
       
“Saya sudah tidak tahu untuk mengadu kepada siapa dan jalan terakhir adalah dengan meminta bantuan media,” katanya yang terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga.
       
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sudah mengambil tindakan itu kerana Ismail tidak mengikut prosedur yang betul sebagai penjawat awam.
       
Katanya, Ismail diberhentikan dengan cara yang betul selepas siasatan yang dijalankan SPP yang mendapati dia telah ingkar.
       
“Bukan senang untuk memberhentikan seorang penjawat awam sekiranya tidak membuat kesalahan namun kita mendapati, dia telah ingkar terhadap tanggungjawabnya,” katanya.


1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 19-8-2013 09:40 AM
Call jer....Dato Double 0 !!!
Quote ushioz 19-8-2013 09:42 AM
pehal tak sambung belajar lepas pencen?
Quote rospinki 19-8-2013 09:43 AM
padan muka..dh jadi guru tak payahla nk smbung belajar lagi..pakcik2 aku semua dari guru2 kecik je smapi jadi guru besar berpuluh tahun, pencen dptla gji guru besar..yg sebok nk further lagi buat apa??



Quote ifanonline 19-8-2013 09:46 AM
ingkar perintah...kalu keje dgn private, 24 jam kena buang...nasib ko la labu
Quote freebird 19-8-2013 09:46 AM
Umor dah nak pencen, pergi apply sambung belajar guna duit rakyat, apa ke jadahnya?
Bagi peluanglah kpd orang muda.....
Quote tongkatwaran75 19-8-2013 09:47 AM
Lifelong learning or long life learning...

Last edited by tongkatwaran75 on 19-8-2013 09:50 AM

Quote missus_meow 19-8-2013 09:53 AM
Pakcik ni blaja full time ke ... nape x apply part time ... x dpt cuti mungkin sbb umonye dah dekat nk pencen ... x ikut prosedur kene bhenti keje ... yg cikgu cikgi yg x buat keje, x lak disuruh bhenti ...
Quote pakwetizzaqyah 19-8-2013 09:58 AM
ni mamak mana ni???ko sambung belajar tk lobi guru besar mmg la salah..bongok ponya mamak
Quote tongkatwaran75 19-8-2013 10:01 AM
cikgu belajar tinggi2 bukan bole jadi pegawai khas kementerian pun...
Quote craduza 19-8-2013 10:05 AM
yg isap dadah, yg edar dadah bleh plak sambung mengajar...xde plak kena tatatertib pa kejadah..... ni org nak sambung blajar plak yg kena...bukan senang nak tamatkan perkhidmatan..semua surat2 yg berkaitan kena ada dan mesti make sure surat2 sampai kepada yg berkaitan...
Quote annehuda 19-8-2013 10:06 AM
pakcik ni smbg belajar di usia dkt2 pencen ni sbb nk naik gaji pastu pencen pun naik sekali ke?
Quote caprut 19-8-2013 10:08 AM
padan muke ko
Quote cmf_rambutan 19-8-2013 10:12 AM
mohon cuti belajar bergaji penuh... tak dapat keputusan apa lulus ke tak yg gi pandai2 tinggal tugal berbulan sapa suruh... 10 bulan ko belah camtu tanpa kelulusan... maksudnya meninggalkan tugas.... bukan setakat tindakan meninggalkan tugas tp kalau ada kontrak pinjaman pendidikan ka apaka dgn kementerian.. ko kena bayar balik
Quote ruhanizza 19-8-2013 10:13 AM
hutang tu hutang yuran belajar amek ijazah ker?
Quote hyie 19-8-2013 10:13 AM
rospinki posted on 19-8-2013 09:43 AM
padan muka..dh jadi guru tak payahla nk smbung belajar lagi..pakcik2 aku semua dari guru2 kecik je s ...

dia nak cari ilmu pun salah ke?
Quote gujiwa 19-8-2013 10:15 AM
niat nak tmbah ilmu dah jadi mcm ni.. alamak pakcik.. 30 tahun mengajar procedur tak tahu ke pakcik?
Quote mziskandar 19-8-2013 10:16 AM
bleh naik gaji, naik pencen. tapi strategi x menjadi...
Quote FMKiller 19-8-2013 10:16 AM
selepas 10 bulan mengikuti kuliah permohonan untuk bercuti bagi menyambung pelajaran tidak diluluskan dan perlu kembali menyambung tugas.


Lepas 10 bulan baru cakap tak lulus. Nampak sangat tidak efisen jabatan nih. Perlukan 10 bulan untuk luluskan cuti.
Lepas tu suruh bayar balik semua gaji yang diberi tu. SPP hanya cakap dia telah ingkar, ingkar kat mana tak diberitahu pulak. Nampak macam nak aniaya orang je.
Quote jazaa 19-8-2013 10:19 AM
freebird posted on 19-8-2013 09:46 AM
Umor dah nak pencen, pergi apply sambung belajar guna duit rakyat, apa ke jadahnya?
Bagi peluangl ...

Aku setuju.....

Klu sambung sblm pencen, nanti dpt pencen cikgu berijazah....

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.232655 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top