CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Warga Emas Berusia Hampir 100 Tahun Disamun!

19-8-2013 03:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5391| Komen: 27

Description: Marang , 19 Ogos - Seorang Wanita Warga Emas Berusia Hampir 100 Tahun Bukan Sahaja Berdepan Detik Cemas Malah Mukanya Ditutup Dengan Kain Dua Lelaki Tidak Dikenali Yang Memecah Masuk Rumahnya Di Kampu ...

Halimah mengalami kerugian hampir RM10,000 apabila dua lelaki yang memecah masuk rumahnyamelarikan tiga utas gelang tangan miliknya 


MARANG , 19 Ogos - Seorang wanita warga emas berusia hampir 100 tahun bukan sahaja berdepan detik cemas malah mukanya ditutup dengan kain dua lelaki tidak dikenali yang memecah masuk rumahnya di Kampung Kijing, di sini.
        
        Tidak cukup dengan itu, dua suspek yang memecah masuk rumah warga emas malang itu melarikan tiga utas gelang tangan seberat 70 gram dianggarkan berharga hampir RM10,000 yang dipakai mangsa di sebelah tangan kirinya.
        
        Dalam kejadian itu, Halimah Mamat, yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan mendakwa didatangi dua lelaki tidak dikenalinya ketika berada dalam bilik tidurnya antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi kelmarin.
        
        “Tok tak ingat pukul berapa mereka masuk dalam rumah ini, masa itu tok ada dalam bilik. Mereka tutup muka tok dengan kain dan lari lepas itu. Apabila tok bangun pagi, baru tok sedar tiga (utas) gelang yang tok pakai hilang,” katanya.
        
        Berikutan kejadian itu, Halimah menghubungi cucunya, Ruhayati Abd Ghani, 45, yang tinggal di Tok Jembal, Kuala Terengganu bagi memaklumkan mengenai kejadian itu untuk tindakan selanjutnya, termasuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
        
        Sementara itu, cucu Halimah, Ruhayati berkata, dia menerima panggilan itu kira-kira jam 10.30 pagi, kemudiannya bergegas ke rumah neneknya di Kampung Kijing, di sini untuk mengetahui keadaan sebenar yang menimpa neneknya itu.
        
        “Setiba di rumah itu saya kemudiannya membuat pemeriksaan namun mendapati tiada apa-apa kesan rumah itu telah dipecah masuk dan kemudiannya ke Balai Polis Marang untuk membuat aduan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
        
        Bagaimanapun, katanya, dia percaya dua suspek itu masuk melalui pintu hadapan rumah.
        
        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan tersebut.
        
        Dalam pada itu, Ahmad Mazlan meminta orang ramai membantu pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di kawasan kediaman kerana penglibatan masyarakat sebagai perantara kepada polis mampu mencegah kegiatan jenayah.
        
        “Orang ramai bukan saja dapat membantu dalam mencegah kejadian jenayah, malah mereka ialah sumber kepada pihak polis dalam menyalurkan maklumat.
        
        “Pasukan polis juga sentiasa mengukuhkan hubungan baik dengan orang ramai untuk menjalinkan persefahaman bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka khususnya yang menetap di daerah ini,”

4

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
14

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ushioz 19-8-2013 09:35 AM
untung lah perompak tak ambik 15 jari tangan dia.
Quote tongkatwaran75 19-8-2013 09:53 AM
ushioz posted on 19-8-2013 09:35 AM
untung lah perompak tak ambik 15 jari tangan dia.



hik...hik...
terkajut aku sbb ape 15 belas jari pastu ada 3 tgn...

tp isunya adalah kenape org setua itu ditinggalkan berseorangan?

Quote mute 19-8-2013 10:10 AM
kesian tok....beratnyer emas tok....
Quote dragger 19-8-2013 10:14 AM
nyang ni masyuk kot.. ntah2 yg merampok tu org terdekat kan.. mane la tau...
Quote haryatie 19-8-2013 10:26 AM
x faham aku, 3 tgn 15 jari..
dia ada 3 tangan ker..
ke otak aku yg lemah pagi ni...
Quote alyafea 19-8-2013 10:34 AM
Tgn kiri dia tu tgn dia ke tgn org lain pegang tgn dia ???
Quote sapp73 19-8-2013 10:40 AM
sampai hati nak samun onyang yang dah tak kuat tu....3 utas gelang RM10,000, jangan ahli keluarga sendiri tak anak, cucu atau cicit punya kerja sudahlah..
Quote ell768 19-8-2013 10:44 AM
biasa kes2 mcm ni sure ahli keluarga sendiri..sebab dah aim senang nak buat keje..
Quote annehuda 19-8-2013 10:48 AM
ni mcm nenek aku la.. nenek aku dh 82 thn dh skrang... nenek aku waktu siang2 die duduk rumah sorang-sorang. malam2 barulah tido kt rumah pakcik aku yg sekampung ngan die. nenek aku ni tak betah duduk rumah org. die nak jugak duduk rumah sendiri. org tua peel die lg degil. nk ditampo org tua la plak tp alhamdulillah la nenek aku selamat sbb pakcik aku kerjakan kebun sebelah rumah nenek aku je
Quote alahai 19-8-2013 10:50 AM
Onyang 100 thn (3 tgn 15 jari) diserkup muka & disamun RM10,000!


apa benda la TT nih.....tu tangan orang yg pegang tangan dia la.....
Quote tongkatwaran75 19-8-2013 11:14 AM
alahai posted on 19-8-2013 10:50 AM
apa benda la TT nih.....tu tangan orang yg pegang tangan dia la.....

hingatkan cacat tadi...
Quote airfilterbersih 19-8-2013 11:17 AM
tongkatwaran75 posted on 19-8-2013 11:14 AM
hingatkan cacat tadi...

Gerammmm je aku tgk hang ni tongkat..
Quote airiscomei 19-8-2013 11:36 AM
kejap kejap.....tangan dia 2 je ke 3? konpius aku
Quote Jannatul_Aisya 19-8-2013 10:21 PM
Aish. Zmn skrg ni main2 je. Makin truk.
Quote dani-rox 19-8-2013 10:42 PM
kesian nye onyang... gelang2 rm10k lesap begitu saje
Quote jfq 19-8-2013 10:52 PM
Wow pakai gelang smpai 70g
Dah ada org aim la tu tgk onyang ni pagi2 sapu laman pakai gelang bagai
Quote Artemesiaa 19-8-2013 10:56 PM
Setiap tahun lepas2 raya selalu je ada kes orang tua kecurian gelang
Quote JDT 19-8-2013 10:59 PM
nak larang pakai emas tak sampai hati pulak....pakai nanti, kes2 camni pulak berlaku..
Quote MissNigga 19-8-2013 11:01 PM
ayoo..dah tua tua gegeh nak menayang gelang emas ...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.079478 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top