CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Abang Posmen Ini Merintih Tak Dapat Bonus Raya, Sebab Tak Capai KPI?

19-6-2017 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10207| Komen: 78|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Sedihnya hati apabila dapat tahu tiada bonus raya pada tahun ini.
Sedihnya hati apabila dapat tahu tiada bonus raya pada tahun ini.

"Tak pernah saya menangis bila membaca surat, ini kali pertama saya menangis disebabkan mengenangkan anak isteri untuk dibeli segalanya raya ini."


Seorang pengguna Facebook (FB) dengan nama Tom Yana berkata sedemikian apabila pihak atasan mendakwa tahap prestasinya lemah, sekali gus tidak melayakkan dia untuk menerima bonus tahunan.



Kecewa dengan situasinya itu, Tom meluahkan kekecewaannya itu berserta sebuah gambar surat daripada majikannya yang menggesa supaya dia berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan prestasinya.


Menurutnya, dia tidak berniat memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya status itu bertujuan untuk meluahkan kekesalan di hati yang terasa diri bagai dianiaya apabila segala usahanya tidak dihargai.

"Kami ada anak bini juga untuk diberi makan, diberi pakai lagi-lagi untuk hari raya akan tiba ini.

"Tolong bertimbang rasa dengan gaji kami yang kecil tidak seberapa ini untuk membayar rumah, kereta, bil, pakai makan dan lain-lain," tulisnya.



Tom juga berharap agar rintihan hatinya itu sampai kepada pihak atasan Pos Malaysia.

Sementara itu, keluhan hati abang posmen berkenaan turut mengundang simpati netizen yang membacanya.

"Bertabahlah wahai sahabat.

"Ingat, mereka juga ada keluarga yang nak beraya.

"Biasalah, kalau macam ni maksudnya bos tak suka," antara komen netizen.


Foto: FB Tom Yana

Apa pendapat pembaca? - CARI
28

Bagus
17

Marah
15

Terkejut
19

Sedih
28

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 19-6-2017 12:44 PM
tak dapat bonus je.. bukan tak dapat gaji..
kejadah nak merintih macam tak dapat gaji berbulan..
dah terang-terang kat situ prestasi tahap 1..
gi la semuka dengan supervisor apasal KPI ko tahap 1 jah..
ni jenis kerja malas tapi nak increment bonus tiap tahun..
siap post surat yang terang-terang tulis SULIT & PERSENDIRIAN..
selamat menganggur dan cari kerja baru je la abang posmen..
dah kena buang esok boleh sama-sama merintih dengan anak bini..
fikir cepat-cepat cam mana nak bayar rumah kereta makan pakai anak bini lepas kena buang nanti..
Quote harrypoter 19-6-2017 12:49 PM
abg tak perform kot
tapi kesian la anak2 tak dpt baju baru, kasut baru..

*syukur alhamdulillah bonus 4 bulan consisten for 10 years...
Quote vanillaninja 19-6-2017 01:06 PM
So? Ramai lagi tak dapat bonus raya walaupun dapat outstanding performance sebab company punya business isn't doing well. Tapi sedar je diri, maklum la kerja makan gaji.
Quote tagas 19-6-2017 01:17 PM
Gaji nak besor

bonus nak lebat

tp kije malas

Melayu layu btol
Quote chinta89 19-6-2017 01:31 PM
mcm ni la bang, sy syak abg ni bajet2 kije bagus kua pagi blk mlm... sendiri ngaku asik MC..

org bukan x bsimpati bang, kua pagi2 hari then blk mlm, ummah lain jua begitu bang. org lain pun berpanas terik mcari rezeki bang.

ak bukan x nk bekap bang. tp entah2 abg ni antara pekerja pos yg malas ata surat/barang2 yg lmbt tiba.. x capa KPI tu, cuba abg buktikan kat kami di socmed betapa byk penghantaran abang buat; adekah capai KPI atau tak??

sb syarikat abg ni bukan kecik2 anak kan, kalau wat naya kat org mcm kes abg, kami pun mrh bang tp sy nk dengar ape pihak majikan abg plk, mcmne kualiti kije abg,.. yelah kalau sdiri melawan ckp bos sebagaimana abg sdiri mengaku, wut 2 say bang?

kalau surat surat & persendirian abg pun abg boleh up, ape kata abg mtx majikan plk tunjukkan bukti, up segala doc hasil kurier abg adekah capai KPI atau tak untuk membolehkan bonus sebagaimana syarikat mahukan?

bang, bonus je bang.. bukan x dpt gaji! ak senang je bang, anggap bonus x penah dpt, hidup sehari2 berdasarkan gaji shaja. settle. x perlu tpekik tlolong sgt mc, majikan tu buat dosa besar x bg bonus, terang2 kat surat KPI x bagus..

Quote skystrike 19-6-2017 01:52 PM
ko dah la kerja malas...pastu bila x dapat bonus sebab pretasi kerja ko teruk ko sentap bagai pastu viral kat internet utk dapat simpati orang ramai....

ini punya orang pon ada ke....
Quote Andyscenes 19-6-2017 02:11 PM
KPI x axhieved salah diri sendiri, baca post pun da tau kau keje camne
Quote qistiena 19-6-2017 02:24 PM
sabar ajelah bang...
carilah keje lain kalau dah tak mampu bertahan...
Quote -electrifying- 19-6-2017 02:29 PM
pemberian bonus adalah hak syarikat, terpulang kt mereka nk bg ke tidak, lebih2 lgi KPI ang low, xperlu ko nk pertikai... Anggap je tkde rezki... Apa guna gaji basic, kurier xsilap aku bergaji tinggi... ade elaun bagai... xkan xde simpan...
Dan lagi 1, ko nk fight boleh, insyaallah dapat... tp sedia la lpas tu nama bsuk, xrenew contract, atau immediate terminate...
Quote fcl29 19-6-2017 02:39 PM
utk company2 mcm ni, of course ade appraisal, kpi dan sebagainya... kalo ko supervisor, sure ko tau mcm mane penilaian dibuat.. akan ada committee utk bincangkan sape patut dpt berapa dan sekian2... company mcm ni xkan bertindak kejam sgt...
so aku syak prestasi si pengadu ni melayakkan dia hanya dpt 1 sahaja... maka tiada bonus..
Quote devilito2 19-6-2017 02:57 PM
kena dgr dr pihak syarikat pulak... peace no war
Quote lolita737 19-6-2017 03:29 PM
memang sedih kalau xdapat bonus kalau nk dekat musim2 perayaan ni..

Quote AbukRokok 19-6-2017 03:41 PM
kompeni Mokhtar Baukari kroni Mahdey
Quote mzzenma 19-6-2017 04:02 PM
bertabah lah ye bang oii

mzz pernah je jumpa posmen bahasa macam haramjadah..dengan tak pakai uniform post marah2 kita pula

kalau spesies gitu tak dapat bonus selayaknyalah..macam longkang attitude
Quote sabar_sabariah 19-6-2017 04:20 PM
maaf tanya..maybe aku noob
satu kesusahan besar ke kalau kampeni tak bagi bonus masa raya?
aku tanya sbb aku tak pernah dapat bonus masa raya
tapi aku still sambut raya seadanya
Quote pearl.silver 19-6-2017 04:22 PM
Sabar ek..kompeni lama i dulu, HR dah set hanya berapa org boleh dpt A, B..selebihnya walaupun sgt competent KPI nya tetap dpt C
Di sini peranan kipas bos sgt penting..

Tapi pi luah kat fb tu tak bijak sgt la..kalu kompeni lama i dulu dia bg surat resign terus. Dengan alasan memburukkan nama syarikat
Quote jiwarasa 19-6-2017 05:20 PM

bagi nombor akaun.kita pakat sedekah sikit sorang
Quote PeNaMeRaH 19-6-2017 05:57 PM
Mestinada sebab knp prestasi dpt 1
Quote giyomi 19-6-2017 06:06 PM
Sblm simpati, kena dgr dr kedua2 pihak...bukan semua posmen bagus kerjanya, on time antau surat, ada gak jenis berlagak dan kerja sambil lewa. sy dah banyak kali kena camne, ada kala sampi duaminggu pon tak sampai2 barang wlpon da report ttp sama. Pos laju lah sgt.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.076941 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top