CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bisnes Ayam Panggang Ini Baru Sahaja Tular, Sudah Ada Pihak Yang Busuk Hati

15-6-2017 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8329| Komen: 16|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Siapa sangka bisnes yang semakin berkembang dan selepas menjadi viral di laman sosial, tiba-tiba mengalami kerugian mendadak.Bukan kerana tiada pelanggan yang datang mahupun tidak laku, sebaliknya bis ...
Siapa sangka bisnes yang semakin berkembang dan selepas menjadi viral di laman sosial, tiba-tiba mengalami kerugian mendadak.

Bukan kerana tiada pelanggan yang datang mahupun tidak laku, sebaliknya bisnes tersebut disabotaj oleh mereka yang busuk hati dan hasad dengki. 


Itulah yang terjadi kepada bisnes Ayam Bakar Pasu Terlangkup (ABPT) yang menjadi viral baru-baru ini, apabila pasu-pasu yang digunakan untuk memasak ayam didapati pecah dan dirosakkan dengan sengaja. 

Menurut pemiliknya Yusdey Ismail, 40 gerainya di Sungai Petani, Kedai habis apabila pasu-pasu yang digunakan untuk memasak ayam diketuk dengan alatan keras oleh pihak yang tidak diketahui. Sebanyak 18 pasu rosak teruk daripada 43 buah pasu di situ.


Menafikan membuat cerita, Yusdey berkata kerugian yang dialaminya juga bukan dengan angka yang sedikit. 

"Ada yang kata saya fitnah atau sengaja reka cerita, itu tak betul, pasu-pasu itu memang ada kesan pecah akibat diketuk dengan benda keras, saya agak tukul besi.

"Saya pun tak sangka boleh jadi macam ni apatah lagi sekarang ni bulan Ramadan...kerugian ini saya anggap sebagai dugaan saya di bulan puasa," katanya kepada Mstar Online. 

Terpaksa menanggung kerugian sehingga RM2,000 bagaimanapun tidak membuatkan usahawan ini mahu mengalah. 

Netizen pula mengutuk perbuatan mereka yang bukan sahaja mengamalkan sikap hasad dengki yang negatif ini, malah sebaliknya sanggup merosakkan harta benda seseorang demi kepuasan nafsu sendiri. 


"Busuk hati dan dengki susah dipisahkan dengan orang kita, moga iman kita dikuatkan."

"Kenapa tak simpan pasu itu di dalam, kalau diletak racun atau apa sahaja boleh jadi lagi teruk."

Apa pun, perbuatan khianat ini tidak sesekali pun dapat diterima oleh sesiapa pun. Lebih-lebih lagi ia dilakukan dalam bulan yang baik ini. Moga kita semua terhindar dari sifat yang buruk ini. - CARI 

22

Bagus
26

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
15

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 15-6-2017 07:55 PM
Thread dh ada la ngok
Quote estrelle 15-6-2017 08:22 PM
fazamania replied at 15-6-2017 07:55 PM
Thread dh ada la ngok

Thread kat mane tak jumpa pon
Quote kiambang 15-6-2017 09:13 PM
Aku pun macam ada nengok thread ni ..
Quote KILL_NANCY 15-6-2017 11:12 PM
fazamania replied at 15-6-2017 07:55 PM
Thread dh ada la ngok

dayah bagi link thread tu tak jmpe ar.
Quote miemiecha 16-6-2017 10:25 AM
orang melayu.. haihhh
Quote ffbeauties 16-6-2017 03:21 PM
Betul ke orang busuk hati?
Entah entah orang gila yg buat
Quote nisako 16-6-2017 03:27 PM
hmmmmmmmmmmmm
Quote Jorja 16-6-2017 05:31 PM
Yucks gross tak dinafikan memang semua bangsa pun buat kerja dengki ni tak kira cina india melayu borneon tapi seriously bangsa MELAYU dr MALAYA ni busuk hati yang amat. Time I baru posting kt sekolah ni I dah drive kereta sendiri..blm sah jawatan lagi....sedangkan guru yg dah 5 tahun posting masih gigih naik van sewa terutamanya yg datang dri malaya entahlah agaknya memang suka brhimpit dgn students ke atau dah beli keta tapi bagi keluarga dia yg pakai kt malaya sana... so long story short ada guru bagitau I kononya guru malaya sorang ni bagitau semua guru kata ada lelaki putih2 chubby2 drive kereta DGN NO yg sama dengan kereta I tu mengorat dia....send gambar segala nak ngorat dia.. nak mfitnah laki I lettew tapi malangnya ada guru pernah nampak laki I sendiri yg tak putih tak gems tu so derang tanya2 lah I ada adik ke apa.. kurang ajar tak? Sampai nak libatkan family i sedangkan family i mampu lah tak ada masa  nak curi2 bgambar dgn keta i.... bila I tanya siapa gerangannya yg dingorat itu...tak nak sebut nama... bila I nak tengok gambar kot2 boleh siasat siapa lelaki sial itu pun tak nak kasi. I cuma nak tengok gambar tu coz nak tengok lelaki tu dalam keta ke atau gambar tepi keta je ka....tapi Dasar pmfitnah buat cerita kan. Tak mau tunjuk gambar konon. Jeleslah tu org ada keta mewah. Tu pun nak jelez Kereta tu liabiliti la ngok. Org pakai sebab nak senang
Quote suka2 16-6-2017 07:16 PM
Ayam terlungkup ni kat PD pun ada tapi cari2 tak jumpa pulak :zz
Quote b_n_c 17-6-2017 10:13 AM
suka2 replied at 16-6-2017 07:16 PM
Ayam terlungkup ni kat PD pun ada tapi cari2 tak jumpa pulak :zz

hr tu aku jmpa mlm2 kat tepi jalan depan bomba kt PD..

tp aku perasan mcm dh ramai tiru konsep ni...kt melaka ada satu..dekat2 dgn kuih keria antarabangsa tu.

klu francais mesti la ltk nama banner ayam pasu terlangkup tu kan..

ni sb tiru org so x berani ltk la kot..
Quote merrissa 17-6-2017 01:00 PM
ffbeauties replied at 16-6-2017 03:21 PM
Betul ke orang busuk hati?
Entah entah orang gila yg buat

tapi x mustahil melayu dengki....

ritu ada je pernah org tunjuk vdeo bagai....tp kes lain la...tapi motif sama....busuk ati dgn bisnes org
Quote ffbeauties 17-6-2017 07:00 PM
merrissa replied at 17-6-2017 01:00 PM
tapi x mustahil melayu dengki....

ritu ada je pernah org tunjuk vdeo bagai....tp kes lain la... ...

Maybe la kan..
Tp itulah benda takde bukti mcm2 kemungkinan.

Kalau betul org dengki hopefully bisnes dia bertambah maju .
Makan hati la yg dul dengki2 tu
Quote Allthatnana 18-6-2017 10:27 PM
Haiiihhh laaa..siann..
Quote indenial 19-6-2017 01:24 PM
Sedap x ayam ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.091935 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top