CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengawal Keselamatan Berlagak Seperti Samseng - Jurujual ASTRO

14-6-2017 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8467| Komen: 43|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Kebelakangan ini, banyak kes ala samseng melibatkan umat Islam terjadi..

Kebelakangan ini, banyak kes ala samseng melibatkan umat Islam terjadi di dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

Dua minggu lepas, tular video menunjukkan seorang wanita Melayu bertindak mengetuk pintu cermin kereta dan membaling selipar berpunca kerana berebut parkir di bazar ramadan.


Tidak lama selepas kejadian itu, Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan anggota lain DAP yang turun ke bazar ramadan untuk mengagihkan sumbangan buah kurma telah dihalau oleh beberapa pemuda Melayu. Kedua-dua kejadian memalukan ini menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Terbaru, seorang pekerja Astro mendakwa telah dilayan secara kasar oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah flat. Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hafizie berkongsi kekesalannya kerana tidak menyangka pengawal keselamatan langsung tidak beradab. 

Dugaan mencari rezeki dibulan ramadan . Datang dari seremban naik ex5 je tengah panas . niat nak cari sales lebih sikit sebab nak rayakan . Aku jumpe satu flat ni ada guard house jadi aku pun turun dari moto 1) Aku bg salam & kenalkan diri aku . 2) Aku minta izin/kebenaran untuk masuk ke flat tu , Yela sebab kite pun masuk tempat orangkan kene lah beradab . 1 jam kot aku naik flat tu aku buat sales , Alhamdulilah dapat lah 4 Customer yg nak pasang astro & Upgrate Decoder PVR . Lepas tu aku pun turun dari flat yela dah dapat 4 orang cukup lah tu untuk aku . lepas tu aku nampak brader guard yang aku inform ni tadi dia menjerit kat arah aku dgn member aku , kau tahu dia cakap apa ? 


"Wey Lancau 2 orang kau sini kejap " Aku pun tekejut die ckap gitu . aku dtg aku tnye kenape kan ? Lepas tu die pun minta ic , aku bg jela . mmber aku ckp takyah bg . tapi aku bg jugak . Dia ckap die kene tiaw . Aku ckp la aku dah inform semua dkt dia tadi . Lepas tu jadi macam ni pulakkan . kalau tak bagi masuk aku takkan masuk , ini aku dah terangkan sape aku , keje ape aku , dtg sini nak buat ape semua . Haih bila dah jadi mcm ni siap ugut nk pukol aku . 

Satu jela bang , kite melayu bulan mulia lagi . Sy respect kerja abg . tp abg tak patut ckp mcm tu dekat sy . Sy pun bekerja . semua org kerja . at least kalau betul tak boleh masuk cakap elok2 dgn sy , sy angkat kaki , start moto jalan . Takpela dugaankan .

Muhammad Hafizie


Loading FB Video...

Loading FB Video...


Seharusnya, kita sebagai umat Islam perlu menjaga perlakuan dan tutur kata lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh mulia ini. Janganlah hanya menahan lapar sahaja kerana ibadah puasa juga menuntut kita untuk menahan nafsu serta amarah. 

Semoga kisah ini menjadi ikhtibar buat kita semua. - CARI


15

Bagus
16

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
13

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 14-6-2017 06:02 PM
benda boleh settle ni.. kena lancau pekara biasa..

akak dulu pernah kena kutip dengan budak baju sebab jual kt kawasan dia orang.. last2 dia orang joint downline akak.. tu zaman MLM  selepas tu kayap..

pe susah ajak bro tu beli sekali piring astro makan sama2 mi siput..
Quote missinpiece 14-6-2017 06:15 PM
Flat je pon..
Quote WhiskeyScotch 14-6-2017 06:29 PM
Hanya manusia yang insecure je gigih nak panggil orang lancau bagai.
Quote ciwi1166 14-6-2017 06:34 PM
ko takyah push2 dia nape cakap lancau2.. blah jer cari tempat lain.

sbb tu la die keje guard jer.
Quote krmy 14-6-2017 06:35 PM
Nak servis astro...kalau aku pon ingat dia nak repair decoder or dish. Mmg la ayt service tu biasa org salesman pkai utk gambarkan dia buat sales...tp terkadang org biasa akn salah faham. Yg si guard tu pon takleh ke ckp leklok..tau la lps kene tiaw dgn residence
Quote meya 14-6-2017 06:36 PM
Lancau tu apa?

Quote Mary_jane 14-6-2017 06:44 PM
Samseng habis lah tu lanco kan orang.
Quote umbut 14-6-2017 06:53 PM
Biadap punya mulut.. Benci dgn org Yg suka maki hamun.. Nak jer aku tonyoh ngan cili..
Quote pearl.silver 14-6-2017 06:54 PM
Yg penting rekod dulu
Iols pun kne praktis la pasni. Buat butang shortcut camera.then rakam video.
Skang tgh praktis amik gambo kambing blok jln je.
Quote prettyuglybabe 14-6-2017 07:02 PM
meya replied at 14-6-2017 06:36 PM
Lancau tu apa?

cincau ais lebih..
Quote kuzaime 14-6-2017 07:06 PM
meya replied at 14-6-2017 06:36 PM
Lancau tu apa?

Lancau tu sejenis spesis pisang..
Quote prettyuglybabe 14-6-2017 07:23 PM
ni kes salah faham..
ada la tu penduduk yang komplen dia dok ketuk-ketuk pintu promote astro..
yang tukang viral pun satu..
nak masuk tu explain la betul-betul nak buat sales..
ko cakap nak buat survey..
pak guard tu pun cakap dia dengar nak buat servis..
Quote Victorioussss 14-6-2017 07:34 PM
Kelantan lagi.
Pak gad je pun. Islam ye. Melayu ye.
Member oun islam, melayu. Nak baran melancaukan orang.
Ni tempat aku punya. Waa
Quote Victorioussss 14-6-2017 07:35 PM
Kelantan lagi.
Pak gad je pun. Islam ye. Melayu ye.
Member oun islam, melayu. Nak baran melancaukan orang.
Ni tempat aku punya. Waa
Quote mujer_in_espejo 14-6-2017 07:51 PM
ihhhh sikit2 nak viral, sikit2 nak viral...
Quote LautBiru52 14-6-2017 07:55 PM
Benda ni salah paham je rasanya..aku dgr org astro ni ckp elok je..yg pak guard nk tnjuk gangster sgt ni apahal..siap ckp 'ko org melaka aku org kelantan tau'..kenapa dgn kelantan? Nk suruh budak tu minum air basuh kaki ko ke? Berlagak giler
Quote exclusive_vvip 14-6-2017 08:04 PM
prettyuglybabe replied at 14-6-2017 07:23 PM
ni kes salah faham..
ada la tu penduduk yang komplen dia dok ketuk-ketuk pintu promote astro..
yan ...

I pun terpikir bende yg sama..mungkin ada penduduk2 yg bising kat pak gad tu..tu yg pak gad bengang kat mamat ni...tak salah penduduk la kan, dah residen ada pengawal, of course la bengang ada org luar bleh lepas masuk buta2 sambil dok ketuk pintu..lagi 1 i rasa, mamat tu tak telus waktu kenalkan diri pada pak gad tu..tau2 la ayat org buat sales kan..rasanya mmg dia tipu pak gad tu kata nak servis..pdhal dia buat sales..i sekarang susah nak bersangka baik pd tukang viral...walaupun mulut org yg memaki dlm video sgt hansuang, tapi yg rakam video pun sama naik je...
Quote exclusive_vvip 14-6-2017 08:09 PM
Lg 1,mamat ni pun bodo gak gi viralkan pak gad tu...pak gad tu hujung2 mcm dah cool sikit...ko tu plak dah dpt 4 customers...lepas ni mcm ne ko nak gi bertentang mata dgn pak gad tu...
Quote mjla 14-6-2017 11:16 PM
Buat urine dulu
Mesti ada sisa syabu
Klu peel cam ni mesti penangan benda tu

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.064550 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top