CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koperal Maut Diseret Mpv Pada Kelajuan Tinggi !

19-8-2013 11:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2372| Komen: 1

Description: Shah Alam, 18 Ogos : Seorang Anggota Polis Yang Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumahnya Di Saujana Putra, Dekat Sini, Maut Selepas Motosikal Yamaha Lc Ditunggangnya Dirempuh Kenderaan Pelbagai Guna (Mpv) ...

Gambar hiasan


SHAH ALAM, 18 Ogos : Seorang anggota polis yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Saujana Putra, dekat sini, maut selepas motosikal Yamaha LC ditunggangnya dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 10.5 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, awal pagi semalam.  

Kemalangan jam 3.40 pagi itu menyebabkan Koperal Johari Mohamad, 36, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, cedera parah di kepala serta dada dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Difahamkan, mangsa yang bertugas 24 jam mahu pulang sebentar ke rumah sebelum menyambung tugasan  di IPD Klang Utara.

Selain mangsa, pemandu MPV terbabit, seorang lelaki berusia 41 tahun, kini dilaporkan koma, manakala tiga lagi penumpang lelaki hanya cedera ringan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila MPV dipandu laju dan terbabas sebelum merempuh motosikal.

Menurutnya, pengguna lebuh raya yang melalui laluan itu segera menghubungi ambulans untuk membawa mangsa dan pemandu MPV terbabit ke hospital untuk rawatan kecemasan.

  “Rempuhan kuat menyebabkan mangsa tercampak dan terseret beberapa meter. Pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia  dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

p/s mesti ingat kul 3 pagi, jalan lengang bole besit semcm...Alfatihah !


1

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote setia00 20-8-2013 12:46 PM
takziah pada kluarga mangsa..
bengang betul pemandu mpv tu.. buat apa bawah kereta laju-laju kalau tak reti nak kawal.
bila terbabas, membunuh orang lain...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 1.205004 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top