CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kerani Bukan Sasaran, Cemburu Dan Dendam Motif Letupan Bom Di Tumpat

19-8-2013 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13312| Komen: 58

Description: Kuala Lumpur, 16 Ogos (Bernama) -- Siasatan Awal Polis Terhadap Suspek Dalam Kejadian Letupan Bom Dalam Bungkusan Di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad Lepas, Menunjukkan Kerani Sekolah Ya ...
Kerani Bukan Sasaran, Cemburu Dan Dendam Motif Letupan Bom Di Tumpat


KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Siasatan awal polis terhadap suspek dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas, menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Kita tidak menolak kemungkinan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya.

Ekoran kejadian itu polis menahan reman seorang sarjan tentera berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.

Mazlan berkata pasukan khas yang ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, telah memanggil isteri suspek dan anggota PGA berkenaan bagi memberi keterangan dan yakin kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat. -- BERNAMA

P/S: Perkara yang aku paling tak suka bila penjenayah silap sasaran. Orang yg tak berdosa jadi mangsa.

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 17-8-2013 08:28 AM
Isteri suspek ada hubungan dgn family mangsa???
sapa kata yg jd isteri org nih semua berkualiti
Quote zaiha 17-8-2013 08:44 AM
bila nafsu menguasai akal ....
bila iman senipis kulit bawang...
Quote Decaffeinated 17-8-2013 08:49 AM
Perkara yang aku paling tak suka bila penjenayah silap sararan.
aku pcy ramai yg setuju dgn ko termasuk penjenayah tu...



Quote Szasza 17-8-2013 08:56 AM
bom balik kat org yg buat x pasal2 org yg x bersalah tu terseksa dia
Quote appleapril87 17-8-2013 09:00 AM
Aku rase msti die mk sasar kn kt abg ipar die tu kn..kn kete ipar die tu
Quote batmana 17-8-2013 09:09 AM
klu jeles pn..jupela dpn2..bingai punya sarjan..
Quote sue_y05 17-8-2013 09:13 AM
siannya, isteri Sarjan askar tergoda dengan suami orang,seorang PGA. Apa pangkat PGA tu? Sarjen jugak ke?
Quote sue_y05 17-8-2013 09:15 AM
apapun, ku harap hubungan itu setakat main mata, belum sampai ke bilik tidur.
Quote little_sis 17-8-2013 09:29 AM
oo gitu errk citernya.. yg siannya ialah isteri mangsa dgn baby 4 bulan yg dh x berayah tu.. mmg teraniaya sungguh.. mintak2 hukuman setimpal la...
Quote nuralisa 17-8-2013 10:12 AM
so isteri pengebom ada skandal ngan abg ipar mangsa la kan?? (owner citra tu)
Quote skymania 17-8-2013 10:15 AM
bodoh punyer sarjan! nak mengebom..tp teknik ke laut.. ko pegi jmpe depan2 ngan mamat tuh kan senang??
tak pasal2 orng lain jdk mangsa..tak pasal2.. orng lain jdk janda..orng lain jdk anak yatim..bingai btol!
Quote jazaa 17-8-2013 10:20 AM
Innrukia posted on 17-8-2013 08:28 AM
Isteri suspek ada hubungan dgn family mangsa???
sapa kata yg jd isteri org nih semua berkualiti

Tu lah.....abg ipar mangsa punya angkara, tak pasal-pasal org lain yg kena....ank baru 4 bln..
Quote jazaa 17-8-2013 10:23 AM
skymania posted on 17-8-2013 10:15 AM
bodoh punyer sarjan! nak mengebom..tp teknik ke laut.. ko pegi jmpe depan2 ngan mamat tuh kan senang ...

Knp tanak pegi jumpa wife dia yg mengenyam tu sekai.......
Quote mrsrezza 17-8-2013 10:32 AM
Ni spesis psiko..bila x dpt nak moyan..x fikir panjang..asal ko x bom je bini ko yg gatal merenyam tu?..x jatey btol, x berani berdepan selesaikan masalah..x pasal2 org lain jd mangsa..kesian kat baby dh x berayah..
Quote lavapost 17-8-2013 10:39 AM
jazaa posted on 17-8-2013 10:20 AM
Tu lah.....abg ipar mangsa punya angkara, tak pasal-pasal org lain yg kena....ank baru 4 bln..

Tak style la bercinta dgn bini orang...ataupun bekas bini org...cam la xde anak dara yg nak ayat..
Quote lavapost 17-8-2013 10:41 AM
mrsrezza posted on 17-8-2013 10:32 AM
Ni spesis psiko..bila x dpt nak moyan..x fikir panjang..asal ko x bom je bini ko yg gatal merenyam t ...

Baik bom diri sendiri kalau bini syiok.dgn balak lain..malu 7 generasi woii...
Quote mrsrezza 17-8-2013 10:58 AM
lavapost posted on 17-8-2013 10:41 AM
Baik bom diri sendiri kalau bini syiok.dgn balak lain..malu 7 generasi woii...

Khenn..nampak sgt dia tu looserr..
Quote don_quixote 17-8-2013 11:13 AM
P/S: Perkara yang aku paling tak suka bila penjenayah silap sasaran. Orang yg tak berdosa jadi mangsa.

Aku lebih suka kalau sasaran tu kena balik kat penjenayah.....
Quote put3reen 17-8-2013 11:46 AM
bini mengatal...nak salahkan orang lain..apasal xlempang je bini tu sendiri? nak g bunuh orang..xpun cermin diri apasal bini ko boleh turn kat org lain? xbagi cukup makanan?batin?duit? suka2 hati nk bom orang... bodoh betol... laki bangsat..bini bangang.. org lain jadi janda,anak yatim...

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064734 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top