CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanjong Tokong Dihidupkan Sebagai Kampung Melayu Tertua !

19-8-2013 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2633| Komen: 6

Description: George Town, 17 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Akan Bermesyuarat Dengan Pihak Berkepentingan Dalam Usaha Mengekalkan Dan Menghidupkan Kampung Tanjong Tokong Sebagai Kampung M ...


GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan bermesyuarat dengan pihak berkepentingan dalam usaha mengekalkan dan menghidupkan Kampung Tanjong Tokong sebagai kampung Melayu tertua di Pulau Pinang.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata perjumpaan itu akan melibatkan UDA Holdings Berhad (UDA), Jabatan Warisan Negara, Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), kerajaan negeri dan pakar sejarah.

"Saya telah meminta bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yussof berbincang dengan kerajaan negeri. Oleh kerana di sini ialah sebuah negeri yang ditadbir pakatan, adalah baik jika boleh dapatkan sokongan kerajaan negeri.

"Kita patut ada kawasan seperti China Town dan Little India...di sini (Tanjong Tokong) sebagai kampung Melayu tertua," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri anjuran Kementerian Pelancongan, di sini Sabtu malam.

Beliau berkata pihaknya juga telah meminta Jabatan Warisan Negara untuk mengusahakan satu kawasan warisan di situ, bukan sekadar membina bangunan besar dan galeri semata-mata.

"Dengan cara itu (menyediakan kawasan warisan Tanjong Tokong), bukan sahaja kita dapat menghidupkan Tanjong Tokong dengan latar belakang sejarahnya sebagai kampung Melayu tertua, tetapi juga menjana aktiviti pelancongan yang akan menjana pendapatan pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran 26.8 juta ketibaan pelancong asing tahun ini.

Beliau berkata jumlah kedatangan pelancong asing bertumbuh sebanyak tujuh peratus bagi enam bulan pertama tahun ini.


14

Bagus
17

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
19

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 18-8-2013 01:35 AM
ada dok harap padam isu anak dia...baik dia harap cina pineng tk melawan!!!!!!!
Quote cmf_herrhughie 18-8-2013 01:41 AM
i welcome projek ni...walaupun UMNO berlakon mcm hero...tapi bagi semua org yg tahu history ni, penduduk2 kampung tg tokong ni adalah dihalau oleh UMNO sendiri...dah byk kali diceritakan dlm forum...

i love if penang got kg tg tokong as malay cultural place....love it
Quote cmf_herrhughie 18-8-2013 01:49 AM
Kampung Tg Tokong mmg kampung melayu tertua di penang, akan tetapi sebelum tahun 2008, kampung ni telah diroboh dan penduduk melayu telah dihalau oleh UDA @ kroni UMNO. penduduk kg tg tokong komplain UDA tipu mereka...

dlm perbincangan mereka, pernah saya dengar cadangan utk menjadi cultural place for melayu....dimana UDA pada mulanya tak bersetuju dan nak teruskan dgn projek perumahan mewah...siap just last year end...UDA start jual condo2 yg akan launch kat tanah tu...saya pernah pi tanya sales girl dia sama ada projek malay cultural kampung dah tak jadi...salesgirl tu mcm terkejut dan tak nak jawap...

and now, hope this news is true, then is good for penang to have this cultural village
Quote kakikuDibibirmu 18-8-2013 01:52 AM
first time herhugie ambil berat pasal mulayu
Quote Bedah.Cun 18-8-2013 01:54 AM
Quote cmf_herrhughie 18-8-2013 02:00 AM
kakikuDibibirmu posted on 18-8-2013 01:52 AM
first time herhugie ambil berat pasal mulayu

kalau u ada ikut forum, kes ni yg saya selalu ungkitkan...kes penduduk melayu kg tg tokong dihalau oleh UMNO penang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.206849 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top