CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Merusuh, Jamal Yunos & Sembilan Penyokongnya Mengaku Tidak Bersalah

13-4-2017 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2244| Komen: 1

Description: Pemimpin Gerakan Baju Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan sembilan penyokongnya didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan bagi menentang ...
Pemimpin Gerakan Baju Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan sembilan penyokongnya didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan bagi menentang pelaksanaan undang-undang di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, November tahun lalu.


Bagaimanapun kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai ahli suatu kumpulan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama didakwa telah menggunakan kekerasan untuk menentang pelaksanaan undang-undang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bangunan Pusat beli-belah Ampang Point, Ampang Jaya pada pukul 4 petang, 13 November tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -


Hakim Rushan Lutfi membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes itu.- CARI






35

Bagus
30

Marah
29

Terkejut
34

Sedih
37

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (196 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 13-4-2017 10:31 PM
ade tgk kat tv3 suku td...tapi x leh nk kate ape sbb klu dgn y nie halalan n toyyiban kekdahnyer..smue terlepas..lokap sehari dua jer..tue pon sbb dlm siasatan..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063124 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top