CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Salahkah Aku Jual Nasi Lemak Tepi Jalan, Belajar Tinggi Tapi Jadi Surirumah?

2-3-2017 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13914| Komen: 62|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Pernahkah anda diperkecilkan oleh rakan yang berniaga sendiri, kononnya kerja makan gaji tidak mungkin akan menjadi kaya?

Pernahkah anda diperkecilkan oleh rakan yang berniaga sendiri, kononnya kerja makan gaji tidak mungkin akan menjadi kaya?

Begitu juga, bila seseorang yang berniaga kecil-kecilan diperkotak-katikkan kerana hanya mampu membuka gerai tanpa meningkatkan jualan sehingga jutaan ringgit. 

Jika jawapannya ya, dengarkan nasihat seorang ustaz ini. Melalui laman Facebook miliknya, Ustaz Hanafi memberi jawapan kepada mereka yang gemar memperkecilkan golongan yang hidup hanya 'cukup-cukup makan'.

"Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta.

"Seolah yang memilih makan gaji itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu loser."


Begitulah antara yang ditulis oleh ustaz ini yang menyelar manusia tamak dengan harta dan mula meninggi diri. Benarlah katanya kebahagiaan dan rasa cukup manusia berbeza-beza. 

Jika hanya dengan menjual nasi lemak itu membuatkan seseorang berasa puas dan cukup, siapa kita untuk mempertikaikannya. 

Dan jika belajar tinggi-tinggi, akhirnya seorang wanita memilih untuk menjadi surirumah tangga, tiada apa yang ruginya, bukan?

"Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan Kun Fayakin. Buang sombong dan rasa besar dalam diri itu."

Ramai juga netizen yang berasa terinspirasi dengan kata-kata yang diucapkan oleh ustaz Hanafi ini. Terutamanya dari kalangan mereka yang bekerja makan gaji, dan tak kurang juga isteri yang tidak bekerja. 

"Setinggi mana pangkat dan kedudukan, janganlah riak, hanya ilmu yang bermanfaat yang menyelamatkan."


Kesimpulannya, jangan sesekali pandang rendah pada orang yang hanya bekerja secara sederhana. Siapa kita untuk mempertikai rencana orang lain jika itu yang buat mereka rasa gembira dan bahagia? - CARI 
19

Bagus
13

Marah
18

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellxx 2-3-2017 02:27 PM
nope takde masalah pada i . itu pilihan masing masing
Quote Genkidesuka 2-3-2017 02:37 PM
Ikutlah nk buat apa pun, asalkan kerja halal dn tk menyusahkan org lain.  
Quote mrizumi 2-3-2017 02:47 PM
Biarlah org nk buat keje apapun..jnji halal..
Xperlu timbulkn isu pun..
Quote leylapple 2-3-2017 03:09 PM
Dan jika belajar tinggi-tinggi, akhirnya seorang wanita memilih untuk menjadi surirumah tangga, tiada apa yang ruginya, bukan?


if bukan guna duit mak pak yang bergadai reta nak sekolahkan anak tinggi2..well, it's ur choice

janji jgn susahkan sapa2 di kemudian hari...

p/s ai rasa pasal status ustaz hanafi pasal bekerja bukan nak jadi kaya  takder kene mengena dgn pompuan belajar tinggi2 tapi jadi surirumah.
Quote vanillaninja 2-3-2017 03:29 PM
Carl husband si Bella Ammara tu dulu selalu perli orang makan gaji. Macam takde wawasan ke or something like that i lupa.
Quote krustykrab 2-3-2017 04:01 PM
ni kena tepek kat muka penjual MLM...baru sesuaiiii
Quote WhiskeyScotch 2-3-2017 05:11 PM
Pilihan masing-masing. Jangan nak sibuk pertikaikan kehidupan dan pilihan hidup org lain. Fokus dan urus kehidupan sendiri senang.
Quote Artemesiaa 2-3-2017 05:23 PM
Tak ada salahnya asalkan dapat rezeki halal
Quote Apai90 2-3-2017 05:51 PM
Setiap org bahagia dgn cara masing2.. Tak semestinya org tu xhidup selesa kaya raya dia tak bahagia and tak semestinya juga org yg hidup senang lenang duit melambak tu hidup tenang and bahagia.. Jadi respect each other  way of life sudah
Quote siskepoh 2-3-2017 06:31 PM
meniaga tepi jalan n pasa malam lg byk duit sbnarnya huuu
Quote mbhcsf 2-3-2017 06:33 PM
pada i tak salah juga jadi suri rumah okay - semua kerja ADALAH IBADAH kalau ikut tatacara  niat dan perlaksaaan yg patut syariah

surirumah pun ibadah
doktor pun ibadah

kalau nak jadi surirumah okay kalau surirumahyg belajar tinggi ( i tak tahu ap amaksud tinggi kat sini )  tak salah juga kalau nak BUAT JARIAH ILMU dia untuk manfaatkan umat kan...or islam , kan?

so pada i nak jadi surirumah dan dalamamsa yg samam manfaat ilmu yg dipelajari lagi banyak faedah...nak tak nak je  but selagi yg halal okaylah .
Quote chetimor 2-3-2017 06:37 PM
Ai degree holder selalu kena perli dengan in law sbb berenti keje jd surirumah fulltime masak n jaga anak... lepas tu cousin selalu post tempat keeja dlm insta itu ini.. ai tak jeles cuma terasa sketla tp ai sabar mungkin rezeki kerje ai tak sampai lagi
Quote asrul313 2-3-2017 09:17 PM
Ada degree tak semestinya kena kerja makan gaji kan? Buatlah apa saja untuk mencari rezeki asalkan HALAL!

---------------------------
PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI KENA REJECT??!!! Kami sedia membantu kakitangan kerajaan. Pakar menyelesaikan masalah pinjaman peribadi yg bank reject | WhatsApp kami di 012-4931214 atau klik www.CentralKoperasi.com
Quote Leo_Gurlz 2-3-2017 10:36 PM
Tak salah pon. Rezeki masing2 ada yang makan gaji ada yg kerja sendiri. Tak payah nak pikir pasal pandangan orang bukan dia bagi rezeki dekat kita  
Quote intanumbrella 2-3-2017 10:48 PM
vanillaninja replied at 2-3-2017 03:29 PM
Carl husband si Bella Ammara tu dulu selalu perli orang makan gaji. Macam takde wawasan ke or someth ...

meols xboleh hadam dgn org mcm ti..biadap sangat :
Quote armin 2-3-2017 10:55 PM
Teringat makcik iols yang mengeji husband i sebab kerja swasta. Bagi dia kerja gomen paling bagus hebat dan ada elaun senang dpt loan bagai. Siap buat mimik muka bila aku backup laki aku. Bila aku berbisnes di hina2 nya aku sampai jumpa sedara2 lain nak kutuk aku. Bila aku jumpa tiap kali atas dasar family tak pernah tak menyakitkaj hati. Sekarang aku dah malas nak hadap. Baik tak payah jumpa terus lagi bagus. Sampai nangis2 balik rumah cerita kat husband. Anak2 kau kerja swasta jugak semuanya. Tp hina laki aku kerja swasta. Bodoh ya amat.
Quote mbhcsf 3-3-2017 12:00 AM
Edited by mbhcsf at 3-3-2017 12:01 AM
armin replied at 2-3-2017 10:55 PM
Teringat makcik iols yang mengeji husband i sebab kerja swasta. Bagi dia kerja gomen paling bagus he ...

u know , akan ada banyak manusia macam ni , so u know tak payah bagi nilai apa yg manusia seperti ini cakap sebab - dia pun milik Allah, mulutnya yg mencerca you tu milik Allah, segala apa apa yg dia punay pun milik Allah, so u know.  tak payah kisah. abaikan.kalau tak leh abai, u be a winner - doakan dia dalam hati. malaikat dengar and u berganda pahala.

Quote binisupir 3-3-2017 12:19 AM
tak salah. ramai je graduan yang berniaga kecil-kecialan. iol penah jumpa tauke sayur kat pasar tani. jual sayur je, tapi rumahnya mengalahkan engineer. besar nak mampos
Quote sambaldurian 3-3-2017 12:22 AM
Kdg2 jeles jgk org gaji bnyk ni, keje kita xnaik pangkat, tp boleh je hidup ak. Xde pulak ak merempat mintak duit br1m ke, duit mak ayah ke. Nasib semua org x sama. Tabah jela hidup.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.057128 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top