CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun Siap Ingatkan Lagi Dulu Pernah Merompak Rumah Yang Sama!!!

14-8-2013 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7633| Komen: 49

Description: Segamat: Seorang Peniaga Yang Menjadi Mangsa Samun Di Rumahnya Awal Pagi Semalam, Terkejut Apabila Lelaki Terbabit Memaklumkan Ia Kali Kedua Dia Menjadikan Mangsa Sasarannya, Selepas Kali Pertama Lapa ...
Segamat: Seorang peniaga yang menjadi mangsa samun di rumahnya awal pagi semalam, terkejut apabila lelaki terbabit memaklumkan ia kali kedua dia menjadikan mangsa sasarannya, selepas kali pertama lapan tahun lalu.

Omar Bacok, 60, berkata dalam kejadian jam 3 pagi itu, perompak berkenaan yang bersenjatakan pistol juga memberitahu dia kini sudah gemuk berbanding ketika kali pertama menyamunnya pada 2005.

      Sebelum melarikan diri dengan wang tunai RM3,500, dokumen peribadi serta Toyota Hilux miliknya, peniaga kedai runcit itu berkata, lelaki itu sempat berkata: “Dulu saya kurus, sekarang gemuk, ingat tak? Pokok bunga depan rumah ini pun sudah besar berbanding lapan tahun lalu”.

“Kata-kata itu menyebabkan saya yakin dia orang sama merompak rumah saya ketika hari raya 2005. Ketika itu, saya dirompak dua lelaki bersenjatakan parang dan kerugian RM15,000,” kata Omar.

Dalam kejadian terbaru, katanya, dia yang baru tiba di rumah, terserempak seorang lelaki di kawasan kediamannya lalu menjerit meminta isteri melarikan diri, namun suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mereka ke bilik tidur.

Peniaga itu berkata, pacuan empat roda terbabit ditemui semula di Jalan Tangga Batu, iaitu kira-kira lapan kilometer daripada rumahnya pada jam 9 pagi berkenaan.


10

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timahterung 13-8-2013 08:57 PM
sungguh peramah sekalih perompak di malaysia ini..
Quote roblucci 13-8-2013 08:57 PM
mudah sungguh dapat pistol sekarang ni
Quote pakwetizzaqyah 13-8-2013 08:59 PM
roblucci posted on 13-8-2013 08:57 PM
mudah sungguh dapat pistol sekarang ni

grand theft auto malaysia
Quote mak_wa95 13-8-2013 08:59 PM
tah2 pistol yang dicuri dari polis tu....
Quote anonymousz 13-8-2013 09:10 PM
ni menyamun sambil beraya
Quote AHMADVW 13-8-2013 09:14 PM
melayu peranakan punya kerja
Quote sayawifenikmie 13-8-2013 09:14 PM

.. takper laaa.... syukut tidak di apa-apa kan dek penyamun ...
Quote cmf_herrhughie 13-8-2013 09:16 PM
alrite, Johor mmg tak mengaku kalah....
Quote prettyuglybabe 13-8-2013 10:13 PM
raya lapan tahun lagi, harap mangsa call polis untuk standby siap-siap bagi menyambut kedatangan penyamun itu ke rumah beliau buat kali ketiga.. dan penyamun pula, harap tidak sampai obese
Quote batmana 13-8-2013 10:21 PM
mgkin lagi 8 tahun akn dtg, perompak ni bawa kuih raya gamaknye..
Quote salimrock 13-8-2013 10:28 PM
pokok bunga pun dia ingat.............
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2013 10:32 PM
ada perompak buatkan air lah, ada yang masak sambal belacan dahulu lah, ini baharulah budi bahasa budaya kita, nak mencuri pun tonjolkan dahulu budaya mulayu tu
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2013 10:33 PM
satu-satunya lelaki yang ambil berat pasal pukuk bunga
Quote Acong 13-8-2013 10:36 PM
roblucci posted on 13-8-2013 08:57 PM
mudah sungguh dapat pistol sekarang ni

oleh je sewa kat polis....
Quote mute 14-8-2013 10:38 AM
kuat sungguh memori perampuk ni....
Quote Cakkkk....aaaa 14-8-2013 10:43 AM
kakikuDibibirmu posted on 13-8-2013 10:33 PM
satu-satunya lelaki yang ambil berat pasal pukuk bunga

.....

banyak2 benda.. pokok bunga juga yg dia ingat...
Quote mycute 14-8-2013 11:09 AM
kuat daya ingatan perompak...
Quote bluberi 14-8-2013 11:14 AM
tempat jatuh lagi dikenang
Quote Budakmomok 14-8-2013 11:15 AM
wow siap descrbe dulu kurus sekarang gemuk

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.131862 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top