CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapak Tembak Anak

14-8-2013 09:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2733| Komen: 9

Description: Manchester: Seorang Jurutera Perisian Komputer Dari New Hampshire Menembak Mati Anak Lelakinya Yang Berusia Sembilan Tahun Sebelum Membunuh Dirinya Sendiri Ketika Sesi Lawatan Yang Diselia Di Pejabat ...
Manchester: Seorang jurutera perisian komputer dari New Hampshire menembak mati anak lelakinya yang berusia sembilan tahun sebelum membunuh dirinya sendiri ketika sesi lawatan yang diselia di pejabat Persatuan Wanita Muda Kristian (YWCA), kata pihak berkuasa semalam.

Penyelia dewasa turut hadir di pusat itu ketika Muni Savyon, 54, mengambil pistol lalu menembak Joshua Savyon sebelum menembak dirinya sendiri kira-kira jam 10 pagi, kata pejabat pendakwa raya.

Savyon menulis e-mel kepada seorang teman menyatakan dia akan membunuh diri sebelum kejadian itu, kata Rabbi Levi Krinsky dari Chabad Lubavitch, Manchester.

Krinsky berkata, Savyon mengalami kemurungan sejak pulang dari pengebumian abangnya di Israel dan ada menemuinya minggu lalu tetapi tidak menyangka lelaki itu akan membahayakan orang lain dan dirinya sendiri.


“Apa yang mendorongnya untuk membunuh anak lelaki dan dirinya sendiri? Saya tidak fikir ada orang yang tahu mengapa,” katanya.


Ahad lalu, YWCA dibuka untuk lawatan penyeliaan kanak-kanak dan pertukaran hak penjagaan.

Krinsky berkata, Savyon dan ibu anaknya berkongsi hak penjagaan terhadap kanak-kanak itu selepas berpisah beberapa tahun lalu.

Savyon sebelum ini pernah mengancam untuk membunuh dirinya, bekas isteri dan juga anak lelakinya.

Sementara itu, Ellen Savyon Vig yang pernah berkahwin dengan Savyon dan kekal sebagai kawan selepas kedua-duanya bercerai pada 1997 menyifatkan bekas suaminya sebagai seorang yang baik hati.

Ellen berkata, Savyon sangat rapat dengan abangnya dan menyayangi anak mereka.

“Dia tidak ganas dan akan cuba membantu sesiapa saja. Dia memang orang yang baik,” katanya. - Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 13-8-2013 04:28 PM
kalau peristiwa ni berlaku terhadap umat Islam sure Lejen meratib dalam bod....
abg lejen..what say u...???say something about it sayang....hahaha
Quote AdamBillionaire 13-8-2013 04:33 PM
Modngengade posted on 13-8-2013 04:28 PM
kalau peristiwa ni berlaku terhadap umat Islam sure Lejen meratib dalam bod....
abg lejen..what say ...

lejen tu kafir. puak2 rashiman.
Quote Modngengade 13-8-2013 04:34 PM
AdamBillionaire posted on 13-8-2013 04:33 PM
lejen tu kafir. puak2 rashiman.

ahkak no komen sajork....

Quote niceghost2005 13-8-2013 04:35 PM
Modngengade posted on 13-8-2013 04:28 PM
kalau peristiwa ni berlaku terhadap umat Islam sure Lejen meratib dalam bod....
abg lejen..what say ...

Hmmmm.............biasa laa kalau di dlm hati sudah di penuhi dgn zulmat.
Tiada yg indah yg depa nampak.

Banyak banyak lah berdoa agar di buka pintu hidayah.
Ia adalah HAK MUTLAK Allah swt.
Quote Modngengade 13-8-2013 04:38 PM
niceghost2005 posted on 13-8-2013 04:35 PM
Hmmmm.............biasa laa kalau di dlm hati sudah di penuhi dgn zulmat.
Tiada yg indah yg depa  ...

terima kasih uoul..sejuk hati dengar..semoga mereka mendapat hidayahNya

Quote AdamBillionaire 13-8-2013 04:39 PM
niceghost2005 posted on 13-8-2013 04:35 PM
Hmmmm.............biasa laa kalau di dlm hati sudah di penuhi dgn zulmat.
Tiada yg indah yg depa  ...

momode tak nak ban ke ip adress lejen tu? sebab dia banyak persendakan islam.
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2013 05:20 PM
kafir memanglah...


prrrffftttt...

Quote taikor 13-8-2013 05:22 PM
Orang gila pun dijadikan isu...
Quote Modngengade 13-8-2013 05:22 PM
bang lejen....dimana uoul...i seru nama uoul ni....dtglah ke mari.....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.142498 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top