CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Isteri Terima Ugutan Bunuh, George Clooney Tingkatkan Kawalan Keselamatan

5-1-2017 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3946| Komen: 7|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Menjadi perkara biasa bagi golongan artis atau orang kenamaan terutama artis Hollywood apabila dibayangi penghendap ke mana sahaja mereka pergi. Tak kurang juga yang menerima ugutan.
Menjadi perkara biasa bagi golongan artis atau orang kenamaan terutama artis Hollywood apabila dibayangi penghendap ke mana sahaja mereka pergi. Tak kurang juga yang menerima ugutan.


Selepas isterinya, Amal Clooney menerima ancaman bunuh, bintang ternama Hollywood, George Clooney, 55, meningkatkan kawalan keselamatan di kediamannya di Britain.


Sumber foto: IMDb

Amal, 38, yang juga merupakan peguam hak asasi manusia antarabangsa itu kini mewakili bekas presiden Maldives, Mohamed Nasheed, yang dipenjarakan selepas disabit kesalahan atas tuduhan keganasan. 


Sumber foto: Popsugar


Amal kini diberi kawalan sepenuh masa walaupun hanya mengunjungi restoran pada jarak kira-kira 300 meter dari rumahnya. 

Portal Metro melaporkan Peguam daerah Oxfordshire Selatan, Paul Harrison, terbabit dalam rancangan meningkatkan kawalan keselamatan itu.

"Kawalan keselamatan ini bukan untuk George, sebaliknya ia untuk melindungi Amal. Daripada sudut pandangan George, ancaman bunuh yang diterima Amal kerana membela Mohamed Nasheed,  adalah suatu perkara sangat serius," kata Harrison.

Rancangan George untuk memasang kamera yang akan meliputi seluruh kawasan termasuk kawasan jiran ditolak. Selepas berbincang, mereka bersetuju membenarkan George memasang kamera selagi tidak menceroboh kawasan persendirian jiran mereka.

Sementara itu, pasangan berkenaan dilaporkan bakal bergelar ibu bapa kepada pasangan kembar. Walau bagaimanapun, wakil pasangan itu masih belum mengesahkan perkara berkenaan.


Sumber foto: http://cdn.thedailybeast.com

Semoga mereka semua terlindung dari segala ancaman dan semua yang dirancang berjalan lancar. - CARI
20

Bagus
15

Marah
27

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 5-1-2017 07:18 PM
Isteri celeb yg paling dibanggakan...almost perfect
Quote alieyrina 5-1-2017 08:05 PM
Pakej sangat bini dia kann
Quote cahaya_almas 5-1-2017 08:35 PM
Sama cantik n sama padan....wow...
Quote Borak_Ola 6-1-2017 03:52 AM
Takut isteri cantik kena culik
Quote kimchipedas 6-1-2017 06:57 PM
Suka tgk pasangan ni hellokk
Quote samasam90 9-1-2017 11:58 AM
brain with beauty. please jgn cerai berai ye.
Quote melnanzz 3-2-2017 03:28 AM
Kenapalah sampai ugut nak bunuh ni... itulah kalau tinggal di negara yang membenarkan penggunaan senjata api, celebriti terkenal pun rasa tak selamat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.050404 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top