Menjadi perkara biasa bagi golongan artis atau orang kenamaan terutama artis Hollywood apabila dibayangi penghendap ke mana sahaja mereka pergi. Tak kurang juga yang menerima ugutan.
Selepas isterinya, Amal Clooney menerima ancaman bunuh, bintang ternama Hollywood, George Clooney, 55, meningkatkan kawalan keselamatan di kediamannya di Britain.
Sumber foto: IMDb
Amal, 38, yang juga merupakan peguam hak asasi manusia antarabangsa itu kini mewakili bekas presiden Maldives, Mohamed Nasheed, yang dipenjarakan selepas disabit kesalahan atas tuduhan keganasan.
Sumber foto: Popsugar
Amal kini diberi kawalan sepenuh masa walaupun hanya mengunjungi restoran pada jarak kira-kira 300 meter dari rumahnya.
Portal Metro melaporkan Peguam daerah Oxfordshire Selatan, Paul Harrison, terbabit dalam rancangan meningkatkan kawalan keselamatan itu.
"Kawalan keselamatan ini bukan untuk George, sebaliknya ia untuk melindungi Amal. Daripada sudut pandangan George, ancaman bunuh yang diterima Amal kerana membela Mohamed Nasheed, adalah suatu perkara sangat serius," kata Harrison.
Rancangan George untuk memasang kamera yang akan meliputi seluruh kawasan termasuk kawasan jiran ditolak. Selepas berbincang, mereka bersetuju membenarkan George memasang kamera selagi tidak menceroboh kawasan persendirian jiran mereka.
Sementara itu, pasangan berkenaan dilaporkan bakal bergelar ibu bapa kepada pasangan kembar. Walau bagaimanapun, wakil pasangan itu masih belum mengesahkan perkara berkenaan.
Sumber foto: http://cdn.thedailybeast.com
Semoga mereka semua terlindung dari segala ancaman dan semua yang dirancang berjalan lancar. - CARI |