CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayar, Tetapi Barang Tak Diterima - Bahaya Beli Barang Dalam Talian

3-1-2017 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6557| Komen: 25

Description: Malang nasib beberapa mangsa penipuan jual beli dalam talian apabila barang yang ditempah tidak dihantar selepas bayaran dilakukan.
Malang nasib beberapa mangsa penipuan jual beli dalam talian apabila barang yang ditempah tidak dihantar selepas bayaran dilakukan.

Dua lelaki licik menggunakan laman sosial Facebook (FB) untuk menjual perabot dan kereta terpakai termasuk aksesori wanita, namun tiada sebarang penghantaran barang dilakukan selepas menerima wang bayaran.



Sumber foto: Harian Metro

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 33, mengaku tertarik dengan cincin perak diiklankan dalam FB berkenaan kerana harganya lebih murah berbanding yang ditawarkan penjual lain.

“Dalam iklan di FB, mereka menawarkan RM100 bagi sebentuk cincin buatan Korea. Namun, sekiranya saya membeli secara borong, mereka tawarkan harga lebih murah. Saya dan rakan bersetuju untuk membeli 50 cincin pada harga RM2,350.


“Pada 27 November 2016, saya mendepositkan bayaran berkenaan ke akaun bank milik seorang daripada individu terbabit dikenali sebagai Tan. Selepas beberapa hari menunggu, barangan dijanjikan tidak sampai ke rumah saya di Taman Perling, Johor Bahru, Johor," katanya kepada Harian Metro.

Lee cuba menghubungi Tan namun panggilan telefon tidak dijawab, malah akaun FB mereka juga dipadam. Sehubungan itu, Lee melaporkan penipuan itu di Balai Polis Johor Bahru Sentral.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Fadillah, 22, menghadapi masalah sama.

“Saya beli tiga sofa pada harga RM300 sebelum mendepositkan wang berkenaan ke akaun bank seorang lelaki Tionghua, 18 Disember 2016.

“Selepas seminggu menunggu, sofa masih tidak sampai ke rumah sewa saya di Kulim, Kedah. Saya menghubungi penjual terbabit, namun talian telefon sudah ditamatkan perkhidmatan. Akaun FB mereka turut dipadam,” katanya. - CARI
14

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
18

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrizumi 3-1-2017 07:17 PM
Tiga sofa rm300?murah sgt..xkn xrasa pelik..ingt beli online mcm 11street ke lazada td..
Quote pearl.silver 3-1-2017 07:40 PM
Nk beli kat lazada..yg xde review..pun risau nk bli
Quote mesmerize 3-1-2017 07:48 PM
penah gak beli phone cover flip kat lazada. dah bayar tapi tak sampai2 barangnya. yg sampai receipt je. last2 komplen kat lazada n diorang pulangkan duit.
Quote Mary_jane 3-1-2017 08:09 PM
Senang nya menipu & tertipu skang ni.
Quote red_cattleya 3-1-2017 11:19 PM
aku pernah beli tempered glass kt lazada, lama tunggu sbb dorang tak bagi tracking num. sekali call tgk2 barang dh returned balik ke china dh. semua gara2 posmen tak naik atas, malas nak naik tgl notis dlm peti je.
Quote sabar_sabariah 4-1-2017 08:27 AM
beli kat website online yg boleh dipercayai. kalau kat fb ni aku kureng sikit
Quote yasinfi 4-1-2017 09:43 AM
pearl.silver replied at 3-1-2017 07:40 PM
Nk beli kat lazada..yg xde review..pun risau nk bli

review dia pun ada yg sharing review dr seller lain kalau barang yg sama..so ada review dan tak da sama je..semua tipu
Quote yasinfi 4-1-2017 09:46 AM
Edited by yasinfi at 4-1-2017 11:25 AM
pearl.silver replied at 3-1-2017 07:40 PM
Nk beli kat lazada..yg xde review..pun risau nk bli

terms  multisource maksud  description, image and reviews will be shared with other sellers
tak caya tanya lazada sendiri..ni teknik depa utk jual barang
Quote pearl.silver 4-1-2017 09:49 AM
yasinfi replied at 4-1-2017 09:46 AM
product under a multisource, description, image and reviews will be shared with other sellers
tak ...

lor...
seller boleh share2 review?
jadi belom tentu la produk die ade org dah beli ye..
Quote yasinfi 4-1-2017 09:54 AM
pearl.silver replied at 4-1-2017 09:49 AM
lor...
seller boleh share2 review?
jadi belom tentu la produk die ade org dah beli ye..

bukan seller yg share...lazada sendiri yg buat utk naikan jualan web mereka...org tak belipun dah ada review dah
satu lagi brg depa ada banyak yg tak da kelulusan KKM,sirim semua...so nak beli tu jaga2 la..terumata barang eletkrik..jgn sbb murah nanti tebakar rumah pulak
Quote ChildrenOfBodom 4-1-2017 10:02 AM
padan muka sapa suh beli kt penyangak. beli lah kat website yg seller dia certified
Quote pearl.silver 4-1-2017 10:05 AM
yasinfi replied at 4-1-2017 09:54 AM
bukan seller yg share...lazada sendiri yg buat utk naikan jualan web mereka...org tak belipun dah  ...

alamak...
memang tgh aim dapur induction
kat lazada brand midea n 11street brand trio
harga kategori murah laa
tapi sbb murah dr org lain jual tu yg jadi lambat sikit nk beli..

Quote dodolgemok 4-1-2017 10:23 AM
Beli kat fb mmg senang la nak kena tipu. Cuba la beli kat website yg certified. Dodol selalu beli di lelong, ratus2 ada ribu jugak ok jah xde masalah. Asalkan trusted seller, rating 99% da review bagus.
Quote armin 4-1-2017 10:44 AM
yasinfi replied at 4-1-2017 09:54 AM
bukan seller yg share...lazada sendiri yg buat utk naikan jualan web mereka...org tak belipun dah  ...

Iols nak jual kat lazada bukan main ketat lagi syarat kena ada ic la sign agreement la bil api la bg pendaftaran syarikat la. Tp tetap byk kes tipu. Tak paham sungguh.
Quote woobin^^ 4-1-2017 10:52 AM
armin replied at 4-1-2017 10:44 AM
Iols nak jual kat lazada bukan main ketat lagi syarat kena ada ic la sign agreement la bil api la  ...

really?
selama ni iols ingat lazada tangkap muat je
byk je brg tak ori yg dijual kat lazada tu
cuma yg bagusnya kalau iols as customer kena tipu,
pi meroyan kat lazada, nnt dia refund
sbb tu kot syarat ketat sbb high risk utk derang?
Quote woobin^^ 4-1-2017 10:56 AM
kalau membeli thru fb mmg high possibility kena tipu kot
adik iols dah kena
dia pi viralkan seller penipu tu dalam grup tu baru la seller tu tetiba reti nak guna henfon
kalau tak..buat bodo je
amik kau!
tapi leceh la and kena extra careful sbb byk scammers  
Quote smuftch 4-1-2017 11:53 AM
adui, takut scammer betol
Quote armin 4-1-2017 12:32 PM
woobin^^ replied at 4-1-2017 10:52 AM
really?
selama ni iols ingat lazada tangkap muat je
byk je brg tak ori yg dijual kat lazada tu


Aah chuols siap kena print 2 copy agreement dan pos ke lazada baru dorg approve. Kalau menipu mungkin leh kena saman dgn lazada. Tp org zaman skrg mungkin ic pun dia tipu amik tah sapa2 punya lps tu dia scam org. Bagusnya sbb ada customer protection so duit mmg leh dpt refund.

Tp haritu iols tgk kt twitter ada org beli tv kt lazada dpt kayu besar tv bungkus ngn plastik hitam
Quote ooi5825 5-1-2017 07:48 PM
Sblm beli, tgk review brg. 11street dan Lazafa ade revew. Tgk pelanggan lain puas hati dgn brg t uke tak

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.057790 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top