CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasa Berdosa Jika Terus Berkhidmat, Pengarah SPRM Bersara

3-1-2017 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6096| Komen: 63

Description: "Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia."
"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia."


Dengan ini, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan dia telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.


Sumber foto: Sinar Harian

Menurut Bahri, dia memutuskan untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang gagal dibawa ke mahkamah dan enggan bersubahat.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkhidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderung kepada kezaliman dan ketidakadilan," katanya kepada Sinar Online.


Terdahulu, BOK ditubuhkan pada 2010 bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri yang juga tulang belakang dalam siasatan SRC menjadi perhatian umum apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam masa sama, Bahri juga mengesahkan enam lagi pegawai BOK yang terbabit secara langsung dalam siasatan terhadap SRC telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya. 

SRC ditubuhkan pada 2011 untuk meneroka pelaburan strategik di seberang laut dalam sumber tenaga yang kemudiannya diambil alih Kementerian Kewangan berikutan program penstrukturan semula 1MDB. - CARI

4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizzzek 3-1-2017 01:31 PM
@deezeck @bioessence @akusukaq @shamsadis @akusukaq
tak mo suruh tuan ko dakwa dia ke? pitenah tuan ko selewang wang terang-terangan....
Quote pyropura 3-1-2017 01:31 PM
Kejap lagi kena dakwa kah dibawah Bafia, Sosma, Hasutan, menjatuhkan demokrasi parlimen dll...
Quote dizzzek 3-1-2017 01:37 PM
lupa plak @kemaruk
Quote harkktuih 3-1-2017 01:37 PM
jap lg macai ckp dah bersara baru nak bersuara..pesal dlu x ckp pape...
Quote gaara_X 3-1-2017 01:58 PM
ko buat ko tanggung laa kat sana...lepas bersara baru nak cakap...ahaks!!
Quote lostfaith 3-1-2017 01:59 PM
Selagi berkhidmat tertakluk ngan pelbagai akta rahsia rasmi.dah bersara baru boleh buka mulut
Quote kentel 3-1-2017 01:59 PM
ok...anjing2 belaan,,,,get ready to back up your master....

3....2....1..... go
Quote abas8888 3-1-2017 02:01 PM
Dia ni ke yg bini dia rajin update status siasatan kat fb?
Quote hest 3-1-2017 02:07 PM
masa tengah kerja memang la tak boleh bukak mulut.. dah besara baru boleh bercakap.. apa la bengong..
Quote kelana36 3-1-2017 02:09 PM
dia dah buka mulut tapi AG tak nak amik tindakan... dia nak buat apa lagi... sebab frustrated la tu dia bersara..
Quote the_killer 3-1-2017 02:12 PM
hest replied at 3-1-2017 02:07 PM
masa tengah kerja memang la tak boleh bukak mulut.. dah besara baru boleh bercakap.. apa la bengong. ...

bukan ke dia kena tukar?
Quote mikasa 3-1-2017 02:31 PM
Saya yang menurut perintah:zz
Quote joe_qlate 3-1-2017 02:54 PM
pilihan bijak..duk dalam pun klu stress baik resigned je
Quote batman_2007 3-1-2017 03:08 PM
Harap sapa yg ada telur je la
Quote lurve82 3-1-2017 03:44 PM
selamat bersara...bestnye dah bersara...
Quote Nenasketum 3-1-2017 03:46 PM
Manusia macam jibby ni Tuhan pun takmo jumpa. Maka lamalah dia idup nak bagi peluang bertobat.
Quote WhiskeyScotch 3-1-2017 03:47 PM
Baguslah bersara. Boleh fokus benda lain yang lebih berfaedah.
Quote PongKang 3-1-2017 03:55 PM
baik datuk berhijrah ke luar negara.. cam xselamat je
Quote tripleid 3-1-2017 04:23 PM
smpai skrg aku myampah+trauma tgk gamba x ikonik apandi pegang dokumen tu sambil molut temuncung mcm sial membekap bos dedak:

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.095826 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top