CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (COBRA) Ditubuhkan, Kendali Kes Profil Tinggi

30-11-2016 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5744| Komen: 8

Description: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menubuhkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam..

Kredit foto - orangmuda.tv



Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menubuhkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) bagi membantu operasi penguatkuasaan yang sering berhadapan ancaman dan ugutan.

Seramai 25 pegawai dan anggota (COBRA) akan ditempatkan di setiap negeri di seluruh negara dalam masa dua tahun akan datang bagi mengendalikan kes berprofil tinggi.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, ia bertujuan mengurangkan risiko ketika bertugas terutamanya membabitkan pegawai bahagian penguatkuasaan ketika menjalankan operasi.

Menurutnya, ketika ini, pasukan COBRA berfungsi sebagai penggempur dan pelindung kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM terutamanya dalam menangani kes berisiko tinggi bagi mengatasi ancaman yang dihadapi jabatan berkanun itu sejak kebelakangan ini.


“Peningkatan ancaman yang berlaku terhadap pegawai penguat kuasa seperti ugutan dan halangan termasuk gangguan tonto ketika menjalankan operasi adalah sebab COBRA ditubuhkan.

“Latihan siri pertama yang membabitkan 23 pegawai diadakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak bermula 18 Julai sehingga 16 Ogos lalu.

“Buat masa ini, COBRA ditempatkan di ibu pejabat dan akan digerakkan ke lokasi yang memerlukan penugasan bergantung kepada tahap risiko sesuatu kes dikendalikan pasukan serbuan.

“Sejak kebelakangan ini, pegawai bahagian penguatkuasaan JKDM banyak menerima ugutan ketika menjalankan tugasan mereka terutama yang bertugas di sempadan iaitu Kelantan dan Johor, ” katanya selepas merasmikan pelancaran Pasukan Taktikal Bersenjata COBRA JKDM di Lapang Sasar Lembah Bidong dua hari lalu. 

Pada Mac lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut melancarkan Pasukan Tindakan Khas (PTK) bagi membanteras aktiviti tonto yang semakin membimbangkan. - CARI.



35

Bagus
27

Marah
20

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 30-11-2016 06:51 PM
masa kes culik akak dulu,  unit scorpion selamatkan
Quote deezeck 30-11-2016 06:54 PM
Responsif kepada keperluan semasa

Penyeludup semakin berani melakukan jenayah dan intimidasi, termasuk membunuh pegawai kastam

All the best buat unit khas kastam ini
Quote Nt-ViruS 30-11-2016 09:16 PM
puncanye wang. main duit apa2 leh jdi.
Quote kentel 1-12-2016 08:12 AM
Nt-ViruS replied at 30-11-2016 09:16 PM
puncanye wang. main duit apa2 leh jdi.

kepala negara pun main wang..berbiliyon tu kepimpinan melalui tauladan
Quote -electrifying- 1-12-2016 03:00 PM
OHH. Rekrut yg sedia ada ke rekrut baru ni
Quote cknoriz 1-12-2016 03:59 PM
vat69 bg rehat ke
Quote tompie 1-12-2016 04:50 PM
Terbaik lah...
Geng kastam keje lagi  berisiko..
Nak lawan geng2 seludup ni.. semua kepala besar..
Quote bangcak 1-12-2016 05:13 PM
jgn tersalah serbu bisnes kepala gengster umngok sudaa.
esok kuar tajuk otosan

satu batalion skuad khas kastam lengkap bersenjata ditemui mati mengejut

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056474 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top