CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2336|Reply: 8

Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (COBRA) Ditubuhkan, Kendali Kes Profil Tinggi

[Copy link]
Post time 30-11-2016 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto - orangmuda.tv





Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menubuhkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) bagi membantu operasi penguatkuasaan yang sering berhadapan ancaman dan ugutan.


Seramai 25 pegawai dan anggota (COBRA) akan ditempatkan di setiap negeri di seluruh negara dalam masa dua tahun akan datang bagi mengendalikan kes berprofil tinggi.


Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, ia bertujuan mengurangkan risiko ketika bertugas terutamanya membabitkan pegawai bahagian penguatkuasaan ketika menjalankan operasi.


Menurutnya, ketika ini, pasukan COBRA berfungsi sebagai penggempur dan pelindung kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM terutamanya dalam menangani kes berisiko tinggi bagi mengatasi ancaman yang dihadapi jabatan berkanun itu sejak kebelakangan ini.


“Peningkatan ancaman yang berlaku terhadap pegawai penguat kuasa seperti ugutan dan halangan termasuk gangguan tonto ketika menjalankan operasi adalah sebab COBRA ditubuhkan.


“Latihan siri pertama yang membabitkan 23 pegawai diadakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak bermula 18 Julai sehingga 16 Ogos lalu.


“Buat masa ini, COBRA ditempatkan di ibu pejabat dan akan digerakkan ke lokasi yang memerlukan penugasan bergantung kepada tahap risiko sesuatu kes dikendalikan pasukan serbuan.


“Sejak kebelakangan ini, pegawai bahagian penguatkuasaan JKDM banyak menerima ugutan ketika menjalankan tugasan mereka terutama yang bertugas di sempadan iaitu Kelantan dan Johor, ” katanya selepas merasmikan pelancaran Pasukan Taktikal Bersenjata COBRA JKDM di Lapang Sasar Lembah Bidong dua hari lalu.


Pada Mac lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut melancarkan Pasukan Tindakan Khas (PTK) bagi membanteras aktiviti tonto yang semakin membimbangkan. - CARI.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 06:51 PM | Show all posts
masa kes culik akak dulu,  unit scorpion selamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Responsif kepada keperluan semasa

Penyeludup semakin berani melakukan jenayah dan intimidasi, termasuk membunuh pegawai kastam

All the best buat unit khas kastam ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:16 PM | Show all posts
puncanye wang. main duit apa2 leh jdi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 08:12 AM | Show all posts
Nt-ViruS replied at 30-11-2016 09:16 PM
puncanye wang. main duit apa2 leh jdi.

kepala negara pun main wang..berbiliyon tu kepimpinan melalui tauladan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 03:00 PM | Show all posts
OHH. Rekrut yg sedia ada ke rekrut baru ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2016 03:59 PM | Show all posts
vat69 bg rehat ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 04:50 PM | Show all posts
Terbaik lah...
Geng kastam keje lagi  berisiko..
Nak lawan geng2 seludup ni.. semua kepala besar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2016 05:13 PM | Show all posts
jgn tersalah serbu bisnes kepala gengster umngok sudaa.
esok kuar tajuk otosan

satu batalion skuad khas kastam lengkap bersenjata ditemui mati mengejut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.318383 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list