CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anak Dijangkiti Chickenpox? Ini Yang Harus Anda Lakukan!

28-11-2016 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4776| Komen: 7|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: anik! Hilang arah, tak tahu nak buat apa bila anak diserang Chickenpox atau jangkitan cacar air. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja muncul bintik merah pada bahagian badan anak. Suhu badan jug ...
Panik! Hilang arah, tak tahu nak buat apa bila anak diserang Chickenpox atau jangkitan cacar airTiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja muncul bintik merah pada bahagian badan anak. Suhu badan juga meningkat 38 darjah selsius. Beberapa hari selepas itu, semakin 'meriah' pula tubuh anak dengan bintik merah yang akan menjadi lepuh air. 



Sumber foto: Pa & Ma

Menurut portal Pa & Ma, tips ini dapat membantu anda menangani masalah ini dengan tenang dan mudah.


1. Cepat ke klinik!
Perkara pertama harus anda lakukan jika mengesyaki anak diserang chickenpox, cepat-cepatlah bawa dia ke berjumpa doktor untuk pengesahan dan dapatkan rawatan.


2. Air kelapa
Air kelapa banyak khasiatnya malah ia sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Jika diminum ketika awal dijangkiti chikenpox, ia akan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Anda juga boleh mandikan anak dengan air kelapa itu.



3. Asingkan anak daripada orang lain
Chickenpox adalah suatu penyakit berjangkit. Sebaiknya, elakkan daripada menghantar anak ke rumah pengasuh selagi dia belum sembuh sepenuhnya.

4. Losyen calamine
Jika mendapatkan rawatan doktor, anda akan dibekalkan dengan losyen calamine. Jangan lupa sapu losyen ini pada tubuh anak untuk kurangkan kegatalan.

5. Paracetamol
Pantau suhu tubuh anak. Jika panas, beri anak sirap paracetamol kanak-kanak untuk kurangkan suhu yang boleh mencecah sehingga 39 darjah selsius.



6. Biarkan tanpa pakaian
Kalau boleh, minimakan pakaian anak anda untuk mengelak si manja daripada cepat berpeluh kerana ia akan menyebabkan anak mudah gatal.

 
Sumber foto: Carian Internet

7. Air masak
Sesiapa sahaja yang tidak sihat pasti kurang selera makan termasuk orang dewasa. Untuk memastikan anak daripada mengalami dehidrasi, pastikan anak minum air masak yang banyak dan makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.


8. Susu ibu
Susu ibu adalah penawar terbaik bagi anak yang sedang sakit terutama bayi berusia enam bulan ke bawah. 


9. Elak makanan laut
Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh sepenuhnya. Begitu juga dengan ibu yang masih menyusukan anak.

10. Vitamin E
Pasti sayu melihat parut pada tubuh si manja walaupun sudah sembuh dari jangkitan cacar air. Jangan risau, anda boleh keluarkan cairan kapsul Vitamin E dan lumurkannya pada parut anak. Selain itu, minyak tea tree juga berkesan menghilangkan parut.


Ingat ini, ibu bapa! Ini adalah bahagian paling penting ketika menjaga anak yang sedang sakit. Si manja akan banyak merengek, menangis dan meragam, jadi jangan mudah hilang sabar dan marahkannya. Sebaiknya, berdoalah kerana ia adalah senjata paling mujarab ketika menghadapi musibah. - CARI

23

Bagus
23

Marah
16

Terkejut
26

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 28-11-2016 06:27 PM
teringat masa kena cikenpox ni dulu..seksa gatalll
Quote siskepoh 28-11-2016 06:31 PM
anak belum kena lagi. sat g kena boleh guna cara ni
Quote innocentsangat 29-11-2016 01:06 AM
Thank you cuolls. good info
Quote seramado 29-11-2016 07:44 AM
Tq for info tt
Quote ISTRIMITHALI 30-11-2016 01:41 PM
Utk ank2 sy.. saya blend daun bamboo (petua org dulu2, utk apa2 penyakit yg gatal) bg hancur.
Pastu, saya campurkan daun yg dh dihancurkan dengan bedak sejuk n tepek2 kat seluruh badan die.
mase ank kene plk umur 3tahun n 2tahun, x kenal lg erti penyakit tu, so sy pakai kan baju utk elakkan die garu. Nanti tgal parut susah nak hilang klau die menggaru.
n lg ok klau keadaan rmh sejuk, penyakit akn segera sembuh.
Quote aurorae 6-12-2016 12:31 PM
anak2 yang kena chicken pox, saya mandikan dengan air oats (gaul secawan oats dengan air panas, lepas tu cairkan jadi macam body wash.  Lumurkan pada seluruh badan anak.   Lebih senang cairkan terus dengan setimba air dan mandikan anak dengan air tu.  Bilasan terakhir dengan air bersih.   Anak2 rasa lega dan hilang gatal lepas tu.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.389533 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top