CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2972|Reply: 6

Anak Dijangkiti Chickenpox? Ini Yang Harus Anda Lakukan!

[Copy link]
Post time 28-11-2016 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Panik! Hilang arah, tak tahu nak buat apa bila anak diserang Chickenpox atau jangkitan cacar air. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja muncul bintik merah pada bahagian badan anak. Suhu badan juga meningkat 38 darjah selsius. Beberapa hari selepas itu, semakin 'meriah' pula tubuh anak dengan bintik merah yang akan menjadi lepuh air.




Sumber foto: Pa & Ma




Menurut portal Pa & Ma, tips ini dapat membantu anda menangani masalah ini dengan tenang dan mudah.




1. Cepat ke klinik!
Perkara pertama harus anda lakukan jika mengesyaki anak diserang chickenpox, cepat-cepatlah bawa dia ke berjumpa doktor untuk pengesahan dan dapatkan rawatan.


2. Air kelapa
Air kelapa banyak khasiatnya malah ia sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Jika diminum ketika awal dijangkiti chikenpox, ia akan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Anda juga boleh mandikan anak dengan air kelapa itu.








3. Asingkan anak daripada orang lain
Chickenpox adalah suatu penyakit berjangkit. Sebaiknya, elakkan daripada menghantar anak ke rumah pengasuh selagi dia belum sembuh sepenuhnya.


4. Losyen calamine
Jika mendapatkan rawatan doktor, anda akan dibekalkan dengan losyen calamine. Jangan lupa sapu losyen ini pada tubuh anak untuk kurangkan kegatalan.


5. Paracetamol
Pantau suhu tubuh anak. Jika panas, beri anak sirap paracetamol kanak-kanak untuk kurangkan suhu yang boleh mencecah sehingga 39 darjah selsius.







6. Biarkan tanpa pakaian
Kalau boleh, minimakan pakaian anak anda untuk mengelak si manja daripada cepat berpeluh kerana ia akan menyebabkan anak mudah gatal.



Sumber foto: Carian Internet



7. Air masak
Sesiapa sahaja yang tidak sihat pasti kurang selera makan termasuk orang dewasa. Untuk memastikan anak daripada mengalami dehidrasi, pastikan anak minum air masak yang banyak dan makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.




8. Susu ibu
Susu ibu adalah penawar terbaik bagi anak yang sedang sakit terutama bayi berusia enam bulan ke bawah.




9. Elak makanan laut
Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh sepenuhnya. Begitu juga dengan ibu yang masih menyusukan anak.


10. Vitamin E
Pasti sayu melihat parut pada tubuh si manja walaupun sudah sembuh dari jangkitan cacar air. Jangan risau, anda boleh keluarkan cairan kapsul Vitamin E dan lumurkannya pada parut anak. Selain itu, minyak tea tree juga berkesan menghilangkan parut.




Ingat ini, ibu bapa! Ini adalah bahagian paling penting ketika menjaga anak yang sedang sakit. Si manja akan banyak merengek, menangis dan meragam, jadi jangan mudah hilang sabar dan marahkannya. Sebaiknya, berdoalah kerana ia adalah senjata paling mujarab ketika menghadapi musibah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2016 06:27 PM | Show all posts
teringat masa kena cikenpox ni dulu..seksa gatalll
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 06:31 PM | Show all posts
anak belum kena lagi. sat g kena boleh guna cara ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank you cuolls. good info
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq for info tt
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 01:41 PM | Show all posts
Utk ank2 sy.. saya blend daun bamboo (petua org dulu2, utk apa2 penyakit yg gatal) bg hancur.
Pastu, saya campurkan daun yg dh dihancurkan dengan bedak sejuk n tepek2 kat seluruh badan die.
mase ank kene plk umur 3tahun n 2tahun, x kenal lg erti penyakit tu, so sy pakai kan baju utk elakkan die garu. Nanti tgal parut susah nak hilang klau die menggaru.
n lg ok klau keadaan rmh sejuk, penyakit akn segera sembuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2016 12:31 PM | Show all posts
anak2 yang kena chicken pox, saya mandikan dengan air oats (gaul secawan oats dengan air panas, lepas tu cairkan jadi macam body wash.  Lumurkan pada seluruh badan anak.   Lebih senang cairkan terus dengan setimba air dan mandikan anak dengan air tu.  Bilasan terakhir dengan air bersih.   Anak2 rasa lega dan hilang gatal lepas tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059962 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list