CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masakan Cina Penuhi Selera Ramadan

29-7-2013 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12034| Komen: 91

Description: JIKA mahu menjual makanan mahupun minuman di bazar Ramadan, pastikan menu yang dijual itu berbeza daripada kebiasaan. Bukan tidak boleh menjual masakan Melayu kerana pasti ada permintaan terhadap ma ...

ROHAIZAD (kiri) sibuk melayan pengunjung yang  singgah membeli juadah berbuka di gerainya di bazar Ramadan, Jalan Pasar,  Kampung Manjoi, Ipoh, Perak. 


JIKA mahu menjual makanan mahupun minuman di bazar Ramadan, pastikan menu  yang dijual itu berbeza daripada kebiasaan.
Kebiasaan yang dimaksudkan adalah masakan Melayu yang terdiri daripada  lauk-pauk, kerabu, ikan bakar, kuih dan lain-lain.
Bukan tidak boleh menjual masakan Melayu kerana pasti ada permintaan terhadap  masakan itu, namun jika semua gerai menjual menu yang sama, tentulah sukar  pelanggan membuat pilihan.

Sudah pasti, hanya gerai yang menawarkan masakan paling sedap dan berkualiti  akan menjadi tumpuan, manakala gerai lain mungkin terpaksa menanggung kerugian  apabila kurang sambutan.
Menyedari itu, gerai yang dimiliki oleh bekas chef hotel terkenal, Rohaizad  Man, 45, dan isterinya, Faridah Osman, 44, di bazar Ramadan yang terletak di  Jalan Pasar, Kampung Manjoi, Ipoh, Perak menyajikan menu yang berbeza.


Tinjauan S2 mendapati aneka masakan Cina, Thai dan barat  dipertaruhkan di gerai itu bagi memenuhi selera berbuka puasa para pengunjung.
Keadaan itu membuatkan gerai tersebut menjadi tumpuan penggemar masakan  berkenaan. Antara menu yang paling laris adalah ayam lada hitam dan ayam  lemon.
Masakan berkualiti dan secukup rasa itu membuatkan ada pelanggan menempah  dalam jumlah yang banyak.
Harga yang ditawarkan juga murah iaitu RM3 seketul walaupun harga ayam segar  sekarang melambung tinggi.
Menurut Rohaizad, pihaknya mengekalkan harga yang sama seperti tahun lalu  kerana tidak mahu membebankan pelanggan. 

"Tahun lalu, harga ayam adalah sekitar RM6.40 sekilogram, tetapi tahun ini,  harga meningkat kepada RM7.70 sekilogram. 
"Saya tak sampai hati nak naikkan harga kerana kebanyakan pengunjung bazar  Ramadan ini adalah orang kampung," katanya yang terpaksa menerima hakikat  keuntungan yang diraihnya jauh berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Namun beliau dan isteri bersyukur dengan rezeki daripada Allah SWT itu. Lebih  menggembirakan apabila gerai yang mula dibuka pada pukul 4 petang menjadi antara  gerai terawal ditutup kerana kesemua menu habis dijual sebelum pukul 7 malam. 

Pada hari biasa, Rohaizad dan isteri menguruskan kedai makan yang  dinamakannya Silver Green di hadapan rumahnya di Lot 107266, Kampung Dato' Ahmad  Said, Tambahan 2 Hujung, Ipoh, Perak. Kedai makan itu dibuka dari pukul 10 pagi  hingga 11 malam setiap hari kecuali Isnin.
Mengulas lanjut, katanya, terdapat tambahan jenis masakan Cina yang dijual di  bazar Ramadan pada tahun ini.
Katanya, tambahan itu dilakukan kerana beliau mendapati para pengunjung bazar  Ramadan sentiasa mahukan kelainan dalam memilih juadah berbuka puasa.
"Tahun ini, kami menyediakan masakan Cina yang kebanyakannya ada disajikan di  restoran masakan Cina terkenal di negara ini.
"Selain masakan Cina, kami juga menjual nasi tomato dan kerabu mangga,"  ujarnya.

Menariknya buat pertama kali Rohaizad menjual juadah berbuka dalam bentuk  siap dibungkus.
"Lebih mudah buat macam ini. Pelanggan tak perlu bertanyakan harga. Lalu  sahaja di hadapan gerai ini, mereka sudah tahu berapa harga sebungkus lauk atau  sayur yang dijual. Ini kerana setiap menu ada diletakkan tanda harga. 
"Tanda harga ini ternyata memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan mengikut  bajet mereka pada hari itu,"katanya.
Selain itu, beliau turut menyediakan khidmat katering untuk majlis rumah  terbuka sempena Syawal yang bakal menjelang.


2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 28-7-2013 02:22 PM
Kat Kajang ade mi tarik......cuba lah..best tahu..
Quote Anak_Nogori 28-7-2013 02:26 PM
shernazz posted on 28-7-2013 02:22 PM
Kat Kajang ade mi tarik......cuba lah..best tahu..

Mi tarik??...dia buat macam teh tarik ke?..
Quote batusembilan 28-7-2013 02:28 PM
bang, tekak aku x brp nk telan mknn bazar batu 9..................

rela aku gi btho punya bazar.......besar dan bersih.............

bndr tun razak punya bazar kt area mn?
Quote shernazz 28-7-2013 02:28 PM
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:26 PM
Mi tarik??...dia buat macam teh tarik ke?..

ala, mcm iklan mi tarik mamee tu..
tapi ni mi tarik ori punya...dia tarik2 mi kat situ..sedap....
unik sket kan..asik2 mende sama je kita jumpa kat bazar ramadan
Quote Anak_Nogori 28-7-2013 02:35 PM
batusembilan posted on 28-7-2013 02:28 PM
bang, tekak aku x brp nk telan mknn bazar batu 9..................

rela aku gi btho punya bazar.. ...

Alah...depan HUKM tu le..berdepan dgn tasik tu..panjang gile kemahnya...
Quote Anak_Nogori 28-7-2013 02:36 PM
shernazz posted on 28-7-2013 02:28 PM
ala, mcm iklan mi tarik mamee tu..
tapi ni mi tarik ori punya...dia tarik2 mi kat situ..sedap.... ...

Ooh..yg itu...pasar ramadhan kajang kat ne?.
Quote shernazz 28-7-2013 02:39 PM
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:36 PM
Ooh..yg itu...pasar ramadhan kajang kat ne?.

prima saujana...tahun2 lepas dia buat kat bazar taman delima kajang tu...
petang ni saya nak gi beli jugak..kebetulan balik umah mak kat kajang...alang2 gi beli mi tarik ni la..
Quote clara_nur 28-7-2013 03:01 PM
jarang plk kt tempat saya jual masakan cina..
yong tau foo kira masakan cina ker? yg tu jer yg byk jual pon..
Quote MrRothschild 28-7-2013 03:11 PM
Masakan cina haram...
Jom boikot
Quote Darien_Fawkes 28-7-2013 03:58 PM
MrRothschild posted on 28-7-2013 03:11 PM
Masakan cina haram...
Jom boikot

suh PERKASA pi buat report polis dan Jabatan Agama Islam kerana
peniaga sudah kira menghina Islam dengan menjual masakan Cina dan Thai
di baazar Ramadhan dibulan yang mulia ini..

Ini adalah agenda halus orang kapir untuk mempengaruhi Orang Islam,
kalau dibiarkan berterusan akan lebih memudaratkan di masa akan datang
Quote Bedah.Cun 28-7-2013 04:03 PM
Mana yang masakan Cina nye? Suckling pig ke?
Quote noell 28-7-2013 04:31 PM
apa menu masakan cina ?? tak tulis pun??agak2 bah kut teh ada ka??
Quote BotakChinPeng 28-7-2013 04:35 PM
Yong tau Foo paling bagus
Quote Darien_Fawkes 28-7-2013 04:42 PM
Bedah.Cun posted on 28-7-2013 04:03 PM
Mana yang masakan Cina nye? Suckling pig ke?

pabendanya suckling pig itu?? sedut babi?? babi sedut??
Quote TuntungReturn 28-7-2013 04:43 PM

kt tempat aku ni ade jual kambing grill,pukul 6 tokey die dh kemas2 dh,,cepat lak abis..kambing ni laku sungguh bulan posa
Quote alesandra 28-7-2013 04:45 PM
kat ipoh tu...yg betul2 makanan cina yg dijual oleh cina(non muslim) tapi halal..nak hadap sgt logo jakim tu kann..adalah yg jual dim sum.yg melayu punya maleh sembang tah hape2....
Quote Bedah.Cun 28-7-2013 04:48 PM
Darien_Fawkes posted on 27-7-2013 08:42 PM
pabendanya suckling pig itu?? sedut babi?? babi sedut??

Kau tak kawin lagi la yang, mesti laar kau taak tau
Quote timahterung 28-7-2013 04:55 PM
shernazz posted on 28-7-2013 02:22 PM
Kat Kajang ade mi tarik......cuba lah..best tahu..

itik beijing ade ke??
Quote timahterung 28-7-2013 04:57 PM
Darien_Fawkes posted on 28-7-2013 04:42 PM
pabendanya suckling pig itu?? sedut babi?? babi sedut??

suckling pig tu babi guling, sama macam kambing golek, tapi kambing tu kau ganti dgn babi . Yg femes Ibu Oka kat Bali

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.111328 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top