CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sambut Raya Di Penjara

27-7-2013 08:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2383| Komen: 7

Description: KUANTAN - Belum pun hilang rasa ngilu dan kesakitan ditanggung akibat dibelasah orang ramai yang mencekupnya, seorang lelaki terpaksa menyambut hari raya di balik tirai besi setelah dihukum penjara se ...
KUANTAN - Belum pun hilang rasa ngilu dan kesakitan ditanggung akibat dibelasah orang ramai yang mencekupnya, seorang lelaki terpaksa menyambut hari raya di balik tirai besi setelah dihukum penjara selama lima bulan gara-gara cuba merompak seorang lelaki menggunakan sebilah parang, di sini, 21 Julai lalu.

Mohd Firdaus Nor Aznan, 26, berasal dari Pandan Indah, Kuala Lumpur mengaku melakukan kesalahan itu walaupun tahu perbuatannya boleh menyebabkan dia dipenjarakan sehingga tujuh tahun.

Dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Berdasarkan fakta kes, kira-kira jam 4.30 petang, 21 Julai lalu, tertuduh cuba merompak seorang lelaki dalam sebuah kuarters Jalan Bukit Ubi.

Dalam kejadian itu, tertuduh menggunakan sebilah parang bertujuan memaksa mangsa menyerahkan wang.

Mangsa dalam kejadian itu bagaimanapun melawan dan menjerit meminta tolong, memaksa tertuduh melarikan diri tanpa sebarang habuan.

Namun nasibnya tidak baik apabila berjaya dicekup orang ramai dan dibelasah hingga cedera sebelum diserahkan kepada polis.

Tertuduh yang sudah berkahwin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, semalam, atas tuduhan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.

Dalam rayuannya, tertuduh merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan kerana terpaksa menjaga anak serta ibu yang sakit.

Bagaimanapun rayuan itu dibantah Farahah kerana menurutnya, perbuatan tertuduh melakukan rompakan menggunakan senjata tajam satu kesalahan serius.

Menurutnya, perbuatan tertuduh itu juga membuatkan pengadu trauma walaupun tidak mengalami kerugian.

Alasan pihak pendakwaan itu diakui Jesseca apabila beliau juga berpendapat kesalahan yang dilakukan tertuduh itu amat serius.

“Kamu bukan sahaja merompak malah menggunakan senjata yang boleh mengancam nyawa mangsa.

“Saya harap kamu insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi, sebaiknya kamu cari pekerjaan yang lebih baik selepas keluar dari penjara kelak,” katanya.

Mengambil kira segala pertimbangan, Jesseca mengarahkan tertuduh dipenjara lima bulan bermula dari tarikh hukuman semalam dan denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mute 26-7-2013 03:23 PM
dapat manfaat makn free tujuh tahun
Quote mak_wa95 26-7-2013 03:29 PM
cepatnya dibicarakan....21 julai kejadian merompak....hari 26 julai telah dijatuhkan hukuman.......cekapnya
Quote pakwetizzaqyah 26-7-2013 03:34 PM
padan muka ko daus
Quote jazaa 26-7-2013 03:35 PM
Dia betul2 gigih cari duit raya....
Quote gaara_X 26-7-2013 03:38 PM
Manusia mudah lupa.....
Quote airfilterkotor 27-7-2013 05:46 AM
Tak mendatangkan apa-apa kecederaan.... penjara 5 bulan.
Kat Penang langgar mati anak orang denda RM7 ribu aja.
Quote BotakChinPeng 28-7-2013 02:10 AM
Berani buat berani tanggung

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.313916 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top