CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengurusan ekonomi umat Islam lemah?

27-7-2013 08:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3086| Komen: 0

Description: PERBUATAN khianat, perebutan harta dan pergaduhan merupakan antara krisis yang sering dilaporkan berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Ia dikatakan bukan sahaja membabitkan golongan bukan ...
Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja  waris yang dikehendaki tanpa terikat dengan kategori dan nisbah penerima wasiat.  -  Gambar hiasan

PERBUATAN khianat, perebutan harta dan pergaduhan merupakan antara krisis  yang sering dilaporkan berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Ia dikatakan bukan sahaja membabitkan golongan bukan Islam, tetapi malangnya  siasatan daripada agensi-agensi kewangan mendapati kebanyakannya adalah dalam  kalangan umat Islam.


Professor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, inilah kesan  berpunca daripada kegagalan umat Islam dalam menguruskan kewangan peribadi.

Beliau yang juga Panel Penasihat Syariah Permodalan Nasional Berhad. (PNB)  berkata, krisis tersebut adalah salah satu daripada dua kelemahan yang ketara  dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Perkara tersebut katanya adalah kurangnya kesedaran terhadap pemilikan  perlindungan insurans dan juga amanah iaitu pengurusan kewangan dan pembahagian  harta selepas mati.
Ia tambahnya, berbeza dengan masyarakat bukan Islam yang dilihat menggunakan  peluang memanfaatkan perlindungan insurans dan pengurusan harta dengan lebih  teratur.


"Terdapat dua kelemahan yang ketara dalam pengurusan ekonomi umat Islam iaitu  kesedaran terhadap perlindungan insurans dan amanah yang membabitkan pengurusan  kewangan dan pembahagian harta pusaka.

"Kesannya menyebabkan waris yang memerlukan dan sepatutnya berhak menerima  pembahagian harta tidak dapat sebarang pemilikan.
"Sebaliknya dilaporkan, siasatan mendapati banyak harta pusaka yang  terbengkalai dibawa dan diuruskan oleh Majlis Amanah Raya sehingga mencecah  berbilion ringgit," katanya dalam sesi temu bual bersama pemberita, baru-baru  ini.

Justeru, Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC)  itu berkata, masyarakat terutama umat Islam harus menyedari kepentingan  pengurusan kewangan dengan mengambil langkah melaburkan harta kepada badan harta  yang diwujudkan untuk menguruskan pembahagian harta tersebut kepada ahli  keluarga yang dikehendaki.
Ia katanya bertepatan dengan ajaran Islam yang menggalakkan pemilikan harta  pusaka diutamakan kepada ahli keluarga dan waris.

"Kekeliruan dan permasalahan akan timbul sesudah pemilik harta meninggal  dunia. Oleh itu, sistem amanah telah diwujudkan hasil perbincangan ahli kewangan  Islam untuk menguruskan harta keluarga secara bijak dengan berlandaskan  syariah.

"Selain wakaf, wasiat dan harta sepencarian, hibah merupakan salah satu  daripada kaedah mewariskan atau memindah milik harta sebelum pemilik meninggal  dunia dengan dibolehkan kepada sesiapa yang dikehendaki," katanya.

Kelebihan hibah
Berbeza dengan wasiat, Mahmood berkata hibah memberi peluang kepada pemberi  hibah untuk memilih siapa yang dikehendaki untuk diberikan harta tanpa terikat  dengan kategori dan nisbah penerima wasiat.

Ia juga katanya, membolehkan ahli keluarga yang lebih layak untuk menerima  harta dengan lebih berbanding kadar yang telah ditetapkan menerusi wasiat.
"Islam membuka peluang pemilikan harta boleh dibahagi dengan cara lain selain  menerusi sistem faraid iaitu selepas pemilik harta meninggal dunia. Sebagai  contoh anak angkat, ahli keluarga dalam kalangan golongan orang kurang upaya  (OKU), wanita yang harus mendapat pembahagian harta yang lebih.

"Sistem hibah membenarkan pemilik harta memberi harta tersebut kepada  golongan yang dirasakan perlu bagi memastikan kebajikan hidup mereka lebih  terjamin berbanding ahli keluarga lain yang menjalani hidup sempurna,"  katanya.

Selain itu tambahnya, harta yang dihibahkan juga boleh berkuatkuasa dalam  tempoh persetujuan semua walaupun sebelum pemilik harta meninggal dunia.
"Mengikut perjanjian yang ditetapkan, harta yang dihibahkan boleh dipindah  milik kepada penerima berkuat kuasa serta merta atau dalam tempoh yang  dipersetujui sebelum kematian pemberi lagi.

"Namun, bagi menjaga kebaikan atau mengelakkan sebarang penganiayaan berlaku  seperti penerima meminggirkan pemberi sebelum meninggal dunia, sistem hibah  boleh ditarik balik oleh pemilik juga pada bila-bila masa," katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin melaksanakan  pelaburan pengurusan kewangan agar mengambil badan perkhidmatan berlandaskan  syariah.
"Mungkin kaedah konvensional menjanjikan tawaran lebih baik dan sebagainya  tetapi menerusi pentadbiran Islam harta akan diurus berlandaskan syariah di  samping mendapat pahala kerana mengamalkan dasar Islam," katanya.

6

Bagus
4

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
2

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.067955 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top