CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teksi Penang Dpt Duit Raya..Teksi Kedah??

27-7-2013 08:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3119| Komen: 19

Description: GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung ...
Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh
                                 
Guan Eng bergambar bersama sebahagian pemandu teksi yang menerima insentif
                                                            
                                 
 Antara pemandu teksi yang menerima insentif dari kerajaan negeri.
                                                            
GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.

“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.
  

"Jika ada aduan  mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.

Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 26-7-2013 10:38 PM
elok setiap teksi bg insentif...dah tiba kerajaan menambah usaha TRANSFORMASI teksi malaya....bg kurang sikit harga teksi..pakai charge gas/minyak lg bagus...tak la beban sangat...pakai meter ni penat la..abis duit
Quote kecimpret 26-7-2013 10:40 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-7-2013 10:38 PM
elok setiap teksi bg insentif...dah tiba kerajaan menambah usaha TRANSFORMASI teksi malaya....bg kur ...

try suh pahang wat dulu tgk..kalo berkesan leh penang follo



Quote pakwetizzaqyah 26-7-2013 10:42 PM
kecimpret posted on 26-7-2013 10:40 PM
try suh pahang wat dulu tgk..kalo berkesan leh penang follo

suruh johor la...pahang tu tak lama lagi kene tendang la ngn geng2 kubang pasu...kubang pasu nak pasang johor plak.. haha
Quote kecimpret 26-7-2013 10:44 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-7-2013 10:42 PM
suruh johor la...pahang tu tak lama lagi kene tendang la ngn geng2 kubang pasu...kubang pasu nak p ...

teksi johor sume kayooo..ramai org s'pore duk JB skg..byr rm100 ulang alik ke iskandar dr JB pun dorang tarak hal..kena tolong teksi yg x bape kayo dulu

Quote cmf_herrhughie 26-7-2013 11:21 PM
Tak sokong perbuatan guan eng ni, pemandu teksi ni tak nak pakai meter Dan bagi bad services, kenapa bagi insentif mcm ni?


Bagi saya, patut pakai duit dlm benda yg Lebih bermanfaat
Quote Peterpan17 26-7-2013 11:24 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-7-2013 10:38 PM
elok setiap teksi bg insentif...dah tiba kerajaan menambah usaha TRANSFORMASI teksi malaya....bg kur ...

Skrg taxi di KL pun dah pakai gas tp tetap gak nak potong kepala. Mmg teksi satu malaysia ni mcm sial. Perlu ditransformasi 100%.
Quote pakwetizzaqyah 26-7-2013 11:30 PM
Peterpan17 posted on 26-7-2013 11:24 PM
Skrg taxi di KL pun dah pakai gas tp tetap gak nak potong kepala. Mmg teksi satu malaysia ni mcm s ...

meter ada dua..satu pakai minit..satu pakai meter jalan..tengok rate mmg...aku rasa mahal dah tu....cekik darah wei..yang tk pakai meter lgi..extra caj rm 5...

kalau caj pakai gas extra la dalam sekian2 ikut destinasi aku rasa lg fair..lg meriah orng nk naik teksi.. aku salah sorang teksi user..support la jugak teksi ni..driver baik2 tp kadar caj perlu ditransformasikan..

malaysia bukan new york..tu je la komen aku

yang skim baru yang DS Najib promote tu aku rasa dah bagus dah..kurang beban teksi driver yang betul2 carik makan sara family ngn mmbawak teksi Last edited by pakwetizzaqyah on 26-7-2013 11:31 PM

Quote DARSITA 27-7-2013 12:23 AM

cayy main rasuah $$$ gak ~ aku ingatkan BN jer parti keji
Quote kecimpret 27-7-2013 12:28 AM
DARSITA posted on 27-7-2013 12:23 AM
cayy main rasuah $$$ gak ~ aku ingatkan BN jer parti keji
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

rasuah korokmu
Quote DARSITA 27-7-2013 02:08 AM
kecimpret posted on 26-7-2013 08:28 AM
rasuah korokmu


ya la ya la - udang disebalik mee hailam
Quote totokreturn 27-7-2013 02:18 AM
ada jugak macai bodoh... tak terjangkau dek akal aku.....bangang sungguh... malang dilahirkan ke dunia...
Quote BotakChinPeng 28-7-2013 02:23 AM
Tak kisah lah siapa dapat siapa tak dapat
Quote kakikuDibibirmu 28-7-2013 04:12 AM
cmf_herrhughie posted on 26-7-2013 11:21 PM
Tak sokong perbuatan guan eng ni, pemandu teksi ni tak nak pakai meter Dan bagi bad services, kenapa ...

haiya, luit maaaa, siapa tatak mau luit?

baguslah LGE tepati janji PRU13
Quote kakikuDibibirmu 28-7-2013 04:14 AM
DARSITA posted on 27-7-2013 12:23 AM
cayy main rasuah $$$ gak ~ aku ingatkan BN jer parti keji

macam bagi dedak ayam katanya
Quote Darien_Fawkes 28-7-2013 04:19 AM
kakikuDibibirmu posted on 28-7-2013 04:14 AM
macam bagi dedak ayam katanya

tapi ini bukan dibagi sebelum PRU, dia cume menepati janji dalam menifesto aje..
xmacam BN tergedik-gedik bagi segala sebelum PRU and then rampas balik bila kekal kuasa..

Quote Bedah.Cun 28-7-2013 04:41 AM
teksi sengkek
Quote munchkin 28-7-2013 04:55 AM
anak jati penang kata bad service. lagu mana cam ni
Quote BotakChinPeng 29-7-2013 12:05 AM
Beca penang pun tak dapat
Quote freebird 29-7-2013 12:52 AM
Pemandu teksi kedah dapat duit jual tayar 1 malaysia....

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062198 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top