CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik kilang kasut rugi jutaan ringgit

25-7-2013 04:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2322| Komen: 4

Description: NIBONG TEBAL - Sebuah kilang membuat kasut di Jalan Kilang, di sini kerugian jutaan ringgit apabila kilang itu musnah dijilat api semalam.
NIBONG TEBAL - Sebuah kilang membuat kasut di Jalan Kilang, di sini kerugian jutaan ringgit apabila kilang itu musnah dijilat api semalam.

Kebakaran melibatkan 10 gudang produk, tiga bangunan pengeluaran dan dua bangunan pejabat.

"Hanya sebuah bangunan pejabat tidak terbakar,"  kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat.

Ketika kejadian terdapat 35 pekerja dalam kilang itu dan kesemua mereka sempat menyelamatkan diri.

"Kami menerima panggilan pada pukul 5.01 petang dan enam jentera dengan kekuatan 24 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi itu. Kami turut dibantu 130 anggota bomba sukarela," kata Azmi.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal kira-kira sejam selepas kejadian tetapi sehingga pagi ini anggota bomba dan penyelamat masih berusaha memadamkan sepenunhnya kebakaran itu kerana kebanyakan barang dalam kilang berkenaan ialah getah.

Azmi berkata pihaknya menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana masalah bekalan air dan kedudukan kilang itu agak jauh daripada pili bomba.

Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih disiasat.

Pemilik kilang berkenaan yang enggan dikenali berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang pekerjanya.

"Tiada barang yang dapat diselamatkan, rugi jutaan ringgit,"  kata lelaki itu. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 27-7-2013 08:23 AM
NIBONG TEBAL - Sebuah kilang membuat kasut di Jalan Kilang, di sini kerugian jutaan ringgit apabila kilang itu musnah dijilat api semalam.


kerugian jutaan ringgit ...biar betul ...bolih klaim insuran berjutaan ringgit ...
Quote BotakChinPeng 27-7-2013 08:30 PM
Apo nak dikato
Quote shernazz 27-7-2013 09:07 PM
kasut untuk sale raya la tu

musti ada kata x berkat
Quote BotakChinPeng 28-7-2013 05:12 PM
Kilang kasut murahan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.354129 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top