CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat lelaki terapung

25-7-2013 03:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1601| Komen: 1

Description: BENUT - Mayat seorang lelaki dipercayai lemas lebih 24 jam ditemui dalam keadaan terapung berhampiran Kampung Nelayan Benut di sini, lewat petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Za ...
BENUT - Mayat seorang lelaki dipercayai lemas lebih 24 jam ditemui dalam keadaan terapung berhampiran Kampung Nelayan Benut di sini, lewat petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, seorang penduduk di situ memberitahu kepada polis melihat seorang lelaki terjatuh ke sungai kira-kira jam 6.30 petang, Isnin lalu.

Beliau berkata, susulan aduan penduduk itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bersama anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pontian Jalan Alsagoff, dan meluaskan pencarian sehingga ke sekitar Sungai Benut.

“Jam 7.25 petang, mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui terapung di Sungai Benut.

“Keadaan mayat lelaki berusia lewat 20an itu berkeadaan elok dengan tiada sebarang kecederaan dan dibawa ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dikenal pasti oleh keluarganya yang membuat laporan mengenai kehilangannya di Balai Polis Benut, pagi semalam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 25-7-2013 12:24 PM

Mayat mangsa ditemui terapung di Sungai Benut, petang kelmarin.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059949 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top