CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuarters terbiar selepas kejadian hitam

25-7-2013 02:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10403| Komen: 57

Description: HULU BERNAM - Selepas berlaku kematian seorang wanita di Kuarters Pusat Haiwan Kecil dekat Taman Golden Wood di sini dua tahun lalu, kuarters tersebut terus terbiar dan mencacatkan pemandangan.
HULU BERNAM - Selepas berlaku kematian seorang wanita di Kuarters Pusat Haiwan Kecil dekat Taman Golden Wood di sini dua tahun lalu, kuarters tersebut terus terbiar dan mencacatkan pemandangan.

Penduduk kampung berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Azim, 22, berkata, persekitaran kuarters ditumbuhi semak samun dan tidak pernah dibersihkan.

“Kalau lalu kawasan ini tidaklah seram pun tapi tetap ada bahayanya sebab ada penduduk yang berjalan kaki untuk sampai ke rumah mereka.

“Lagi pun kedudukannya dekat dekat pondok bas, jadi kalau ada perkara tidak diingini mungkin boleh berlaku. Malang sememangnya tidak berbau,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, beberapa orang lelaki pernah dilihat masuk ke kawasan kuarters itu namun tidak diketahui tujuannya.

Katanya, kebiasaannya tempat yang terbiar semak akan menjadi tempat binatang berbisa.

Peniaga di kawasan berdekatan turut menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan kawasan tersebut kerana dibimbangi menjadi tempat kegiatan tidak sihat.

Menurut Cheah, 42, keadaan semak di sekitar kuarters mengundang rasa tidak selesa kepada peniaga di kawasan itu.

Menurutnya, pihak berwajib sepatutnya bertindak membersihkan kawasan itu atau mengambil langkah sewajarnya dan tidak membiarkan keadaan begitu saja.

“Kalau boleh bersihkan kawasan itu. Kalau masih nak digunakan mesti mahu bersih tapi kalau tidak robohkan saja,” katanya.

Pada 9 Oktober 2011, seorang suri rumah ditemui mati berlumuran darah di atas katil di kuarters tersebut.

Mangsa yang juga seorang peniaga nasi lemak di Pekan Hulu Bernam dan dipercayai mati akibat dipukul.

Sejak itu, kuarters tersebut tidak lagi dihuni dan terbiar.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 25-7-2013 12:22 PM

Keadaan kuarters Pusat Haiwan Kecil Hulu Bernam yang terbiar.
Quote ninjago 25-7-2013 12:25 PM
org takut ade hantu kot.. kihkihkihh
Quote izamahmed 25-7-2013 12:29 PM
seram je rupa rumah tu
Quote azie_fariza 25-7-2013 12:34 PM
wanita tu mati kena bunuh ke?
Quote izamahmed 25-7-2013 12:38 PM
takut pulak jadi port penagih dada..
Quote mziskandar 25-7-2013 12:40 PM
'pusat haiwan kecil' - nama pun dah scary..
Quote iza_yuss 25-7-2013 12:41 PM
dah 2 tahun dh ek kes tu? huhu..... aku rase cam baru je berlaku
Quote izamahmed 25-7-2013 12:44 PM
mziskandar posted on 25-7-2013 12:40 PM
'pusat haiwan kecil' - nama pun dah scary..

haiwan kecil ni bahaya.. suka mencari lobang
Quote jofizo 25-7-2013 12:47 PM
huh ni jadi lubuk tempat mengeseks.... tara takut pun.......
Quote p.timur3831 25-7-2013 12:53 PM
azie_fariza posted on 25-7-2013 12:34 PM
wanita tu mati kena bunuh ke?

yup..kna bunuh dek prbuatan husband n wife dia..diorg mabuk teruk smp x sedar yg mangsa ni dh mati..gaduh sbb mangsa x g tebus rantai emas yg dgadai
Quote pakwetizzaqyah 25-7-2013 12:58 PM
azim 22 = izamahmed
Quote ladygempak 25-7-2013 12:59 PM

mungkin ada sebab lain kenapa kuarters tu dibiar camtu jer
Quote Muntz 25-7-2013 01:01 PM
Kitorg penah ada bangunan terbiar mcm nie gak. Aku tengok takder pun yg takut nak duduk dlm tu. Siap bilik meeting dibuat jadi brothel lagi ada. Ada bekas2 kotak dibuat lapik, pastu kondom terpakai bersepah2. So takyah risau, mesti ader penghuni tu.
Quote lavacall 25-7-2013 01:03 PM
izamahmed posted on 25-7-2013 12:22 PM
Keadaan kuarters Pusat Haiwan Kecil Hulu Bernam yang terbiar.

satu je gambar..


lain kali nak bukak thread...kumpul dulu info...

haper la...



Quote apitkl 25-7-2013 01:04 PM
Pusat haiwan kecil=Pusat Makhluk Halus
Quote pakwetizzaqyah 25-7-2013 01:05 PM
jofizo posted on 25-7-2013 12:47 PM
huh ni jadi lubuk tempat mengeseks.... tara takut pun.......

citer2 seram tu hoax aje..tk nk bg ramai merayau situ..karang tersekodeng..cuba masuk dalam tu..ntah2.. ha... ntah2...korang pikir le sndiriey
Quote fida75 25-7-2013 01:06 PM
p.timur3831 posted on 25-7-2013 12:53 PM
yup..kna bunuh dek prbuatan husband n wife dia..diorg mabuk teruk smp x sedar yg mangsa ni dh mati ...

maksudnye laki dia ada bini lain ke??

Quote mitnick 25-7-2013 01:18 PM
ade dengar bunyi-bunyian ke dr umh tue?
Quote lasagnaklcc 25-7-2013 01:31 PM


HULU SELANGOR 9 Okt. - Seorang peniaga nasi lemak ditemui mati dipercayai akibat dipukul ahli keluarganya sendiri di sebuah kuarters Pejabat Haiwan Kecil di Taman Goldenwood, Jalan Besar di Ulu Bernam di sini hari ini.

Gurmeet Kaur Sedara Singh, 41, ditemui mati di atas katil dengan kesan bengkak dan berdarah di muka.

Mangsa dipercayai bergaduh dengan suami serta kakaknya sebelum ditemui mati di kuarters itu yang turut dijadikan pusat rawatan haiwan Jabatan Veterinar Ulu Bernam.

Menurut sumber, sebelum pergaduhan, ketiga-tiga mereka yang tinggal bersama di rumah itu dikatakan dalam keadaan tidak sedar selepas mengambil minuman keras.

"Mangsa dikatakan bertengkar dengan kakaknya dipercayai berpunca daripada tindakan si mati yang tidak menebus semula gelang emas milik kakaknya itu, sebaliknya wang itu digunakan bersama untuk membeli arak.

"Mungkin disebabkan dalam keadaan mabuk, pertengkaran mereka berlanjutan sehingga membawa kepada kematian mangsa yang hanya disedari oleh suaminya pukul 7 pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, anak ketiga mangsa, N. Shareendra, 24, ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, mayat ibunya ditemui bapanya sendiri sebaik sahaja bangun dari tidur pagi ini.

"Bapa memberitahu, dia nampak ibu saya terbaring di atas lantai lalu mengangkat ke bilik tidur tetapi mulutnya dilihat berdarah. Saya dan abang ipar tiba di rumah tidak lama kemudian dan segera memaklumkan kepada polis," katanya yang tinggal di Cameron Highlands dan pulang sejak semalam.

Ditanya tentang pergaduhan itu, Shareendra yang berkerja sebagai pengawal keselamatan mengakui, ketiga-tiga mereka dalam keadaan mabuk setelah mengambil minuman keras petang semalam.

"Saya masih nampak mereka dalam keadaan mabuk dan bertengkar pada pukul 11.30 malam tadi, namun saya tidak menyangka kejadian akan berlaku seburuk itu kerana saya kemudian keluar dari rumah.

"Ibu bapa saya kerap bergaduh selepas mengambil arak dan setiap kali bergaduh, bapa akan memukul ibu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, polis telah menahan suami mangsa yang berusia 57 tahun dan merupakan pegawai veterinar serta kakaknya yang berusia 44 tahun tidak lama selepas kejadian.

"Terdapat kesan calar di muka suspek wanita dipercayai akibat bergelut dengan si mati dan siasatan awal mendapati, ketika kejadian mereka dalam keadaan mabuk.

"Mayat mangsa juga didapati mempunyai kesan bengkak di muka selain berdarah di hidung dan mulut. Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa telah ditolak sehingga cedera kerana tiada senjata ditemui," katanya.


ps : indian rupanya...

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.292581 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top