CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lesap dalam 15 saat

25-7-2013 02:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4001| Komen: 6

Description: KUALA LANGAT - Dalam masa tidak sampai 15 saat, pemilik sebuah stesen minyak kerugian RM8,300 selepas premisnya di Batu 7, Sijangkang dirompak sekumpulan penjenayah, malam kelmarin.
KUALA LANGAT - Dalam masa tidak sampai 15 saat, pemilik sebuah stesen minyak kerugian RM8,300 selepas premisnya di Batu 7, Sijangkang dirompak sekumpulan penjenayah, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pemilik stesen minyak itu bersama dua pekerjanya sedang bersiap untuk menamatkan operasi sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal.

Salah seorang suspek mengacukan parang ke arah pemilik stesen minyak dan merampas bungkusan plastik mengandungi wang hasil jualan berjumlah RM8,300 sebelum melarikan diri ke arah Klang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, stesen minyak itu sudah dua kali dirompak sebelum ini dipercayai dilakukan kumpulan sama.

“Kumpulan ini menjadikan stesen minyak di tempat yang sunyi sebagai sasaran rompakan," katanya

Beliau berkata, siasatan awal ke atas salah sebuah motosikal Honda EX5 yang dinaiki suspek mendapati cukai jalan motosikal itu sudah tamat tempoh dan nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.

“Saya menasihatkan pemilik stesen minyak supaya memasang CCTV di premis mereka bagi memudahkan pihak polis membuat pengecaman," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan menggunakan senjata.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 25-7-2013 12:53 PM
itu bangla tak berani tangkap ka bhai?
Quote RedClip 25-7-2013 01:09 PM
bulan baik ni pun masih nak buat perangai
Quote dragger 25-7-2013 01:11 PM
apo la balo...
Quote fida75 25-7-2013 01:14 PM
pergghhh.. 15 saat; mmg profesenl tul

mane dorg belajo nih..
Quote nicuya 25-7-2013 02:02 PM
kalah geng cter gone in 60 second...
Quote plus10 25-7-2013 02:17 PM
Stesen minyak kat area rumah aku ni siap kunci pintu kedai minyak tu. Orang tak leh suka2 masuk2.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.053541 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top