CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 sahabat maut dihempap dinding

25-7-2013 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3167| Komen: 19

Description: LABIS - Dua remaja maut akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dinding konkrit bersebelahan tempat mereka bekerja runtuh dan menghempap mereka dalam kejadian di Tenang, di sini kelmarin.



LABIS - Dua remaja maut akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dinding konkrit bersebelahan  tempat mereka bekerja runtuh dan menghempap mereka dalam kejadian di Tenang, di sini  kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 12.50 petang ini, dua sahabat terbabit, Ungku Muhammad Syahir Ungku Abdul Malik , 19, bersama Mohamad Syazwan Saruddin, 18, sedang menyidai alas kaki kenderaan pelanggan di atas dinding tersebut sebelum tiba-tiba konkrit itu runtuh dan menghempap mereka.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, Mohamad Syazwan meninggal dunia pada jam 1.21 tengah hari, manakala Ungku Muhammad Syahir pada jam 4 petang selepas dirawat di wad kecemasan Hospital Daerah Segamat.

Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kemelah selepas solat terawih

Sementara itu, nenek Ungku Muhammad Syahir, Munah Long, 76, berkata, Allahyarham cucunya itu ada menyerahkan wang kepadanya selain berhasrat mahu membeli pakaian bersama rakannya (Mohamad Syazwan) selepas pulang dari kerja.

“Arwah ada menyerahkan duit kepada makcik untuk membeli keperluan pada Aidilfitri nanti. Sekarang dia sudah meninggal dunia dan makcik tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan duit ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Kemelah.

Menurut Munah, arwah yang tinggal bersamanya selepas kematian kedua ibu bapanya beberapa tahun lalu bercadang untuk ke Batu Pahat membeli baju raya, selain menyatakan tidak sedap hati ke tempat kerja pada hari kejadian.

“Arwah ada mengadu sakit belakang, tapi tetap pergi kerja kerana sudah berjanji dengan Mohamad Syazwan.

“Ketika itu, saya lihat arwah sedih sebelum menunggang motosikal menuju ke tempat kerja. Saya tidak sangka itu kali terakhir saya berjumpa dengan dia,” katanya.

Bapa Mohamad Syazwan, Saruddin Aris, 45, berkata, sebelum anaknya keluar bekerja, anaknya itu ada memaklumkan kepadanya akan keinginannya untuk berbuka puasa dengan nasi ayam.

“Saya beri dia sejumlah wang untuk berbuka puasa, tetapi terkejut dan tidak menyangka menerima berita pemergian dia akibat kejadian tersebut.

“Arwah memang bersahabat baik dengan Ungku Muhammad Syahir dan kebetulan kami tinggal berjiran. Tak sangka mereka akan meninggal dunia bersama-sama,” katanya.

6

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 25-7-2013 08:20 AM

Dinding yang menghempap Ungku Muhammad Syahir dan Mohamad Syazwan di Tenang.
Quote izamahmed 25-7-2013 08:21 AM

Munah menunjukkan kad pengenalan mangsa di rumahnya di Felda Kemelah.
Quote redz85 25-7-2013 08:37 AM
sedih nya.. God bless them
Quote ad_hoc79 25-7-2013 08:40 AM
Meninggal masa bekerja....
Quote norhaz 25-7-2013 08:40 AM
Kesiannya......muda lagi plak tu..
Quote izamahmed 25-7-2013 08:42 AM
Al-fatihah
Quote ecchipr0n 25-7-2013 08:45 AM
Kesian masih budak lagi. At least mati mencari rezeki halal & bukan mati merempit.
Quote puterikhaleeda 25-7-2013 08:49 AM
al fatehah .........
Quote nicuya 25-7-2013 08:50 AM
xde dh 2 org laki2 dlm dunia ni...takziah..
Quote undark 25-7-2013 09:16 AM
alfatihah...
Quote biggirlduncry 25-7-2013 09:23 AM
innalillah...al-fatihah
Quote apan 25-7-2013 09:26 AM
al-fatihah.....
Quote chinatsu 25-7-2013 09:55 AM
semoga roh mereka dicucuri rahmat
Quote harimau76 25-7-2013 10:13 AM
al fatihah... semoga ditempatkan di kalangan mereka yg beriman...
Quote sue07 26-7-2013 09:26 AM
innalillah....alfatihah moga dtempatkan dikalangan mereka yg beriman..amin
Quote InVendeTTa 26-7-2013 09:38 AM
YA Allah..malang sungguh x berbau
mesti dinding tu dah lama retak
moga arwah2 terpilih dikalangan orang2 soleh
sedihnye tgh carik rezeki halal walaupon x seberapa
ntah2 bebudak his age kat felda nun ade yg dok wat keje meragut, rompak segala
Quote mak_wa95 26-7-2013 09:48 AM
rajin mencari rezeki walaupun masih muda...ajal mereka di tempat kerja.... tapi mesti syarikat tempat kerja tak ada segala insuran dan pampasan ni
Quote girly.. 26-7-2013 11:09 AM
sedihnyer...
Quote batmana 26-7-2013 12:08 PM
syahid dunia ni..
mati masa wat keja

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.679795 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top