CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayah risau anak 14 tahun hilang

20-7-2013 11:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3109| Komen: 16

Description: GEORGETOWN - Seorang bapa rungsing apabila mendapati anak perempuan berusia 14 tahun tiada di dalam bilik tidurnya selepas pintu belakang rumah terbuka kira-kira jam 6 pagi Jumaat lalu.
GEORGETOWN - Seorang bapa rungsing apabila mendapati anak perempuan berusia 14 tahun tiada di dalam bilik tidurnya selepas pintu belakang rumah terbuka kira-kira jam 6 pagi Jumaat lalu.

Selepas disiasat, bukan sahaja pintu belakang rumahnya terbuka, malah ditemui kain alas tidur (toto) serta selimut anaknya berada di atas meja di bahagian belakang rumah mereka di Mukim 11, Sungai Ara dekat sini.

Bapa remaja berkenaan, Yee Tee Haw, 49, berkata, beliau mendapati telefon bimbit anaknya dan pengecas juga tiada dan terdapat kesan rumput seperti dipijak orang belakang rumah mereka.

Difahamkan, kira-kira jam 5 pagi Tee Haw menyedari bunyi salakan anjing peliharaan namun tidak mengendahkannya kerana tidak mengesyaki apa-apa.

Menurut sumber, ketika dilaporkan hilang anak perempuan yang dikenali sebagai Tze Wei hanya memakai baju tidur berwarna merah jambu dan bapanya tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan sepanjang malam.

"Anaknya seorang yang rabun namun cermin matanya masih berada di dalam bilik dan barangan lain tidak dibawa sama.

"Telefon bimbit anaknya pula itu tidak mempunyai kad sim sebaliknya digunakan untuk mendengar lagu dan bermain permainan video," katanya.

Bimbang sesuatu yang buruk menimpa anaknya, bapa remaja berkenaan membuat laporan polis dan meminta bantuan pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, selepas menerima maklumat, sepasukan polis dan anjing pengesan K-9 pergi ke rumah mangsa untuk melakukan siasatan.

Mohd Hatta berkata, bantuan dari unit K9 dibuat untuk mengesan mangsa namun gagal mengesan jejak kerana kawasan sekitar rumah berkenaan sudah dilalui oleh ahli keluarganya untuk mencari remaja itu sebelum datang ke balai membuat laporan.

"Pemeriksaan di rumah berkenaan tidak ada kesan umpil dan pecah masuk dan mengikut keterangan pengadu rumah berkenaan memang tidak berkunci.

"Siasatan awal mendapati pengadu, isteri dan adik lelaki pengadu tidak mempunyai hutang dan masalah dengan mana-mana pihak dan polis masih menyiasat motif kehilangannya," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang daripada jagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda.

Menurutnya, remaja berkenaan berkulit cerah, berambut lurus pendek paras bahu dan tinggi kira-kira 152 sentimeter.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat remaja berkenaan diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 20-7-2013 06:39 PM

Tze Wei
Quote pakwetizzaqyah 20-7-2013 06:40 PM
izamahmed posted on 20-7-2013 06:39 PM
Tze Wei

tze wei = izamahmed
Quote mak_wa95 20-7-2013 07:07 PM
umor 14 tengah sangat2 gelenyar.......cari lah di rumah mana-mana jantan
Quote shernazz 20-7-2013 07:24 PM
lari2..
lupe plak tutup pintu blakang
kalut sangat la tuh....
patut ko blaja dengan melayu dik..mcmana cara2 diculik, cara2 dipukau segala bagai
Quote Zep 20-7-2013 07:34 PM
Tidak mungkin beliau menyundal dengan mana2 jantan. kalau betina melayu lain lah. garit semedang.
Quote kakikuDibibirmu 20-7-2013 07:53 PM
izamahmed = tze wei
Quote izamahmed 20-7-2013 08:10 PM
@kakikuDibibirmu @pakwetizzaqyah
Quote pakwetizzaqyah 20-7-2013 08:15 PM
izamahmed posted on 20-7-2013 08:10 PM
@kakikuDibibirmu @pakwetizzaqyah

pahal panggil2 aku??
Quote kakikuDibibirmu 20-7-2013 08:28 PM
izamahmed posted on 20-7-2013 08:10 PM
@kakikuDibibirmu @pakwetizzaqyah

pahal panggil2 aku??
Quote izamahmed 20-7-2013 08:29 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-7-2013 08:15 PM
pahal panggil2 aku??

polis nak cari budak kat rumah nko
Quote pakwetizzaqyah 20-7-2013 08:35 PM
izamahmed posted on 20-7-2013 08:29 PM
polis nak cari budak kat rumah nko

neeeeeeeeno neeeeeeno... gerak2 khas...


Quote lasagnaklcc 20-7-2013 09:26 PM
Bagusnya bapak kasi hp takde simkad

Rasa bdk ni lari la...
Quote ladylulu 20-7-2013 09:40 PM
semoga cepat dijumpai...
Quote dubuk 22-7-2013 12:25 AM
tolong lah jangan tebuk budak itu dia tidak mengerti apa apa
Quote dubuk 22-7-2013 12:29 AM
muka dia cantik
Quote jonlabu 22-7-2013 12:33 AM
Moskel...toto buat alas atas meja. Tetiba teringat kes normiang dan memek dulu..:lol

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.187596 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top