CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasir gudang : Letupan kuari 1 maut

20-7-2013 10:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9610| Komen: 36

Description: JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera terkena serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Alam di sini hari ini.
                 



JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera terkena serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Alam di sini hari ini.
   
Mangsa merupakan warga Nepal berumur sekitar 30-an yang mati di tempat kejadian.
   
Jarak kawasan kilang dengan kawasan kuari itu ialah kira-kira 500 meter.
   
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari itu turut merosakkan 18 buah kereta, 14 buah kilang lain dan sebuah sub stesen milik Tenaga Nasional Berhad.
   
Pihak bomba menghantar 37 anggota dan turut dibantu 16 anggota polis bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.
  
Aktiviti kuari dilapor dihentikan serta-merta akibat kejadian itu.
   
Mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini beserta mereka yang cedera.
   
Seorang pegawai pemasaran sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit yang berhampiran, Rosmawati Rahmat, 40, berkata beliau mendengar letupan kuat sebelum keadaan kilangnya bergegar.
   
"Kebiasaannya siren amaran akan dibunyikan pada pukul 12.30 tengah hari sebagai isyarat letupan akan dilakukan dan bunyi letupan selalunya tidak kuat.
   
"Bagaimanapun bunyi letupan hari ini begitu kuat sehingga batu-batu terpelanting jauh ke kawasan kilang," katanya.
   
Seorang pemilik kilang plastik yang enggan dikenali berkata aktiviti letupan sering dilakukan, namun kejadian hari ini paling serius.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterbersih 20-7-2013 01:07 AM
Warga nepal jd pakar bom ke??
Quote laxmanall 20-7-2013 01:19 AM
airfilterbersih posted on 20-7-2013 01:07 AM
Warga nepal jd pakar bom ke??

      tak pasti mangsa pekerja nepal tu pekerja kuari atau pekerja kilang berhampiran yg terlibat.....takziah
Quote munchkin 20-7-2013 01:45 AM
takziah.....
Quote aziz79 20-7-2013 06:07 AM
tak sampai 200meter dari opis aku.
masa letupan aku dah balik rumah sembahyang jumaat.

warga nepal tu pekerja kilang berhampiran.
Batu kuari terpelanting masuk kedalam kilang.
Quote sahamboi 20-7-2013 07:02 AM
Gila ke ape kawasan kuari berhampiran tempat orang ramai.... johor ni penub dengan masalah dan penipuan....
Quote narizman 20-7-2013 07:58 AM
Orang cerdik tak akan  beli rumah area Seri Alam , Masai dan Pasir Gudang ...
Quote narizman 20-7-2013 08:04 AM
sahamboi posted on 20-7-2013 07:02 AM
Gila ke ape kawasan kuari berhampiran tempat orang ramai.... johor ni penub dengan masalah dan penip ...

Memang tipu ini area Seri Alam , Masai.
Penipu-penipu dah kenyang dapat habuan ... habuannya ialah tanah-tanah di Gelang Patah (Iskandar Malaysia).
Rakyat jadi mangsa...


Quote Nocturna 20-7-2013 08:46 AM
Lagi gambar
Quote ctaz 20-7-2013 08:50 AM
masak la kuari tu....
kena byr ganti rugi semua kerosakan tu.....
Quote kakikuDibibirmu 20-7-2013 08:56 AM
Quote kakikuDibibirmu 20-7-2013 08:56 AM
Quote kakikuDibibirmu 20-7-2013 08:56 AM
Quote langit_biru18 20-7-2013 09:45 AM
mak aii..besor giler batu yg tercampak tu...manalah tak mati
Quote merlinjb 20-7-2013 09:48 AM
Kesiannya........takziah kepada sesiapa yang terlibat.
Quote jfq 20-7-2013 10:19 AM
mados tu sultan johor punya kan
Quote Gegancu 20-7-2013 11:00 AM
JOhor Darul Taik?
Quote laxmanall 20-7-2013 12:46 PM
Nocturna posted on 20-7-2013 08:46 AM
Lagi gambar

thanx for e pics
Quote laxmanall 20-7-2013 12:47 PM
kakikuDibibirmu posted on 20-7-2013 08:56 AM

thanx for e pics
Quote ekod79 20-7-2013 12:51 PM
uncontrolled bombing

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.077419 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top