CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Proton Lancarkan Semula Model Di Chile Sabtu Ini

25-5-2016 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4215| Komen: 1

Description: SANTIAGO: Proton kembali giat mengeksport produk mereka ke Chile dengan penghantaran.....

Oleh : Dean BZ


SANTIAGO: Proton kembali giat mengeksport produk mereka ke Chile dengan penghantaran kelompok pertama 50 unit Proton Preve pandu-sebelah-kiri ke San Antonio, setelah hampir dua dekad terhenti.

Proton Holdings Bhd bersedia untuk memasuki semula pasaran Chile dengan pelancaran semula model keretanya Sabtu ini.

Foto : Careta.my


Kali terakhir Proton mengeksport kenderaan ke Chile ialah penghantaran model Proton Wira pada tahun 1998. 

Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya berkata Proton akan membawa masuk 1,000 unit model terpilih ke dalam pasaran Chile dan menjangkakan menjana jualan bernilai RM68 juta.

"Ini menunjukkan hubungan Malaysia-Chile terus berkembang kukuh," katanya semasa berucap pada 'Seminar Peluang Perniagaan dengan Malaysia' anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini, pada Isnin.

Beliau berkata Chile merupakan satu-satunya negara Amerika Latin yang telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia sekali gus menjadikannya sebagai rakan dagang lebih utama bagi syarikat Malaysia yang merancang untuk meneroka ke benua itu.

Bercakap kepada Bernama selepas itu, Mohamad Rameez berkata Proton telah melantik Andes Motor, syarikat di bawah Kaufman Group, sebagai pengedar di sini. Kaufman Group merupakan pengedar kereta utama di Amerika Latin.

Dengan perkembangan baik ini, Proton sangat yakin akan kuasai pasaran global. Ia akan bermula dengan pelancaran jualan Proron Preve dan Exora pada Mei, disusuli dengan Proton Saga pada November 2016. - CARI Infonet



Sumber - AstroAwani

14

Bagus
1

Marah
19

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cecari 25-5-2016 01:16 PM
pistolairAbah replied at 25-5-2016 11:57 AM
berapa seunit jual kat sana.. mesti murah gila kan lepas tu full spec

ada orang war2kan konon proton kat luar kuality tinggi tapi harga sangat murah.  Harga murah tu sebenarnya tertakluk kepada struktur cukai sesebuah negara juga . tak semua sama .  tu sbb di saudi proton murah .  dakwaan kualiti lebih tinggi tu sangat mengarut.... sama saja sebenarnya.

btw ini harga terkini proton di mesir

Model
Property
power
Price

M/T
1600
153,900 EGP

M/T
1600
153,900 EGP

Automatic
1600
159,900 EGP

Automatic
1600
159,900 EGP

egp 159,900 =  RM 73, 848

mahal ke murah??

Kualiti ?? lebih kurang saja.... aku pun ada keter proton. ok je... taklah teruk sangat... taklah superior... biasa2 saja . baik di malaysia baik di mesir.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056896 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top