CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lari tinggalkan isteri hamil

19-7-2013 09:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2541| Komen: 6

Description: PORT DICKSON – Seorang wanita mengandung lima bulan antara 16 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang diberkas dalam Ops Pati yang dijalankan di tiga lokasi berbeza iaitu di rumah kongsi projek pembin ...

Semua warga asing menaiki trak polis di bawa ke IPD Port Dickson.


Antara pendatang asing tanpa izin yang ditahan.


Anggota polis berjaya menahan seorang Pati yang cuba melarikan diri.

PORT DICKSON – Seorang wanita mengandung lima bulan antara 16 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang diberkas dalam Ops Pati yang dijalankan di tiga lokasi berbeza iaitu di rumah kongsi projek pembinaan Lebuhraya Sua Betong, rumah kongsi belakang sebuah pasar raya di sini dan sekitar Kampung Linggi.

Wanita malang itu gagal meloloskan diri selepas cuba lari bersama suaminya sebaik menyedari ada serbuan polis sekitar jam 12.30 tengah malam, semalam.

Dia yang dikenali sebagai Rahmah, 30, berasal dari Jawa Tengah terjatuh selepas beberapa meter melarikan diri ke kawasan kebun kelapa sawit sementara suaminya terus melarikan diri.

Difahamkan, Rahmah yang sudah setahun lebih berada di Port Dickson bekerja sebagai tukang masak di kawasan rumah kongsi tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, Ops Pati dijalankan serentak di tiga lokasi berkenaan dan berjaya menahan 13 lelaki dan tiga wanita di mana tiga lelaki adalah warganegara Myanmar manakala selebihnya warganegara Indonesia.

"Operasi yang bermula pada 12 tengah malam dan berakhir sejam kemudian diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Asisten Superintendan Zainudin Ahmad bersama 44 anggota polis dan empat pegawai," katanya.

Abd Wahab berkata, Ops Pati dilakukan adalah untuk untuk membuat pemeriksaan terhadap pendatang asing bagi tujuan pencegahan jenayah melibatkan mereka.

“Ini adalah kerana sehingga pertengahan Julai tahun ini, beberapa  jenayah melibatkan pendatang asing seperti samun pecah rumah dan curi kerap berlaku.

"Kesemua Pati yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen," katanya.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi rumah kongsi di tapak projek pembinaan lebuh raya Sua Betong mendapati, anggota polis turut membuat pemeriksaan kenderaan yang digunakan Pati antaranya motosikal dan kereta.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 19-7-2013 08:24 AM
pompuan tu tau sarat mengandung nyerah diri je lah
Quote bolat-bolat 19-7-2013 08:31 AM
Laki dia pentingkan diri....
Quote mute 19-7-2013 08:38 AM
dah kene tinggal...abes la kepurcayaannyer terhadap suaminyer ilang pas ni...
Quote mitnick 19-7-2013 08:42 AM
mother father gentleman~ adeke lari tinggal bini.. hadoi
Quote tuah_r 19-7-2013 08:44 AM
laki dia akan buat comeback...kaya bila balik indon...

Quote gaara_X 19-7-2013 08:48 AM
biasak laa.......lari selamatkan diri dulu...hihkhihkhikk

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059646 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top