CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nazir Razak Bercuti Sehingga Siasatan AS$7 Juta Selesai

18-4-2016 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9291| Komen: 42

Description: Nazir Razak mengesahkan beliau akan mengambil cuti secara sukarela bermula hari ini.
Oleh Adib Za

Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengesahkan beliau akan mengambil cuti secara sukarela bermula hari ini.

Ini bagi membolehkan siasatan bebas dijalankan bagi bagi isu pemindahan AS$7 juta.

Nazir dikatakan mengumumkannya ketika menyuarat agung tahunan CIMB yang diadakan secara tertutup pada Isnin. 

Sidang akhbar mengenai hal ini akan diadakan oleh pihak CIMB dalam masa terdekat.  - CARI Infonet


Baca selanjutnya: Mstar Online

16

Bagus
18

Marah
26

Terkejut
24

Sedih
26

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bra_pink 18-4-2016 12:50 PM
takkan tak ada warga cimb boleh celah sini bagi hints hints
Quote reeny 18-4-2016 12:54 PM
berapa lama cuti tu????
Quote all4rez 18-4-2016 12:57 PM
Ceh.... aku ingat najib tadi..
Quote senahsanasini 18-4-2016 01:00 PM
secara tiba2 atau apa?
tolong bg pencerahan sikit warga CIMB
Quote ultra78 18-4-2016 01:01 PM
Edited by ultra78 at 18-4-2016 01:18 PM
bra_pink replied at 18-4-2016 12:50 PM
takkan tak ada warga cimb boleh celah sini bagi hints hints

https://www.malaysiakini.com/news/338227?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Nazir bercuti sementara siasatan ke atas AS$7 juta Najib

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilaporkan sedang bercuti untuk membolehkan siasatan bebas ke atas isu AS$7 juta.

Ini didedahkan dalam Instagram oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, yang dikenali sebagai sekutu rapat tokoh perbankan itu.

Walaupun Fernandes tidak menyebut butirannya, adalah dipercayai beliau merujuk kepada jumlah wang yang diagihkan oleh Nazir bagi pihak abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bos Air Asia itu memuat-naikkan gambar AGM ke-59 Kumpulan CIMB dengan kapsyen, "Kelas tindakan Pengerusi CIMB Nazir Razak. Secara sukarela mengambil cuti mulai hari ini bagi membolehkan siasatan bebas berhubung pemindahan 7 juta. Demi manfaat tadbir urus korporat yang baik dan ketelusan."

Nazir menjadi sasaran bulan lalu selepas akhbar The Wall Street Journal memetik beliau sebagai mengesahkan bahawa dirinya menerima jumlah wang berkenaan daripada abangnya.

Wang itu kemudiannya diagihkan kepada ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.

Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu WSJ bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat korporat dan individu di Malaysia untuk kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti dana berkenaan dari sumber lain.

Berikutan laporan berkenaan, pengerusi CIMB itu kemudiannya dalam posting di Instagram, mengakui dirinya tidak sepatut membantu abangnya.

"Saya faham kemarahan (orang ramai), dan berdasarkan pengalaman, saya tidak sepatutnya.

"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa dana itu adalah sah daripada kutipan dana politik," tulisnya.

Beliau menegaskan bahawa semua wang itu telah diagihkan sepenuhnya dan beliau tidak menyimpan walau sesen pun.

CIMB dijangka mengadakan sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 petang ini.


Quote ad_hoc79 18-4-2016 01:08 PM
off topic...
nama bra_pink, tapi nape gambo purple
Quote ultra78 18-4-2016 01:12 PM
Si adik cuti disebabkan siasatan ke atas kes dia mana dia menerima wang daripada si abang. Si abang pula releks aje

Quote sipendiam 18-4-2016 01:14 PM
bijan rilek je boleh berjanam-janam lagi
Quote EJALTI 18-4-2016 01:18 PM
ultra78 replied at 18-4-2016 05:12 AM
Si adik cuti disebabkan siasatan ke atas kes dia mana dia menerima wang daripada si abang. Si abang  ...

Tu la pasal...

Bijan kepit siap boleh ber dancing bagai dgn Rossy....
Quote ultra78 18-4-2016 01:27 PM
nazir.jpg
Quote bluehedgehog 18-4-2016 01:29 PM
Abg tukang sign je
Quote ultra78 18-4-2016 01:34 PM
Video pendek



https://video.twimg.com/ext_tw_video/721932689327022080/pu/vid/1280x720/XyO3cMHz0u7zkee4.mp4
Quote cucumberkl 18-4-2016 01:56 PM
ultra78 replied at 18-4-2016 01:12 PM
Si adik cuti disebabkan siasatan ke atas kes dia mana dia menerima wang daripada si abang. Si abang  ...

bang @kemaruk tengok ni ada cobaan tuk memfintah PM kesayangan rakyat
Quote kecimpret 18-4-2016 01:59 PM
cam sindir abang sendiri jekkkkk
Quote blackwidowbae 18-4-2016 01:59 PM
Bese ler tuu core leave
Quote kemaruk 18-4-2016 02:00 PM
apa nak heran.. sumbangan dari syarikat korporat kepada parti politik tu sudah jadi kebiasaan

yang jadi isu ialah bila macai pitenah najib songlap 42 bilion duit 1MDB

ingat tu.. ingat-ingat itu remember

jangan lupa itu dont forget
[youtube]TwsSfeJlARg[/youtube]
Quote AdamCopeland 18-4-2016 02:04 PM
ke cuti sebelum jadi gabenor bnm?
Quote Simunggu 18-4-2016 02:12 PM
Tuhan bayar cash pada pemfitnah kerajaan agaknya...
Quote abas8888 18-4-2016 02:16 PM
LGE elok je tak letak jawatan bila kena tuduh kes kg manggis...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065558 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top