CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibat Tekanan Politik, Nazir Razak Terpaksa Letak Jawatan Pengerusi CIMB

25-9-2018 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2294| Komen: 8

Description: Memetik laporan Bernama, Datuk Seri Nazir Razak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB dan jawatan lain dalam kumpulan berkenaan pada hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2018.
Memetik laporan Bernama, Datuk Seri Nazir Razak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB dan jawatan lain dalam kumpulan berkenaan pada hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2018.


Jun lalu, Nazir, dalam maklum balasnya terhadap spekulasi laporan berita berhubung beliau meninggalkan kumpulan berkenaan, berkata tempohnya sebagai Pengerusi akan berakhir pada Ogos 2019 dan beliau pada masa itu belum memutuskan sama ada untuk memohon lanjutan.  

Kredit foto: carian internet

Memetik sumber, adik kepada Datuk Seri Najib Razak itu pernah dilaporkan bersedia untuk meninggalkan jawatan Pengerusi sebelum tamat tempoh jika diminta berbuat demikian.  

Ini membawa kepada apa yang dikatakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bahawa ia adalah tertakluk kepada Nazir jika beliau ingin meletak jawatan sebelum tempoh kontraknya berakhir.


Nazir dalam satu kenyataan berkata adalah wajar baginya meletak jawatan apabila pelan penyusunan semula empat tahun CIMB yang dilancarkan pada 2014, T18 selesai.

“Adalah sukar untuk mencari masa terbaik untuk saya meninggalkan CIMB - tidak terlalu cepat, tidak terlalu lewat - namun sentiasa meletakkan kepentingan firma ini di fikiran," katanya.

Tambahnya syarikat perbankan itu kini kukuh dari segi kewangan, mantap dari segi organisasi dan teguh dari segi institusi.

Nazir berkhidmat dengan CIMB selama 29 tahun, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan selama 15 tahun dan Pengerusi Kumpulan sejak tahun 2014.- CARI
21

Bagus
21

Marah
20

Terkejut
18

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 25-9-2018 10:33 AM
dia ni ok kan? knp nk ltk jawatan
Quote Burong_Hantuk 25-9-2018 10:36 AM
bagoslah letak jawatan,kao tu talam 3 muka..lalang
Quote MadameOnion 25-9-2018 11:14 AM
entah lah labuuuu
Quote meisapoya 25-9-2018 11:59 AM
Dia ni ok je. Tapi kesian nya sbb dari kalangan family politik...
Quote Peterpan17 25-9-2018 12:09 PM
mizruncing replied at 25-9-2018 10:33 AM
dia ni ok kan? knp nk ltk jawatan

2x5 gak. Satu family Tun Razak ni semua pelahap duit. bersengkokol. Eloklah resign. Terpalit taik abang dan kakak ipar
Quote mizruncing 25-9-2018 03:44 PM
Peterpan17 replied at 25-9-2018 12:09 PM
2x5 gak. Satu family Tun Razak ni semua pelahap duit. bersengkokol. Eloklah resign. Terpalit taik  ...

erkkkkkkkk yeke. sbb adik beradik dorg ni semua jenis muka sesuci embun pagi
Quote slavehunter 25-9-2018 06:45 PM
Korang jangan percaya sangat bila abang dia buat hal...dia konon2 againts it...padahal mereka elok jer semua dan perangai sama. Bini dia ni rude to the max dah la make up capuk2 bedak ala2 pakai temulawak.
Quote samperit 25-9-2018 06:55 PM
Dulu pernah tanya kwn.

Ape mksd cimb?

Dia ckp Cina Melayu India Bank...

rupa2nya Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB) baru tauu  

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052866 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top