CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sos Cili Sendiri Bikin, Mengapa Tidak?

14-4-2016 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 6850| Komen: 1

Description: sos cili yang sering kita beli itu sebenarnya kalau buat sendiri akan lebih sedap....


Oleh Fyruz Hanna


Pernah terfikir tak, sos cili yang sering kita beli itu sebenarnya kalau buat sendiri akan lebih sedap. Sos cili boleh dipelbagaikan penggunaannya nak cicah makanan, sebagai penambah perasa makanan dan macam-macam lagi

Siapa kreatif boleh buat sos tomato, sos cili bawang putih atau macam-macam lagi. Walaupun sebenarnya proses ini renyah sedikit tapi jangan cakap penulis tak payung okeehhh!!


Apa yang diperlukan: 

1. Cili Kering 1 kg. 
2. Gula Pasir 4kg (kalau nak manis, tambah sekilo lagi). 
3. Garam 350gm. Ikut Selera anda. 
4. Bawang putih dalam 200 gm (kalau lebih sedikit tak apa). 
5. Tepong Ubi Kayu 400gn ( Mamak gunakan sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda). 6. Cuka Tiruan pun boleh yang asli pun boleh dalam 1 kg. 
7. Air 5 liter masa mengisar keseluruhan mengisar cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter. 

Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu. 

Cara penyediaan: 

1.  Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili  ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak). 


2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda. 

3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat. 

Ihsan daripada norlieharumaini

Nota: Jika tak pasti juga, boleh lihat video dibawah:


-CARI Infonet.

23

Bagus
20

Marah
10

Terkejut
23

Sedih
23

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikcikebom 9-8-2016 10:47 AM
sedap boleh cuba.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.560888 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top