CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Jangan Biasakan Kanak-kanak Dengan Hadiah Wang Tunai'- KJ

14-4-2016 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5846| Komen: 17

Description: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tampil memberi penjelasan melalui akaun Facebook peribadinya semalam agar isu hadiah wang tunai yang diberikan kepada pemenang Kejohanan Junior Cycling Malay ...


Oleh : TS LOO


Pertikaian di kalangan netizen berhubung hadiah wang tunai yang diberikan kepada pemenang Kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM) bagi kategori bawah 11 dan 9 tahun yang diadakan pada 9 April lalu kelihatan semakin hangat diperkatakan di laman sosial sejak dua tiga hari ini. 


sumber foto : http://bm.selangorku.com/


Berdasarkan beberapa gambar yang menjadi viral sejak petang Rabu, rata-rata netizen melahirkan reaksi negatif terhadap penganjur apabila menawarkan wang tunai RM30, RM20 dan RM10 bagi pemenang tempat pertama hingga tiga pada kejohanan yang diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor pada Sabtu lalu.


Susulan itu, terbaru Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tampil memberi penjelasan melalui akaun Facebook peribadinya semalam agar isu tersebut tidak terus disalahtafsir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.




Dalam kenyataan di Facebook, Khairy berkata, dalam usia yang masih hijau itu, mereka perlu diajar untuk menghargai nilai sebuah kemenangan bukan pada hadiah, tetapi pada semangat, maruah dan pengalaman.


“Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” tulis Khairy.


Tambah Khairy lagi, sesiapa sahaja yang terbukti berbakat dan boleh menjadi aset dalam bidang sukan, tentunya akan dibantu dan diberi penghargaan, termasuk dari segi wang ringgit.


Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan kesemua peserta dan ibu bapa terbabit sedia maklum dengan hadiah yang disediakan, namun masih menyertai acara berkenaan atas dasar rasa cinta terhadap sukan itu.


“Segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tidak tahu atau tidak dihargai.


“Rata-rata ibu bapa yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal,” katanya.


Isu hadiah kepada pemenang Kriterium Junior Cycling Malaysia menjadi bualan apabila juaranya hanya menerima RM30, yang disifatkan ramai sebagai tidak munasabah


Dalam pada itu, kritikan negatif pengguna media sosial turut mendapat perhatian bekas pelumba kebangsaan, Josiah Ng.


Tegur Josiah, wang tidak seharusnya menjadi keutamaan dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan.- CARI Infonet



17

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 14-4-2016 12:25 PM
budak2 xleh bg duit byk2

- ahmak nafsu
betong... pahang
Quote kentel 14-4-2016 12:30 PM
gelak tersipu sipu

tw.png
Quote barfi 14-4-2016 12:31 PM
KJ pun dah jadik sama bebal dengan Maslan skg
Quote pearl.silver 14-4-2016 12:33 PM
Klu xnk bg duit, bg hamper lagi senonoh dr replika cek rm10 tu

Eiii...xada lojika langsung,:
Quote krustykrab 14-4-2016 12:55 PM
kalau x nak biasakan dgn duit, bagi la hadiah bentuk lain, buku ke, percutian dgn family ke...aparaaaa lol
Quote Skuau 14-4-2016 01:02 PM
Betol tu......dia amik idea 'budak kecik tak boleh pegang duit banyak'- Hj Bakhil/Ahmad Nisfu .
Quote HangPC2 14-4-2016 03:13 PM
Quote qronaldo7 14-4-2016 04:37 PM
at least 100 la
Quote trisnalovezul 14-4-2016 04:47 PM
Kasian budak2 ini..kalian pasti malu kerna kutuk safee sali..emang betul apa yg safee sali ckp itu..duit ga ada
Quote HibinoSama 15-4-2016 12:46 AM
Tu pon ada lagi yg sokong kj walaupon tau cakap berbelit2
Quote samshuri 15-4-2016 07:29 AM
dulu ku agak kagum dengan KJ ni, kiranya pemuda harapan bangsa la.....sekali???? hmmmmmm...sama jekkkkkk....
Quote mat_arof 15-4-2016 10:41 AM
HARI RAYA nanti jangan bagi duit ye untuk budak budak..


ikut YB cakap...jangan manjakan budak2 dengan wang ringgit
Quote devilito2 15-4-2016 12:34 PM
En. KJ sila la berbakti untuk rakyat tanpa mengambil gaji yang besar... itukan matlamat utama ahli politik....
Quote CiliPadiSedap 15-4-2016 02:28 PM
penyamun haprak .. kasihan budak2
Quote FARRAZOOL 28-5-2016 02:32 AM
Pirahhhh kj
Quote Spender_Bundle 31-5-2016 08:43 AM
hadiah no 4 org kata dpt botol mineral je...gile sadisss....
Quote purpledesire 5-6-2016 11:46 AM
Kesian budak2 nie..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.089308 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top