CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sesuai Pakai Kasut, But Atau Selipar Semasa Mengembara?

13-4-2016 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10543| Komen: 5

Description: Pelindung kaki ini boleh menyebabkan kaki anda merasa sakit jika berjalan terlalu jauh
Oleh Izzah Abbasy

Perasan atau tidak, jika seseorang itu mengembara, pasti akan memilih kasut atau selipar yang sesuai untuk digunakan nanti.

Setiap satunya bukan sahaja melindungi kaki, malah turut memberikan keselesaan ketika meneroka tempat-tempat yang dijejaki.
 
Jadi, memilih dan menentukan pelindung kaki yang sesuai ketika mengembara amat sekali digalakkan agar fungsi sebenarnya dapat dioptimumkan.




1) KASUT


Tidak kira daripada pun sekali buatannya, kasut dilihat lebih praktikal digunakan ketika mengembara. Jika anda jenis yang suka mengembara di bandar, kasut seperti trainer dan loafer adalah pilihan yang tepat. Ia mudah, cepat, ringan dan selesa ketika dikenakan pada kaki. Namun, kasut tidak praktikal apabila hari hujan ataupun berada di tempat berair seperti sungai, laut ataupun tasik. Kecenderungannya untuk basah adalah tinggi, sekali gus menyebabkan kaki merasa tidak selesa dan mengganggu emosi ketika mengembara.

2) BUT


But lazimnya diperbuat daripada kulit, mempunyai tapak yang tebal dan berat. Ia boleh disifatkan sebagai pelindung kaki terbaik ketika mengembara. Selain mengelak kaki daripada dimasuki air, ia juga melindungi kaki daripada objek-objek tajam seperti paku, kaca ataupun besi. Namun, tidak ramai yang memilih untuk memakai but kerana ia berat dan memenatkan kaki untuk melangkah lebih jauh. Di samping itu, membawa but juga menyebabkan berat bagasi anda bertambah. Pelindung kaki ini hanya praktikal digunakan ketika anda mengembara ke negara yang mempunyai musim sejuk.

3) SELIPAR


Selipar dilihat sebagai pelindung kaki yang praktikal ketika mengembara. Ia ringan, cepat, mudah dan selesa ketika digunakan. Jika anda seorang yang gemar dengan aktiviti di tengah bandar, pelindung kaki ini adalah jawapannya. Namun, memakai selipar jadi tidak praktikal apabila hari hujan. Ia boleh menyebabkan anda tergelincir dan merasa tidak selesa. Malah, pelindung kaki ini juga boleh menyebabkan kaki anda merasa sakit jika berjalan terlalu jauh ataupun lama. Walau bagaimanapun, selipar seharusnya ada bersama dengan setiap pengembara kerana ia memudahkan. - CARI Infonet

17

Bagus
7

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 29-3-2016 05:12 PM
yups, good article. betul tu kalau jalan banyak elok pakai kasut jenis mary jane atau trainers je, sedap dan cepat jalan.
Quote sherry70 30-3-2016 12:34 AM
dr marten  my casual all round work & walking shoe, used for my whole 4weeks masa d London, so comfy.
Quote cik_tonggek 30-3-2016 09:38 AM
akak pun suka dr marten, satu family pakai brand ni
yg paling lama dlm simpanan akak, crazy horse 8 eyelet
yg tu akak pakai sejak remaja dari tahun 1994
sampai skang dok elok lagi
Quote RamboMandul 13-4-2016 04:47 PM
Doc mart pilihan aku . Tapi aku sarung brogue shoes and 1406 halfcut boot . Tapi terkadang sport shoes pun ok gak selesa je .
Quote fariza90 13-4-2016 06:31 PM
tengok tempat dan aktiviti nak buat masa mengembara...selalu pakai kasut jer sng

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.051241 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top