CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2529|Reply: 5

Kasut, But, Atau Selipar?

[Copy link]
Post time 29-3-2016 01:39 PM | Show all posts |Read mode


Sama ada anda memakai kasut, but ataupun selipar ketika mengembara, semuanya memainkan peranan penting. Setiap satunya bukan sahaja melindungi kaki, malah turut memberikan keselesaan ketika meneroka tempat-tempat yang dijejaki. Namun, antara kasut, but dan selipar, semuanya mempunyai kekurangan tersendiri. Kalau tersalah pilih, aktiviti mengembara pasti terganggu. Jadi, memilih dan menentukan pelindung kaki yang sesuai ketika mengembara amat sekali digalakkan agar fungsi sebenarnya dapat dioptimumkan.

KASUT
Tidak kira daripada pun sekali buatannya, kasut dilihat lebih praktikal digunakan ketika mengembara. Jika anda jenis yang suka mengembara di bandar, kasut seperti trainer dan loafer adalah pilihan yang tepat. Ia mudah, cepat, ringan dan selesa ketika dikenakan pada kaki. Namun, kasut tidak praktikal apabila hari hujan ataupun berada di tempat berair seperti sungai, laut ataupun tasik. Kecenderungannya untuk basah adalah tinggi, sekali gus menyebabkan kaki merasa tidak selesa dan mengganggu emosi ketika mengembara.

BUT
But lazimnya diperbuat daripada kulit, mempunyai tapak yang tebal dan berat. Ia boleh disifatkan sebagai pelindung kaki terbaik ketika mengembara. Selain mengelak kaki daripada dimasuki air, ia juga melindungi kaki daripada objek-objek tajam seperti paku, kaca ataupun besi. Namun, tidak ramai yang memilih untuk memakai but kerana ia berat dan memenatkan kaki untuk melangkah lebih jauh. Di samping itu, membawa but juga menyebabkan berat bagasi anda bertambah. Pelindung kaki ini hanya praktikal digunakan ketika anda mengembara ke negara yang mempunyai musim sejuk.

SELIPAR
Selipar dilihat sebagai pelindung kaki yang praktikal ketika mengembara. Ia ringan, cepat, mudah dan selesa ketika digunakan. Jika anda seorang yang gemar dengan aktiviti di tengah bandar, pelindung kaki ini adalah jawapannya. Namun, memakai selipar jadi tidak praktikal apabila hari hujan. Ia boleh menyebabkan anda tergelincir dan merasa tidak selesa. Malah, pelindung kaki ini juga boleh menyebabkan kaki anda merasa sakit jika berjalan terlalu jauh ataupun lama. Walau bagaimanapun, selipar seharusnya ada bersama dengan setiap pengembara kerana ia memudahkan.

KG

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 05:12 PM | Show all posts
yups, good article. betul tu kalau jalan banyak elok pakai kasut jenis mary jane atau trainers je, sedap dan cepat jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 12:34 AM | Show all posts
dr marten  my casual all round work & walking shoe, used for my whole 4weeks masa d London, so comfy.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 09:38 AM | Show all posts
akak pun suka dr marten, satu family pakai brand ni
yg paling lama dlm simpanan akak, crazy horse 8 eyelet
yg tu akak pakai sejak remaja dari tahun 1994
sampai skang dok elok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Doc mart pilihan aku . Tapi aku sarung brogue shoes and 1406 halfcut boot . Tapi terkadang sport shoes pun ok gak selesa je .
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 06:31 PM | Show all posts
tengok tempat dan aktiviti nak buat masa mengembara...selalu pakai kasut jer sng
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.299333 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list