CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gangguan Bekalan Air Sekitar KL Dan Gombak Bukan Kerana Cuaca Panas!

8-4-2016 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4630| Komen: 19

Description: Bekalan air telah dihantar menggunakan lori tangki ke kawasan terlibat
Oleh Izzah Abbasy

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Gombak sejak dua hari lepas adalah akibat kerja pembaikan kecemasan ke atas sistem elektrik di Rumah Pam Air Estet Kepong dan bukan kerana air kering disebabkan cuaca panas.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), gangguan dijangka berlaku sehingga Isnin (April 11).


"Segala usaha untuk menyiapkan kerja pembaikan ini sedang dilakukan untuk membolehkan pemulihan bekalan air di kawasan terlibat dengan kadar segera," kata SYABAS.

Kawasan di Kuala Lumpur yang terlibat adalah Jalan U-Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya, Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin Perkasa.

Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Putra Sulaiman, Taman Pandan Utama, Bandar Sri Permaisuri, Jalan Yaakob Latif dan Perumahan Sommerset Close.

Kawasan di Gombak yang terlibat pula adalah Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah, Kampung Muhibah, Kampung Tasek Permai, Apartmen Mesra Villa, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Taman Dagang Jaya/Taman Halaman Indah, Taman Faizura Ampang.

Taman Permai Jaya Ampang, Taman Sri Bayu, Taman Sri Raya Ampang, Kampung Indah Permai Ampang, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Kampung Lembah Jaya, Kampung Pinggir 3 Lembah Jaya, Taman Sri Baru dan Apartmen Desa Lembah Permai.

SYABAS turut memaklumkan bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air telah dihantar menggunakan lori tangki ke kawasan terlibat. - CARI Infonet

6

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
13

Sedih
21

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ell768 7-4-2016 08:49 AM
perghhhh...masak
Quote callance 7-4-2016 08:59 AM
rumah aku dari ptg semalam xde air, xtau la kene potong atau gangguan bekalan air... rumah ade baby susah nye xde air..
Quote little_sis 7-4-2016 09:08 AM
aku area taman dagang, pandan.. so far masih ada air lg... kalo ler tau sblm kluar rumah td, sure aku isi penuh baldi2.. mmg la ada simpan air sikit2 dlm tong standby tp kalo nak tunggu isnin, masakkkkkkkkk la jwbnya...
Quote Esmiria 7-4-2016 09:34 AM
sabo jele seme.Kuantan ni mmng byk air tapi bauksit pulok..hmmmmm.Seme penduduk negeri ada ujian masing2.
Quote intanumbrella 7-4-2016 09:34 AM
ampang area sana memang selalu tak da air..sebaik hakak da tak bermastautin di sana da..
Quote kurunsing 7-4-2016 09:37 AM
nasib umah aku x masok. syukorr..
Quote hbad 7-4-2016 09:41 AM
taman bukit Teratai tak termasuk
Quote fifie_olin 7-4-2016 09:42 AM
puas dh dulu sebln xde air...gigih kompol air
Quote uori 7-4-2016 12:45 PM
dia tak bagitau masa atau hari ke?
Quote 1Apr16 7-4-2016 01:43 PM
@slippergombak
Quote bangcak 7-4-2016 01:48 PM
mcm mana bleh takde air??
menteri wilayah tak buat keje ke??

Quote cherub 7-4-2016 01:54 PM
Hauk la ampang selalu problem air. Pastu mcm emergency unannounced pulak tu. Lenkali takyahla beli rumah kat situ. PATI pun ramai kat pandan next door.
Quote gigahertz 7-4-2016 02:06 PM
fifie_olin replied at 7-4-2016 01:42 AM
puas dh dulu sebln xde air...gigih kompol air

air kencing gigih kumpul tak
Quote supernaturalee 7-4-2016 02:56 PM
pnh skali ms duk di selangor tu
sebulan kena catu air
dugaan betul
Quote -electrifying- 7-4-2016 03:04 PM
little_sis replied at 7-4-2016 09:08 AM
aku area taman dagang, pandan.. so far masih ada air lg... kalo ler tau sblm kluar rumah td, sure ak ...

berdekatan dgn galaxy ke sis?
Quote little_sis 7-4-2016 09:08 PM
-electrifying- replied at 7-4-2016 03:04 PM
berdekatan dgn galaxy ke sis?

dekat2 situ la... tapi blk keje tadi ada je air mcm biasa...
Quote -electrifying- 8-4-2016 10:12 AM
little_sis replied at 7-4-2016 09:08 PM
dekat2 situ la... tapi blk keje tadi ada je air mcm biasa...

itu la.. tp kena berjaga jugak, tadah je air... nk mndi, nk berjuang ssah xde air
Quote sgbuloh 8-4-2016 10:14 AM
elektrik punya hal.. air yang sangkut. nasib.. nasib..
Quote kecimpret 8-4-2016 02:35 PM
tu laa lenkali buat laa Langat 2



Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073316 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top