CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Tony Eusoff Diheret Ke Mahkamah, Miliki Dadah Kelas A!

2-4-2016 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 19633| Komen: 89

Description: Pelakon kelahiran Sarawak itu berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films
Oleh Izzah Abbasy

Tony Eusoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, pelakon Malaysia yang terkenal dengan drama di kaca televiyen telah didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.



Kertas pertuduhan itu menyatakan bahawa dia memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

Dadah Kelas A disifatkan sebagai dadah paling berbahaya dan menagihkan.

Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesnya akan didengar lagi di Mahkamah Negara pada 12 April.

Akhbar ini difahamkan bahawa pelakon kelahiran Sarawak itu berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan. - CARI Infonet 


31

Bagus
24

Marah
20

Terkejut
18

Sedih
44

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nevberg 1-4-2016 10:08 AM
apa dadah yang termasuk dalam 'dadah terkawal kelas A' tu?
Quote sirhusin 1-4-2016 10:10 AM
PELAKON Malaysia, Tony Eusoff, diheret ke mahkamah di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah.

Menurut kertas pertuduhan yang diperolehi Berita Harian, Tony, 38 tahun, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Kertas pertuduhan itu menyatakan bahawa dia memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

Dia didakwa memiliki dadah itu semasa di dewan ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Akhbar ini difahamkan bahawa pelakon kelahiran Sarawak itu berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.

Malah, dia juga telah memuat naik gambar yang dipercayai diambil semasa di lokasi penggambaran di Instagram beberapa hari lalu.

Tony pernah memainkan watak utama sebagai Tan Sri P. Ramlee dalam muzikal P. Ramlee The Musical dan memainkan watak seniman itu sekali lagi dalam biopik yang dibahagikan kepada dua bahagian - Saloma: Mencuri Guruh dan Saloma: Pandang Kaseh.

Selain itu, Tony juga pernah berlakon dalam pelbagai filem di seberang Tambak termasuk Cinta, Akhirat, Sepi dan Susuk.

Pelakon yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang seni bina itu juga pernah menjayakan muzikal La Cage Aux Folles terbitan Wild Rice di sini empat tahun lalu.

Berita Harian turut menghubungi Encik Lee Thean-jeen, yang menurut laman LinkedIn ialah Pengarah Urusan Weiyu Films. Namun, Encik Lee enggan mengulas.

Usaha akhbar ini mendapatkan komen daripada Mediacorp juga tidak berhasil kerana e-mel yang dihantar kepada kakitangan syarikat itu tidak dijawab sehingga akhbar ini dicetak.

Dadah Kelas A disifatkan sebagai dadah paling berbahaya dan menagihkan.

Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 atau kedua-duanya sekali.
Quote nevberg 1-4-2016 10:10 AM
oh okay..baru habis baca artikel..
Quote enchikfitz 1-4-2016 10:17 AM
Tak sangkanya.
Quote putehkundor 1-4-2016 10:22 AM
Nampak bersih je imej dia ni.
Quote q@2a 1-4-2016 11:34 AM
Biar betul.....
Quote slavehunter 1-4-2016 11:41 AM
Tony Eusoff ni Serani ker?
Quote mixed 1-4-2016 11:45 AM
elok kt bod gosip ni
@spiderman80
Quote ifanonline 1-4-2016 11:46 AM
gay boy ke ni?
Quote DayangKirana 1-4-2016 12:06 PM
walaupun aku tau ramai retis yang main dadah..tapi, sungguh aku tak sangka dia pun terjebak sekali..
Quote zamzam 1-4-2016 12:12 PM
slavehunter replied at 1-4-2016 11:41 AM
Tony Eusoff ni Serani ker?

iban atau kadazan kristian
Quote slavehunter 1-4-2016 12:25 PM
zamzam replied at 1-4-2016 12:12 PM
iban atau kadazan kristian

Ooooo okay tq
Quote caplimau 1-4-2016 04:37 PM
name kot panjang gile smpi tak kenal aku..
Quote sam_survivor 1-4-2016 04:49 PM
DayangKirana replied at 1-4-2016 12:06 PM
walaupun aku tau ramai retis yang main dadah..tapi, sungguh aku tak sangka dia pun terjebak sekali.. ...

Singapore jangan lah main-main bab dadah. So strict diaorg punya kawalan di kastam airport
Quote hasniey 1-4-2016 04:55 PM
alahai kenapa la buat perangai kt tmpat org
abeskn la b4 g balik malaysia
Quote hasniey 1-4-2016 04:55 PM
alahai kenapa la buat perangai kt tmpat org
abeskn la b4 g balik malaysia
Quote cik_tonggek 1-4-2016 04:56 PM
aler besa le tu jantan isap ganja
Quote MH37O 1-4-2016 05:01 PM
amik dadah untuk feel ketika berlakon ke??....hmm tu lah korang... percaya sgt dgn artis yg nampak baik ni,bila kena tangkap,terkejut mcm berok mak yeh...batak artis sgt ekk...hikhikhik

ps: nak hastag nama forumner tu tapi lupa pulak ID dia...hikhik
Quote MH37O 1-4-2016 05:02 PM
cik_tonggek replied at 1-4-2016 08:56 AM
aler besa le tu jantan isap ganja

tu lah kan, member aku yg muka nerd pun amik ganja...

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.114637 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top