CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JAIK ada bukti tahfiz peralat murid

12-7-2013 02:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2399| Komen: 10

Description: Alor Setar: Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengesahkan ada bukti sebuah pusat tahfiz di Jalan Kuala Kedah-Yan di sini, mengeksploitasi muridnya untuk menjalankan kutipan derma amal.
Alor Setar: Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengesahkan ada bukti sebuah pusat tahfiz di Jalan Kuala Kedah-Yan di sini, mengeksploitasi muridnya untuk menjalankan kutipan derma amal.

Pengarahnya, Datuk Noh Dahaya, berkata semua bukti itu diperoleh susulan siasatan dijalankan pihaknya ke atas premis pengajian Islam itu selepas kunjungan dibuat JAIK ke pusat tahfiz berkenaan pada 27 Jun lalu.

Sehubungan itu, katanya, JAIK bakal mengambil tindakan ke atas pusat tahfiz itu, termasuk pengurusan premis berkenaan, namun bentuk tindakan yang boleh diambil tidak didedahkan.


Hasil siasatan

Memang JAIK memantau rapi operasi pusat tahfiz berkenaan terutama sejak hujung bulan lalu, malah kita juga sedang mengumpul maklumat mengenainya termasuk dakwaan mempergunakan pelajar untuk tujuan kutipan derma amal.

Sehingga kini, ada bukti menunjukkan pengurusan pusat tahfiz itu memperalatkan muridnya. Jadi, semua hasil siasatan mengenainya sudah kita hantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dipertimbangkan bentuk tindakan bersesuaian, katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote solstice 12-7-2013 08:49 AM
Kesian aku tengok budak2 ni kena suruh jual barang
Geram betul
Quote akughi 12-7-2013 09:04 AM
aaaarrrrrr ni yg aku tak suke ni......org mcm ni yg merosakkn image anak2 yatim, budak sekolah tafiz, budak sekolah pondok yg duk mintak derma....ni yg makin berat aku nak derma ni.....
Quote noraidil_06 12-7-2013 09:07 AM
Baru nk cr kumpul bukti.org awam dh lm tau.lembab
Quote mjla 12-7-2013 09:13 AM
JAIK dah lama tau mende ni...

Tapi biasala malas nak bekoje.

Org ramai compalint baru kluarkan statement camni.

Tunggu le lg bertaun2 nak wat tindakan yg patut.
Quote pelicano 12-7-2013 09:19 AM
Orang yang dah dibayar utk buat kerja tapi tak menjalankan dgn betul.... pandai2 la jawab kat akhirat nanti...
Quote haryatie 12-7-2013 09:20 AM
kesian budak2 tu...jd mngsa
ank aku masa sekolah rendah cikgu suruh buat kutipan (aku x ingat tuk apa ntah..tp ada la pihak seklah bg 1 kad..)
aku x kasi pun dia pegi mana2 minta sumbangan/derma...
aku kasi jerk duit sikit..pas2 suruh dia kasi cikgu
aku bgtau dia..klau cikgu tnya knpa x cari sumbangan/derma..
aku ckp kat dia..minta cikgu call aku klau nk tau sebb nya...hehehe..
x der la aku nak kasi ank aku merayap cari sumbangan tu..
klau jd apa2 kat ank aku ada cikgu nak bertanggunjwb..
habis2 cikgu bleh ckp kesian & simpati jerk..
Quote mattdemon 12-7-2013 09:22 AM
rasanya elok kalau jabatan agama persukutuan buat garis panduan/penyelarasan utk pusat pusat tahfiz seluruh negara.
especially bab pengurusan dan kewangan, sistem pembelajaran.

kalau bab kewangan, rasanya setiap pusat tahfiz kene buktikan dari mana wang masuk,ke mana wang keluar.
buat peraturan, baki akaun minimum yg pusat tahfiz kena ada sekian2 , berdasarkan perbelanjaan pusat berkenaan.

kesian sangat tengok budak2 kene jual kalendar/ kismis...
memanglah belajar pusat tahfiz tu elok,
tapi kalau dah sampai macam tu nampak sangat yg umat Islam kat negara kite bergantung belas kasihan orang utk survive.


Quote azharuchan 12-7-2013 09:23 AM
baru kesan ada bukti...dah berbakul bakul bukti org dedahkan sejak sekian lama...haihh
Quote amyainsamad 12-7-2013 09:34 AM
sila ambil tindakan.........
Quote Al-Patih 12-7-2013 02:38 PM
ramai budak2 ...macam ni bersepah kat tompek makan ...lagi2 di R&R ...waktu cuti mum ...sempati dengan diorang ...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.211623 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top