CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas ditahan ketika beli nombor ekor

11-7-2013 04:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3033| Komen: 8

Description: TEMERLOH – Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Temerloh menahan seorang lelaki warga emas ketika berada dalam premis judi di bandar baru Temerloh pada hari pertama Ramadan, semalam.

Sekadar hiasan



TEMERLOH – Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Temerloh menahan seorang lelaki warga emas ketika berada dalam premis judi di bandar baru Temerloh pada hari pertama Ramadan, semalam.

Kadi Temerloh, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, lelaki berusia 69 tahun berasal dari Jengka itu ditangkap ketika sedang mendapatkan tiket nombor ekor di premis terbabit pada jam 11.15 pagi semalam.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan Ketua Unit Penguat Kuasa Agama Temerloh, lelaki terbabit, Mohd Nizam Omar menunjukkan resit pembelian nombor ekor bertarikh kelmarin dan semalam.

“Penguat kuasa agama Islam sebenarnya sedang melakukan rondaan ponteng puasa di sekitar bandar ini, tetapi terserempak dengan lelaki terbabit yang berada dalam premis judi.

“Ini adalah tangkapan pertama ketika Ramadan yang baru masuk hari pertama. Saya kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat yang tidak menghormati Ramadan.

Lelaki ini sepatutnya memenuhkan masa untuk beribadat, tetapi pada usia lanjut masih mengunjungi pusat judi,” katanya, semalam.

Beliau berkata, lelaki terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang 1982 kerana menghina pihak berkuasa agama negeri.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dikenakan denda RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Paid akan bekerja setiap hari sepanjang Ramadan dalam usaha membanteras kegiatan judi, ponteng puasa dan lain-lain.

"Paid juga akan mengenakan tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan menyalahi undang-undang," katanya.

2

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 11-7-2013 12:15 PM
pahang darul judi
Quote izamahmed 11-7-2013 12:21 PM
org nak cari duit lebih...
bonus ntah ado ke tidak
Quote ifanonline 11-7-2013 12:22 PM
malaysia ni memerlukan undang2 utk melayu mengamalkan islam...kalau tidak, habih masuk kristian, hindu dan buddha...
Quote Al-Patih 11-7-2013 03:21 PM
"aid akan bekerja setiap hari sepanjang Ramadan dalam usaha membanteras kegiatan judi, ponteng puasa dan lain-lain.


sepanjang Ramadan aje ...lepas tu relex sikit ...night club, Bar, tempat kahak-ok ..tak buwek rondaan ke ...takut lebam mata nanti ....
Quote PitMie 11-7-2013 03:27 PM
Uih....dah 69 thn tuuu...umur ganyut gitu takkan tak teringat azab kubor lg kot?
Quote Lejen 11-7-2013 03:31 PM
Kesian, nak dapat duit pun kena tahan.
Quote jazaa 11-7-2013 03:32 PM
no ekor haram beli masa bln posa je....
Quote cucusaddam 17-9-2013 09:45 PM
kawan aku kena tangkap kat kedai no...dia belum beli lagi...kat tangan x ada no...berapa denda agaknya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.063839 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top