CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelajar Universiti Kini Hanya Mampu Makan Nasi Bujang???

14-1-2016 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 21394| Komen: 79

Description: Nasi bujang dan mee segera akan menjadi makanan rutin harian sepanjang pengajian mereka
Oleh Izzah Abbasy


Foto : Google


Seringkali kita perhatikan lagak mahasiswa dan mahasiswi di mana-mana sahaja daripada pakaian sehinggalah kepada kenderaan yang dipakai mereka. Semuanya boleh kalah mereka yang dah bekerja. Mana tidaknya, pakaian ala persis model, telefon pula kalau tidak jenama Samsung atau Sony, pastinya iPhone daripada Apple. Kereta pula, jika tidak Kancil, sudah pasti Myvi atau lebih lagi Honda Accord. Wow! Adakah mereka 'student'?

Tidak disangkal lagi, jika mahasiswa kini mampu untuk memiliki segalanya jika didatangi oleh keluarga yang 'berduit' malahan ada juga yang membuat kerja sampingan bagi menampung kehidupan seharian.

Tetapi, mentaliti masyarakat kita hari ini melihat mereka yang mampu berpakaian cantik, memiliki kereta, telefon mahal dan sebagainya hanyalah menggunakan duit pinjaman pendidikan. Walaupun segelintirnya ada yang menggunakan duit tersebut untuk berbelanja mewah, itu hak mereka. Bagaimana jika lagak mereka bermewah ini hanyalah luaran semata-mata, tetapi apa yang disembunyikan adalah terpaksa mengikat perut???

Satu tinjauan bebas yang dijalankan oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) baru-baru ini mendapati serama 74 peratus atau 18,675 mahasiswa mengakui pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan.

Kajian tersebut mendapat respon daripada enam buah universiti telah memberi respon tertinggi iaitu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).


Sebanyak 44 peratus iaitu 11,120 orang mahasiswa didapati hanya memakan nasi bujang kerana masalah kewangan. Manakala 41 peratus atau 10,439 orang mahasiswa hanya makan mee segera dan sebanyak 57 peratus atau 14,458 mahasiswa hanya memperuntukan RM5 setiap hari untuk makan.

Kajian ini membuktikan tidak semua mahasiswa mahasiswi berbelanja mewah setiap hari. Dengan yuran pendidikan dan kos sara hidup yang tinggi, secara tidak langsung membuatkan mereka sendiri terpaksa mengikat perut, berjimat dan melakukan kerja sampingan mencari duit tambahan. Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang senang, isu kewangan langsung tidak mempunyai masalah bagi mereka. Tetapi, jika mereka daripada golongan adik beradik yang ramai, ibu bapa yang bergaji kecil, mahupun yang tidak mahu menyusahkan ibu bapa sudah pastilah masalah kewangan menjadi aspek utama. Sekaligus, nasi bujang dan mee segera akan menjadi makanan rutin harian sepanjang pengajian mereka. - CARI Infonet

Gambar hiasan



Kredit Foto : SiakapKeli

19

Bagus
14

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 14-1-2016 12:27 PM
masa study dulu, aku mmg makan sekali je masa lunch. tp mkn complete la, amik lauk sejenis, sayur sejenis. pagi n mlm makan biskut cicah milo jek.
Quote chinta89 14-1-2016 12:28 PM
dah tu ape mslahnya makan nasi bujang.. nama pun student. ke nk lahap makan nasik penuh pinggan, ade ayam tandori, daging gulai, patin masak tempoyak etc?
Quote babypureen 14-1-2016 12:36 PM
saya dulu time xda duit b/fast mkn maggi. lunch makan maggi, dinner pun maggi.......
Quote mbhcsf 14-1-2016 12:38 PM
Eh...sedap pulak namppaak...i x mkn mlm pun bebetul...Alhamdulillah sapa mkn tu, even ni pun bagi i sedap
Quote red_cattleya 14-1-2016 12:42 PM
aku prefer roti wholemeal klu takde duit..sekali mkn 2 keping pn dh kenyang
Quote baha_delarocha 14-1-2016 12:49 PM
Aku masa student dulu siang makan kat kedai lengkap lauk ayam daging sayur bagai. Pastu malam memang kitorang satu rumah sewa akan masak sardin, telur dadar dengan sayur kobis ulang tiap tiap hari. Perasaan muak tu buang jauh jauh. Yang penting stok rokok winston (rokok mewah student) tak putus

Mujur waktu tu telepon masing2 jenis hauk je. Takdenye nak cari wifi kulu kilir. Main internet kat rumah pakai streamyx rm80 sebulan.
Quote woobin^^ 14-1-2016 01:03 PM
nasi bujang tu nasi + telo goreng + kicap ke?
apa masalah nye mkn ns bujang?
standard la kdg2 sehari mkn nasi sekali je pastu bekfas & dinner mkn biskut or roti
iols pon mcm tu dulu
tapi bukan uitm yuran murah ke?
Quote prettyuglybabe 14-1-2016 01:12 PM
untung la dapat makan nasi...
Quote cinta_86 14-1-2016 01:53 PM
chinta89 replied at 14-1-2016 12:28 PM
dah tu ape mslahnya makan nasi bujang.. nama pun student. ke nk lahap makan nasik penuh pinggan, ade ...

kn....aku dlu mse student mkn nasi lauk ayam goreng seketul tuk lunch...pagi ngn malam biskut suda....
Quote cinta_86 14-1-2016 01:54 PM
woobin^^ replied at 14-1-2016 01:03 PM
nasi bujang tu nasi + telo goreng + kicap ke?
apa masalah nye mkn ns bujang?
standard la kdg2 seh ...

UITM yuran pling murah IPTA xsilap aku
Quote AbukRokok 14-1-2016 02:27 PM
student knela cari side income

xkisahla jd anak ikan ke... ikan jerung ke..kucing simpanan ke
Quote bluehedgehog 14-1-2016 02:37 PM
jgn beli semakfon yg mahal la
Quote Skuau 14-1-2016 03:03 PM
Nk wat cmner...antara bola ngn ijazah...(cm iklan tu...)bola lbh penting....50+35+20=105 juta..klo dibahagi 18675(ore)=rm5622 sore....bhgi 3 taun =rm1874 setaun...rasernyr msh gk blh membantu....(ckit2).
Quote Mary_jane 14-1-2016 03:05 PM
Sedapnya nasi dengan telur mata separuh masak cicah kicap dalam gambar atas tu. Yummeyy!!
Quote chinta89 14-1-2016 03:24 PM
cinta_86 replied at 14-1-2016 01:53 PM
kn....aku dlu mse student mkn nasi lauk ayam goreng seketul tuk lunch...pagi ngn malam biskut suda ...

ha'a kan.. budak2 skg manja sgt..

yg btl2 susah tu ak x nafikan tp btl ke ade pelajar sanggup xde semakpung mahai dsertai data tenet??

rasanya rela x makan dari xde semakpong + tenetttt
Quote gekkou 14-1-2016 03:33 PM
guna smartphone, klua merendek setiap minggu
complain pula tak cukup makan
pegi kerja part time sana lah

nnt bg alasan, kerja part time badan penat, tak boleh fokus study
tak boleh buat assignment (padahal byk copy paste saja)

ni golongan2 yang bila graduate mntk gaji rm5k
Quote cinta_86 14-1-2016 03:33 PM
chinta89 replied at 14-1-2016 03:24 PM
ha'a kan.. budak2 skg manja sgt..

yg btl2 susah tu ak x nafikan tp btl ke ade pelajar sanggup x ...

hik3...aku dlu slalu beli stock2 makanan...aku ltk kt luar je..sape nk ambik la mkan...dlu mse study cekeding je...skrg dh mcm tong dram...hahaha
Quote tipuware 14-1-2016 03:33 PM
makan juga nasi. bukan makan anak bujang org kan.. standard la pelajar kot. lain la dah keje, ni pun keje becatu makan. usaha la dek.. usaha bt part time mana2.. gi buat assignment org pun boleh bt duit.
Quote tipuware 14-1-2016 03:34 PM
cinta_86 replied at 14-1-2016 01:54 PM
UITM yuran pling murah IPTA xsilap aku

10 tahun lepas time aku, rasnya dalam rm300 je kot. degree rasanya

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.219754 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top