CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Apa Kata Mereka? Lihat artikel

74% Penuntut Universiti Kebuluran, Fakta Atau Auta?

18-1-2016 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9076| Komen: 92

Description: Baru-baru ini, timbul kontroversi apabila hasil kaji selidik yang dilakukan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia ( MVM ) terhadap penuntut universiti mengenai kos sara hidup menunjukkan ramai yang t ...

Artikel : TS LOO
Video : Firdausz & TS LOO







Baru-baru ini, timbul kontroversi apabila hasil kaji selidik yang dilakukan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia ( MVM ) terhadap penuntut universiti mengenai kos sara hidup menunjukkan ramai yang tiada duit makan. Borang kaji selidik itu dihantar melalui emel ke beberapa universiti terpilih pada 24 hingga 28 Disember lalu. 

Kemudian hasil kajian itu dibuat dalam bentuk infografik dan dimuat naik di dalam laman Facebook pertubuhan tersebut. . 


Kaji selidik itu mendapati seramai 18,675 atau 74% daripada 25,632 penuntut universiti yang ditemu ramah mendakwa mereka berada dalam situasi di mana mereka tidak mempunyai wang untuk makan dan 96% daripada mereka merasakan beban ekonomi semasa.


Kira-kira 41% daripada responden berkata mereka hanya makan mi segera manakala 44% berkata mereka hanya makan nasi dengan telur goreng.

Menurut presiden MVM, Muhammad Jantan, kaji selidik itu dijalankan berikutan viral gambar nota daripada seorang pelajar yang terpaksa meminjam wang di masjid kerana tidak mempunyai wang untuk makan selama 3 hari.

Bagaimana pun, tinjauan tersebut telah mengundang perhatian serius pelbagai pihak termasuk Menteri Pendidikan Tinggi dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) daripada 20 Universtiti Awam (UA). 

Sehubungan itu, wartawan CARI Infonet mendapatkan reaksi penuntut universiti dan ibu bapa tentang sejauh manakah kebenaran hasil kaji selidik ini.- CARI Infonet








12

Bagus
22

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skinsandstars 18-1-2016 06:38 PM
So di manakah reaksi penuntut universiti dan ibu bapa mereka? Macam tergantung ja artikel ni.
Quote MeghanK 18-1-2016 06:39 PM
kenapa I rasa student skrg ni manja sangat..normal kot zaman stadi kebulur..dah berjaga sampai subuh memang lapar
Quote MeghanK 18-1-2016 06:39 PM
skinsandstars replied at 18-1-2016 06:38 PM
So di manakah reaksi penuntut universiti dan ibu bapa mereka? Macam tergantung ja artikel ni.

dalam video kot

i pon tak klik
Quote skinsandstars 18-1-2016 06:41 PM
MeghanK replied at 18-1-2016 06:39 PM
dalam video kot

i pon tak klik

Oh yeke. I guna app, x keluar plak video tu. Knapa ntah xda video.

Thank you for the info.
Quote MeghanK 18-1-2016 06:43 PM
skinsandstars replied at 18-1-2016 06:41 PM
Oh yeke. I guna app, x keluar plak video tu. Knapa ntah xda video.

Thank you for the info.

i guna mobile pon takde video sebenar nya tapi selalu nya wartawan cari TS Loo ni ada letak video sekali
Quote perang_candu 18-1-2016 06:43 PM
student kebuluran dan mati bergelimpangan.. orang tak tau sebab tak masuk tv..  kah kah kah.
Quote HannahMontana 18-1-2016 06:45 PM
sekor sekor nampak mcm  happy saja ,bergaya xpadan dgn kanta lekap warna pelbagai .....

befren sana sini ....


bahagia saja nampaknya


adalah juga yg sekor dua yg sengsara mungkin ,tp skeor dua sajalah
Quote Elle_mujigae 18-1-2016 06:49 PM
come on la..70%...
Quote Innrukia 18-1-2016 06:52 PM
Teringin nak jumpa & tgk kehidupan sbnr 74% tu
Quote naina 18-1-2016 09:44 PM
Hmm.cube pg mall, cinema,boling,kedai2 hipster..dating x hengat.
Asik2 isu kebulur.
Hbs org brkerjaya ingat x ikat perut kejar sana sini crik duit.
Manja mengada.nk suap je.time stdy ni buat part time bole sgt.
Quote mesmerize 18-1-2016 09:46 PM
auta jah tu
ai siap gain weight masa univ years, terpaksa gigih diet
Quote arasham 18-1-2016 09:47 PM
Penatnya baca isu ni... Auta sgtlah sampai 74 persen kebuluq.. Afrika ke ni?
Quote famri7 18-1-2016 09:57 PM
Saya zaman2 purba mara bagi rm270 jah sbulan tuh pon cukup untuk gigeh balik kelate setiap mggu dgn bas mutiara.
Quote fofuler 18-1-2016 11:00 PM
Propa je lebih bebudak ni. Tak dapat nafikan ada je pelajar orang susah makan bercatu, tapi aku rasa ramai lagi bebudak yang memang suka cari susah sendiri. Dapat duit loan kemain keluar dengan bopreng gepreng siap belanja makan sedap tengok wayang lagi. Tapi lepas tu duit tak cukup mintak pinjam duit kat kita buat muka kesian, yang bestnye lepas tu jangan harap la kau nak dapat balik duit yang kau pinjamkan tu. Konsep halal berhalal kekdahnya. Time nak mintak duit sewa rumah kemain susah, bila kita tegas sikit start lah dia meroyan cakap dia orang susah lah, bukan kaya macam kitorang semua nak bayar on time. Lepas meroyan tu hari hari keesokannya tetiba bawa balik shopping bag plastic.. Oo beli baju dengan seluar baru, mahal pulak tu. Magis sungguh, duit turun dari kerajaan Ayah Pin ke? Harommmmmmmmmmm perangai :
Quote blackwidowbae 18-1-2016 11:16 PM
Kebuluran sebab duit makan jadi duit hp dan bill topup hp
Quote ALDRIN 18-1-2016 11:24 PM
cer survey bebudak cha ya nun alif Tar College, Sunway, Taylor's....ramai je dtg dr kampung n luar KL mak bapak keje kampung, x kebulur pon..maintain hp bodoh, baju x bnyk ..mkn cukup, buku cukup, assignments submit on time, exam score..aman2 jer
Quote cmf_inquisitor 18-1-2016 11:26 PM
berapa banyak benang nak bukak pasal ni?
Quote shamsadis 18-1-2016 11:31 PM
ko buat lah poll pakcik batch forum cari bila ko ni
Quote pooh~key 18-1-2016 11:35 PM
kiranya aku ni kategori mewah lah iya masa zaman study kat kolej dulu kala? saat berlapar memang tak wujud langsung masa tu. siap boleh makan mekdi kfc burger king lagi tiap kali weekend. kadang2 tu makan johny's lagi you....

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067603 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top