CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Santau Dalam Pekerjaan, Masih Ramai Yang Busuk, Penyakit Hati?

14-1-2016 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10953| Komen: 34

Description: Yang teruknya, dia mengamalkan ilmu hitam dan syirik dengan menghantar sihir agar orang lain berasa sakit dan menderita.
Oleh Adib Za



Alam pekerjaan sebenarnya merupakan satu zon yang penuh dengan cabaran. Bukan sahaja cabaran kerja itu sendiri, malah bagaimana komunikasi dan hubungan dengan orang sekeliling dalam persekitaran kerja itu dijaga dengan baik. 


Seperti yang menjadi trending di laman sosial kini, sepucuk surat peletakan jawatan seorang pekerja menjadi bualan hangat.


Ini kerana dia sanggup berhenti kerja kerana tidak berasa selesa dengan rakan sekerjanya yang diketahui telah hantar 'guna-guna' atau sihir kepadanya.


Ini menyebabkan dia ditimpa penyakit pelik sehingga menjadi gila pada masa tertentu, berdasarkan surat tersebut. 


(Sumber foto: Carian google)



Selepas menjalani perubatan Islam, dia dapati gangguan yang didapatinya adalah kerana santau oleh salah seorang pekerja di situ.


Ketika rawatan, dia mengalami muntah yang mengeluarkan rambut, miang buluh, paku dan lain-lain.


Ini sebenarnya menunjukkan perasaan hasad dan juga dengki masih kuat berlaku dalam alam pekerjaan. Mungkin pekerja itu dilayan lebih baik oleh bos, mendapat kenaikan gaji lebih tinggi dan sebagainya sehingga membuatkan si polan ini cemburu.


Yang teruknya, dia mengamalkan ilmu hitam dan syirik dengan menghantar sihir agar orang lain berasa sakit dan menderita. 


Kembali kepada ajaran agama, rezeki setiap orang sudah tertulis. Jangan sesekali berapa cemburu dan dengki dengan orang lain. Ini boleh menyebabkan penyakit hati yang memakan diri.


Bahagia sangatkah melihat orang lain menderita dengan sihir dan ilmu hitam itu? - CARI Infonet

4

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
29

Sedih
25

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Emperor95 14-1-2016 12:45 PM
antara punca kemunduran pembangunan bangsa
Quote trisnalovezul 14-1-2016 12:46 PM
sis santet2 ni orang indonesia ja kan yang suka..orang malaysia ga kan? @ellejo @Modngengade @cik_tonggek @GhostWalking @jazaa100
Quote jelitaqasyah 14-1-2016 02:02 PM
TT nak share satu story ni.. arwah kawan pernah kena santau dekat opis. Tak sangka kawan baik boleh buat macam tu. Memanglah kat opis selalu buat makan2 kan? So, satu hari tu, si A ni ajaklah arwah makan mknn yg dia masak. Tapi, arwah tak terfikir pun kenapa dia ajak arwah sorang dan si A tu xmakan pun, dorang sembang2 happy2 lah. Seminggu lepas tu, arwah meracau kat opis, sakit perut, tekak macam mencucuk2, rasa panas, jerit kuat-kuat. Satu opis pelik, last2 bos arwah suruh berubat. Family arwah bawak berubat dia n ustaz tu cakap kawan opis santau n bagi dia makan. Si A jeles dgn arwah, sbb arwah baik n nak bertunang. Si A tu pulak suka dengan bakal tunang arwah.

2 minggu lepas tu, arwah meninggal. Masa meninggal, kuar semua benda yg disantau. Perut dari membusung, surut n kempis spt sedia kala.. Tp mengalir keluar air yg hanyir mcm bau telur, banyak sangat, melekit tau. Rambut, paku semualah keluar. Arwah dari badan berisi jadi kurus kering. memang sedih. Tak sanggup nak tengok. Kesian tau kat family arwah. Jahat, kejam sgt manusia yg buat mcm tu kat arwah.

Tapi, tak tahulah apa yg terjadi dengan si A skrg. Mungkin dia bahagia skrg tp Allah Maha Adil. Tunggulah di akhirat kelak. Menitis air mata nak share ni.
Quote AGSA 14-1-2016 02:15 PM
jelitaqasyah replied at 14-1-2016 02:02 PM
TT nak share satu story ni.. arwah kawan pernah kena santau dekat opis. Tak sangka kawan baik boleh  ...

sabar laa tt amalkn slalu ayat kursi insyllah dilindungi oleh allah...
Quote AGSA 14-1-2016 02:16 PM
Emperor95 replied at 14-1-2016 12:45 PM
antara punca kemunduran pembangunan bangsa

betul tu...dah xkira zaman macm mana skali pon...tetap ada
Quote AGSA 14-1-2016 02:30 PM
bapak mertua aku pun penah kena....

cite die mcm ni...kat klantan

mak mertua mmg ada bukak kedai makan...

selang sebaris mmg ada kedai makan jgk....

selalu die hantar mcm2....

dlam mse yg sama bapak mertua ni ada ilmu mmg die tau benda2 ni then bole halau atau hilang kn...

sampai satu masa tu ada kes driver lori dtg kdai die g kencing kat tepi kdai...

kitorg ada bela ikan puyu 4 ekor org kata bole halang dr santau ...(SORY KLU SLAH NAMA) itu pon mati bila cek

badan ikat tu mcm kene cakar 4 line setiap sekor...

kitorg tegur trus die terperanjat sbb bila dtg xde apa2 die lansung x prasan ada kdai kt sni...

bila die buat bapak mertua dpt halang2..,last2

die trus tujukn kat bapak mertua sy trus...

pegi berubat org ckp die mmg kene bomoh paling handal dari siam ...

org kata bila "air pasang" die akan meracau xtentu arahh...

tp alhamdullilah sekarang okay skit then kitorg pon xlagi bukak kedai makan pindah nk bila cek balik kdai die pon trus xde skrg ni jd kdai bundle lagi dahhh ....
Quote mizkajura 14-1-2016 03:32 PM
kaki2 santau ni ofcos la kaum2 melayu
Quote khairulazuan 14-1-2016 03:46 PM
mmmm..keji

Quote red_cattleya 14-1-2016 04:14 PM
langsung tak takut Allah mcm tu lah..aniaya org lain..
Quote 4everMore 14-1-2016 04:36 PM
Edited by 4everMore at 14-1-2016 04:40 PM

Penyembah syaitan je yg sanggup buat pkara mcm ni,klu org tu jenis beragama tak kira ape pun tjadi pd die, tak kan tergamak nk buat pkara ni. Lps tu buat plak perjanjian kaw2 dgn syaitan,either org yg di tuju mati atau pendengki plak akan mati.
Ade pkra br tjadi bbrapa minggu lps bila cinta bdk lelaki ni d tolak oleh anak pmpuan seorg kaki masjid. D tanamnye brg khurafat dpn rumah org tu sbb dendam tak dpt gadis tsebut. D pulangkn blk brg khurafat dan segala syaitan kpd pemiliknya oleh kluarga si gadis bila sedar si gadis ni tak mcm biasa. Akibtnye, bdk lelaki ni  hampir nk gile (skrg da mhilangkn diri) sbb asyik nmpk "bende" tsebut d mana2 saje. Bende tu mmg ikut ke mane2 smpai kg tu "panas" sbb pnduduk kg pun mula nmpak "bende" tu. Bila tya ustaz sama ada bole tlg ke tak bdk lelaki tu, ustaz ckp itu mmg pjanjian die dan tak bole nk tlg..dunia dah 2016 tp fikiran manusia masih zmn jahiliah lg.
Quote -electrifying- 14-1-2016 04:54 PM
jelitaqasyah replied at 14-1-2016 02:02 PM
TT nak share satu story ni.. arwah kawan pernah kena santau dekat opis. Tak sangka kawan baik boleh  ...

Innalillah... Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beruntung...
Quote melinda_kerr 14-1-2016 05:39 PM
To be honest diri sendiri pun pernah terkena. Tak sangka dalam officepun ada manusia mcm tu.
Quote pichee 14-1-2016 06:20 PM
melinda_kerr replied at 14-1-2016 05:39 PM
To be honest diri sendiri pun pernah terkena. Tak sangka dalam officepun ada manusia mcm tu.

Share la u...mcm mne u tau u kne santau..


Quote kivio 14-1-2016 08:34 PM
Time PMR SPM kemain Bahasa Melayu belajar format surat rasmi, surat tidak rasmi.
Bila dah kerja, buat surat haram tak comply ngn silibus pon.




Hehehe OT
Quote CrowneGlory 14-1-2016 11:31 PM
Aunty aku kerja kilang motorola years ago zmn2 kilang dia kt pj ke subang dulu...kena gak black magic guna tulang babi psl aunty aku kesayangan bos dia...hati manusia kan...kalau dh geram..nk pukul bunuh masuk pulak penjara sudahnya htr benda2 halus...msia dh patut ikut arab ada undang2 black magic...

Dan bg siapa nk kata org melayu je buat membuat ni salah ye..tailor aku cina pun sampai jd bodoh2 alang bbrp tahun psl kena buat sesama bangsa dia...sampai tension mak aku x tau nk htr kat tailor lain since dia tu pandai jahit baju...last2 sembuh tp masih ada saki baki ...dia pulih tp masih maintain pendiam x byk ckp...huby dia pun x kasi tempah byk2 takut gila dia dtg balik
Quote crazypink 15-1-2016 10:41 AM
TT, i share my story...tp saya tak kena santau

saya perasan saya terkena sbb saya rasa sakit pd waktu2 tertentu jer paling teruk selepas asar.

badan saya rasa mengeletar, sejuk teramat, muntah and sakit perut memulas tak berhenti. Setelah hampir sebulan sakit doktor hanya kata saya gastrik akhirnya badan saya dah terlalu lemah saya pengsan di office.

Admitted hospital 4 hari and buat endoscopy tapi takda apa2 suami dah syak sesuatu tak kena selepas kuar dr hospital then kami g berubat traditional confirm mmg saya dah terkena dgn budak office yg siap dtg melawat saya lg di hospital. tp alhamdullilah saya ok skrg
Quote melinda_kerr 15-1-2016 10:59 AM
pichee replied at 14-1-2016 06:20 PM
Share la u...mcm mne u tau u kne santau..

Almost a year. Mcm2 sakit. Dah beribu2 habis untuk medical check up shj to confirm apa yg tak kena but all negative semua normal. Mcm tak percaya bila jd kt diri sendiri barulah tahu mcmana. Mula2 tak percaya tapi bila ada kawan pernah terkena baru percaya. I noticed pg office je mesti waktu tu juga akan rs sakit e.g sesak nafas, nk pitam, sakit2 sendi jantung bedebar for almost 2-3 hrs. Bila balik rumah okay. Tpi waktu tu pernah juga bila drive nk g office pun waktu tu rs nk sakit. Pg berubat byk tempat juga skrang Alhamdulillah dah beransur baik. Tpi yg berubat i pernah ckpla ada org hntr tknk bg kerja tpi i xnk tahu siapa sbb nanti jatuh fitnah pulak kalau tak betul. Biarlah tuhan yg hukum.
Quote JapaneseMY 15-1-2016 12:51 PM
http://isralife.weebly.com/
Rawat secara islam insaallah
Quote ayorsuam 15-1-2016 01:39 PM
Aku nk share cite gak..tapi bukan cite santau.

Kisahnya ni jadi kat anak kawan mak aku (B). Segak orangnya. 1 hari B kenal dengan 1 janda (J) via wechat & decided nak jumpa. Since jumpa J yg sekali tu, B tak bleh lupa kat J. Hari2 dia kena jumpa J, kalau tak B tak boleh buat apa2. Dia akan menggelisah, tak tido, tak makan. B ni umo lewat 20s, bolehlah dikatakan berduit, hasil dari bisnes. Sikit demi sikit duit dari akaun B, ditrnsfer masuk akaun J sampai tak tinggal apa2. Rupa B pulak hari demi hari jadi gelap, comot & buncit. B yg dulunya very hardworking, dah tak mau kerja. Kerja dia adalah menghadap J. Dia akan duduk kat salun J, tengok J buat kerja. Ni diceritakn oleh bff si B seniri, yg follow B 2-3 hari sebab dia nak tau kenapa B dah berubah. 1 hari B pindah  kluar dari rumah parents dia & duduk sekali dgn J. Sejak tu, B dah jarang2 nak jumpa family dia. Kalau B balik rumah parentsnya pun, J akan call berpuluh2 kali suruh B balik.

Kalau dulu B macam tak sedar dia dah dibuat dek J, tapi sekarang dia dah sedar. Dia dah nak ikut parents dia bawak dia pegi berubat. B dah nak kerja semula, tapi tak boleh ada duit kat tangan sebab dia akan bagi semua kat J. Sampai nak isi mintak keta pun, dia kena mintak kat bapaknya. Parents B masih lagi ikhtiar bawak dia pegi berubat.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076467 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top