CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tujuh Panduan Bakal Ayah Hadapi Kelahiran!

11-1-2016 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3801| Komen: 1

Description: Peranan ayah di dalam bilik bersalin bukan sekadar menemankan si isteri. Selaku suami, anda seharusnya menjadi pembakar semangat agar isteri terus kuat untuk melalui proses kelahiran.


Oleh : TS LOO


Bukan isteri sahaja yang berasa cemas menghadapi saat kelahiran bayi. Bakal ayah juga tidak kurang hebatnya berasa bimbang dan cemas. Peranan ayah di dalam bilik bersalin bukan sekadar menemankan si isteri. Selaku suami, anda seharusnya menjadi pembakar semangat agar isteri terus kuat untuk melalui proses kelahiran.





1. Tahu Apa Yang Bakal Berlaku
Pastikan anda dan isteri sudah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan tentang kelahiran yang bakal dilalui nanti.

Oleh kerana itulah, anda dianjurkan untuk mengikuti kelas antenatal bersama-sama isteri. Kelas ini lazimnya ditawarkan oleh pihak hospital yang boleh disertai sejak dari awal usia kehamilan. Menerusi kelas tersebut anda berdua akan memperoleh pelbagai maklumat asas yang berinformatif untuk dipraktikkan. Langkah ini amat penting untuk anda berdua meluaskan minda agar dapat menghadapi cabaran yang bakal timbul apabila tiba saatnya


Oleh kerana itulah, anda dan isteri perlu sentiasa memantau pergerakan kontraksi dengan mencatat setiap kontraksi yang berlangsung. Jadi, ia dapat memudahkan anda mengetahui apa yang sedang dan bakal berlaku. Luangkan masa-masa terakhir yang ada ini dengan memenuhi  apa yang isteri mahu demi memastikan dia kekal selesa. Sebagai contoh, anda bolehlah mengurutnya di bahagian-bahagian tubuhyang kurang selesa menggunakan minyak bayi ataupun minyak aromaterapi.



2. Bersedia Untuk Melaluinya
Kebanyakan wanita terutamanya hamil sulung perlu melalui proses bersalin yang lebih panjang sebelum selamat melahirkan. Sesungguhnya, adalah lebih baik dan selesa jika isteri anda melalui peringkat awal fasa kelahiran (kontraksi awal) di rumah sahaja. Lagipun, kebanyakan hospital tidak menerima pesakit melainkan kontraksi yang dialami adalah tetap dan berlaku setiap lima minit. Oleh itu sebagai suami anda perlu tahu apa itu kontraksi ketika hendak bersalin. Jangan anda pula yang panik dan kelam kabut sehingga memaksa isteri cepat ke hospital. Itulah sebabnya mengapa pentingnya bakal ayah mempersiapkan diri dengan ilmu kehamilan dan kelahiran.



3. Fleksibel
Tidak semua wanita hamil akan melalui pengalaman bersalin yang sama. Dengan itu, anda dan isteri perlu sama-sama berbincang tentang kemungkinan yang bakal berlaku dan apakah pilihan yang ada bagi mengatasinya. Gunakan pengetahuan yang telah anda berdua kumpul ketika menyertai kelas antenatal dahulu. Apabila tiba masanya nanti, anda sudah tahu apa yang patut diputuskan. Namun, persiapkan juga mental, fizikal mahupun ekonomi untuk melalui apa jua perubahan drastik yang mungkin hadir tanpa disedari.



4. Usah Ambil Hati
Mana-mana wanita akan berubah sikap apabila melalui proses kelahiran terutamanya di tahap terakhir. Ini kerana kesakitan dan keletihan yang dialaminya membuatkan dia mudah hilang pertimbangan diri. Apatah lagi jika proses itu memakan masa yang sangat panjang. Pada peringkat awal proses bersalin dia mungkin suka diurut. 

Namun, ada kemungkinan juga di tahap terakhir, dia beranggapan urutan anda menambahkan kesakitan yang dirasainya. Tanpa disedari dia mungkin bersikap atau berbicara kasar. Jadi, janganlah mudah terasa dengan sikap atau kata-katanya itu.

 

5. Siapkan Keperluan Diri
Kebanyakan wanita hamil disarankan untuk mempersiapkan beg khas yang mengandungi pelbagai kelengkapan diri dan bayi bagi menghadapi proses kelahiran sebelum tarikh jangkaan bersalin. Memandangkan anda juga akan bermalam di hospital, jadi apa kata anda sendiri menyediakan beberapa kelengkapan diri sendiri. Contohnya pakaian sejuk, stoking, bantal, makanan ringan dan lain-lain.



6. Bertanya Soalan
Tidak semua doktor yang mengendalikan isteri anda sudi menerangkan secara terperinci setiap permasalahan yang dihadapi. Jadi, jangan malu untuk bertanya kepadanya apa sahaja yang mengusutkan fikiran anda. Sekurang-kurangnya, dengan maklumat yang diperoleh, anda dapat membantu isteri untuk berada dalam keadaan yang lebih selesa apatah lagi jika dia kini tidak lagi punya kekuatan untuk bertanya itu dan ini.



7. Pendorong Semangat
Tidak semua wanita hamil kuat dalam menghadapi ujian yang perlu ditempuhinya sepanjang proses bersalin. Jadi, sebagai suami anda perlu terus kuat dan tidak putus-putus menitipkan kata-kata semangat kepadanya. Kekuatan yang ada pada diri anda sangat penting ketika isteri sedang berperang dengan kontraksi dan terutamanya di waktu isteri sedang meneran untuk mengeluarkan bayi.- CARI Infonet

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khairulazuan 12-1-2016 12:28 PM
si ayah harus kuatkan diri..smbhyg hajat dan berdoa utk kebaikan anak didunia dan akhirat....kena tlog wife..bg semngat n jgn tkut

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.198181 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top