CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ayah Lebih 'Macho' Bila Hebat Jaga Anak

24-3-2016 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6180| Komen: 3

Description: Jadilah seorang ayah yang bukan sahaja macho dari segi bentuk fizikal badan malah juga macho dari segi rasa tanggungjawab menjaga anak-anak.


sumber foto: http://www.listall.ca/

Kebanyakan ayah akan memberitahu kawan yang mereka perlu menjaga anak kerana isteri ada urusan yang perlu dilakukan. Minta maaf ayah. Anda tidak sepatutnya memberitahu yang anda 'kena jaga' anak kerana isteri tiada di rumah. 


Satu hal lagi, wahai ayah, jangan segan atau malu menolak kawan-kawan yang mengajak keluar hanya setakat minum dan sembang kosong, jangan sia-siakan 'quality time' bersama anak-anak. 


Ingat, sebagai ayah kandung, adalah tidak sepatutnya 'babysitting' anak. Ini kerana maksud 'menjaga anak' yang dimaksudkan seolah-olah menjaga seorang anak ketika ibu bapanya tiada di rumah.
 

sumber foto: http://cdn1.drprem.com/


Mana mungkin seorang ayah menjaga seketika anaknya sendiri kerana si ibu tiada di rumah. Masa yang dihabiskan oleh ayah untuk bermain dengan si anak, membersihkan najisnya, menukar lampin, memberi susu, memandikan anak dan bermacam lagi tugas menguruskan anak adalah sebahagian tanggungjawab keibubapaan yang memang wajib digalas sebaik bergelar ayah atau ibu.
 

Jadi, selepas ini tiada lagi istilah terpaksa jaga anak sebab isteri ada urusan di luar. Walhal sebenarnya ia memang tanggungjawab bersama tidak kira sama ada isteri ada di rumah atau tiada.
 
 

sumber foto: http://cdn.klimg.com/

Menjaga seketika anak dilakukan dalam masa yang tertentu sama ada sejam, satu malam atau hujung minggu. Bagaimanapun keibubapaan atau 'parenting' adalah tugas yang bermula sebaik sahaja anak anda lahir ke dunia dan berakhir apabila anda sudah tiada lagi di dunia ini.
 

Percayalah, ayah yang tidak berkira tanggungjawab menguruskan keperluan anak adalah lebih 'macho' berbanding ayah yang langsung tidak ambil tahu urusan menguruskan si kecil.


Jadilah seorang ayah yang bukan sahaja macho dari segi bentuk fizikal badan malah juga macho dari segi rasa tanggungjawab menjaga anak-anak. - CARI Infonet






9

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_kidal 25-3-2016 11:58 AM
hmm ala time anak tgh comel2 gedik mmgla syok bapaknye jaga. ce kalau time anak tu tgh mengamuk? trs pass kt mak
Quote AMDTurion 10-4-2016 01:09 PM
minah_kidal replied at 25-3-2016 11:58 AM
hmm ala time anak tgh comel2 gedik mmgla syok bapaknye jaga. ce kalau time anak tu tgh mengamuk? trs ...

Sbb mak ada senjata rahsia paling ampuh. Nak tau apa dia. Belaian sorg ibu dan susu badan. X caya kan. Tp itulah hakikatnya.

Aku kalo anak aku nangis sikit2 bolehlah dipujuk lagi. Tp kalo dia dah mengamuk tetap ibu yg boleh kasi si kecil cool down. Sumbat BF pastu belai2 diam dah.

Bapa nak bagi susu apa plak ye?
Quote RupaRupe3x3 13-4-2016 10:28 AM
Korang ibu tak mau jaga anak je

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052479 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top