CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Ambil Kesempatan Buka Akaun Palsu Guna Nama Siti Nordiana

28-12-2015 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11552| Komen: 15

Oleh Izzah Abbasy

Nama Siti Nordiana kini semakin bersinar dalam industri seni tanah air. Kemenangan dalam Gegar Vaganza Musim Ke-2 baru-baru ini membuatkan dirinya begitu 'laku' sehinggakan dia tiada masa untuk berehat.

Setelah menempa nama, ramai pula peminat Siti Nordiana yang tidak bertanggungjawab dengan mewujudkan akaun Instagram palsu serta laman-laman sosial lain menggunakan namanya dengan tujuan mengambil kesempatan terhadap peminat-peminat.

Foto : Instagram Siti Nordiana


Siti Nordiana memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menipu peminatnya dengan menggunakan namanya untuk kepentingan sendiri.

"Apabila saya search nama sendiri di Instagram, banyak akaun palsu pula. Sehinggakan individu yang tidak bertanggungjawab ini bersungguh-sungguh mahu mengesahkan kepada peminat-peminat saya bahawa dia adalah Siti Nordiana."Mungkin benda ini dilihat remeh, tetapi ia buatkan saya risau kerana peminat boleh tertipu. Andai kata individu tersebut cuba mengambil kesempatan terhadap peminat-peminat, ia akan memburukkan nama saya," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad. - CARI Infonet


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 28-12-2015 11:34 AM
pehh femes giler nana skang sampai ramai buka fake akaun nama beliau
Quote chinta89 28-12-2015 11:40 AM
betul2 meletop nana skg!
Quote c===8 28-12-2015 11:53 AM
nasihat gua pada nana, jauhkan diri dari komposer2 sampah seperti eddie hamid
jika tidak, pasti nana akan jadi artis takde kelas seperti dulu2
Quote syabee 28-12-2015 12:21 PM
Ni jenis mnusia yg hadap barang2 review la ni. Jalan mudah nak barang secara percuma
Quote hijau88 28-12-2015 12:35 PM
Itu la kan. Lepas dah rmi follower ubah username. Choyyy tul org yg guna nama retis n mengaku retis padahal bukan.
Quote khairulazuan 28-12-2015 03:41 PM
cantiknya nana
Quote bebah 28-12-2015 06:59 PM
hi nana
Quote juliez 28-12-2015 07:26 PM

Enjoy your fame while it last
Quote tomet05 28-12-2015 11:23 PM
14 .. gile banyak
Quote maxim 29-12-2015 12:47 AM
Ada 14.  Gigih nana kira

Yg gi follow lak sah2 bbnu buta IT x reti beza mana fake mana yg btol
Quote zie_indah 29-12-2015 02:12 AM
maxim replied at 29-12-2015 12:47 AM
Ada 14.  Gigih nana kira

Yg gi follow lak sah2 bbnu buta IT x reti beza mana fake mana yg btol

heee nasib leh kira lagikan
Kalau dah x terkira...haha
Quote biozipstar 29-12-2015 09:02 AM
kan ada banyak benang utk nana.. harapannye.. admin fanpage nana atau manager nana ke.. pi baca ape yg orang komen2 ni utk tambah n tolak ape yg lebih kurang semua... sekian.................
Quote setokinpurple 30-12-2015 07:21 AM
Yg buat group wasap nana pon berlambak2. Pastu sembang kosong, selfie2 dlm group.
Quote puteri_impian 30-12-2015 09:34 AM
be4 dia masuk GV mmg dah put folo ig dia....kompom ig yang put folo ig yang sah...
Quote CikRoyanners 31-12-2015 10:00 AM
Ramai yg amik kesempatan nk popular

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.053461 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top