CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Selamat Bernikah Untuk Kali Kedua!

26-12-2015 02:11 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 60936| Komen: 338


Oleh : TS LOO

sumber foto: google image

sumber foto: google image


Aktres, Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada pengurus restoran Kulcats, Mohd Izwan Johar, 32 dengan sekali lafaz pada jam 9.20 pagi kemarin.


Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 31 menerima mas kahwin RM300.


sumber foto: google image


Suasana menjadi lebih manis apabila pasangan ini dinikahkan oleh bapa Nabila sendiri, Amy Search dan disaksikan oleh jurunikah Khairuddin Haiyon.


Amy Search yang juga rockers terkenal berharap suami anaknya itu mampu membimbing Nabila dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.


"Sebagai bapa, saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Dengan tangan terbuka, saya menyambut baik kehadiran Izwan sebagai ahli baharu keluarga saya," 


Dalam majlis yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Izwan memberi lima dulang kepada Nabila dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

sumber foto: https://www.instagram.com/kupu_kupu/

sumber foto: Facebook Nabila Huda & Izwan Johar

Sumber foto : https://www.instagram.com/kupu_kupu/


Pada majlis berkenaan, pasangan pengantin kelihatan sama cantik sama padan dengan persalinan berwarna putih.


Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan malam esok di kediaman lelaki di Shah Alam.


sumber foto: google image





Sumber berita : bharian.com.my


18

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakasotong 24-12-2015 02:39 AM
Nabila Huda nikah 25 Disember ini


Kuala Lumpur: Rockers terkenal, Amy Search mengesahkan anak sulungnya, pelakon Nabila Huda akan mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 25 Disember ini. Ia sekaligus mengakhiri tanda tanya semua pihak berkenaan tarikh sebenar perkahwinan Nabila dengan teman lelakinya, pengurus restoran Kulcats, Izwan Johar. Nabila sebelum ini mengesahkan akan berkahwin dengan teman lelakinya pada Disember tetapi tidak mendedahkan tarikh sebenar kepada umum. Amy ketika ditemui pada majlis perasmian Cahaya Jiwa Saiful Kadir & Amy Search di Istana Budaya petang tadi berkata, sebagai bapa dia mendoakan kebahagiaan Nabila dan berharap anaknya itu membuat pilihan terbaik dalam hidupnya. Nabila, 31, pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, pada Disember 2008 namun bercerai pada 2011.
Mereka dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.





Sumber: Harian Metro
Quote elamor 24-12-2015 02:40 AM
la.. nak nikah dah ker
Quote aderaderker 24-12-2015 02:40 AM
Awat muka kilaferi lagu tu?

Hanya cantik vavavoom kat ig sendirik je ek...
Quote kakasotong 24-12-2015 02:42 AM
Kawen dgn org dr geng kulcats jugak rupanya. Patutla nampak baik semacam jah dgn geng2 kulcats ni. Abil pn gigih jua dok promote kafe kulcats ni dekat ig sheols



Congrats abil!!!!!! Finally kawen jugak uols
Quote kakasotong 24-12-2015 02:45 AM

Abahnya baru annouce kelmarin dekat reputz anak dia nak kawin krismas ni

2 minggu lepas meols tgk melodi masih xde tarikh yg diberitahu abil. Katanya xtaw bila, maybe dec tahun depan. Sudahnya dec tahun ni, hari jumaat ni
Quote kakasotong 24-12-2015 02:56 AM




Quote malukokram 24-12-2015 02:56 AM
lawanya rumah abil. .
Quote kakasotong 24-12-2015 02:56 AM


Quote kakasotong 24-12-2015 02:58 AM


Quote kakasotong 24-12-2015 02:58 AM
Kek dr kulcats


Quote elamor 24-12-2015 02:59 AM
kakasotong replied at 24-12-2015 02:45 AM
Abahnya baru annouce kelmarin dekat reputz anak dia nak kawin krismas ni

2 minggu lepas m ...

sekali dec tahun nih

makin cantik abil nih. sheols skg baru nampak mak org
Quote pearl-qaseh 24-12-2015 05:02 AM
Cantiknye nabila..seri pengantin kah?selalu dia nmpk x mekap...selamba  n simple jaa..
Quote melatibiru 24-12-2015 07:21 AM
kakasotong replied at 24-12-2015 02:58 AM
Kek dr kulcats

cantiknyaaaa kek ni
Quote zarayunalis 24-12-2015 07:45 AM
Abil ni mmg cantik..hopefully kali kedua ni kekal la..jaga rumahtangga baik2.siann keisha
Quote JDT 24-12-2015 07:48 AM
Semuga berbahagia dan kekal kali ni.
Quote makneng 24-12-2015 07:59 AM
Tahniah abil.  
Quote mybarbie 24-12-2015 08:08 AM
Cantik rumah dia... mcm birthday party plak... tahniah abil..
Quote cm_matjawasp 24-12-2015 08:23 AM
Harap perkahwinan kali ni berkekalan..jangan ikut cam bapak ko..asyik kahwin cerai ja
Quote tomet05 24-12-2015 08:26 AM
semogaberbahagia abil

Lihat semua komen(338)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.279271 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top